Kredit foto: Instagram Hun Haqeem
Gara-gara bertubuh gempal, pelakon Hun Haqeem pernah menjadi bahan ejekan temannya ketika berat badannya mencecah 120 kg!
Hun bagaimanapun berkata, dia tidak langsung menyimpan sebarang dendam terhadap mereka yang menghina bentuk fizikalnya suatu ketika dahulu.
“Saya tidak pernah menyimpan dendam terhadap mereka, malah mereka kawan-kawan yang ada di samping saya sehingga hari ini," katanya kepada Gempak.
Beliau membuat kenyataan sewaktu menjayakan segmen #ArtisDudukDiam di Instagram (IG) Live, baru-baru ini.
Dalam pada itu, pelakon The Gadis ini berkata, dia mengambil apa yang diperkatakan rakan-rakannya itu sebagai pembakar semangat untuk bangkit mengubah penampilan diri.
Semangat positif yang ditanam nyata berbaloi apabila dia berjaya menurunkan sebanyak 50 kg berat badan!
Baca: Biodata Pelakon Hun Haqeem
Baca: 5 Fakta Hun Haqeem Yang Pasti Buat Anda Terkejut!
Kredit foto: Instagram Hun Haqeem
“Untuk apa kita bersikap negatif sedangkan kita boleh menjadi positif. Saya tidak ambil hati sebaliknya kata-kata mereka buat saya jadi lebih bersemangat nak ubah diri saya.
“Saya nekad pergi ke gym dan jaga pemakanan saya sehinggalah berat saya turun kepada 70kg. Saya ada kongsi di Instagram foto ketika saya berbadan gempal.
“Buat apa nak malu, sekurang-kurangnya boleh menjadi pembakar semangat buat orang lain,” katanya.
Kredit foto: Instagram Hun Haqeem
Sumber berita: Pernah Diejek Kerana Berat Badan 120kg, Hun Haqeem Tak Simpan Dendam