Kredit foto: Instagram Hun Haqeem

     

Hun Haqeem rupanya seorang anak manja dan tidak gemarkan sushi? Biar betul?? Siapa sangka inilah antara 5 perihal menarik tentang pelakon baharu iras pemuda Thailand, Hun Haqeem yang menjadi rahsia dan tidak diketahui para peminatnya!

       

1. Tak Suka Hujan

Tidak menyukai 'vibe' sewaktu cuaca hujan seperti persekitaran yang gelap dan suram, termasuk keadaan permukaan tanah di luar yang berlumpur hingga menyebabkannya basah kusup jika terdedah. Situasi itu membuatkan dirinya tidak selesa dan tidak tenang!

    

2. Tak Suka Makan Ikan

Menganggap ikan sebagai hidangan yang sukar untuk dijamah - antaranya kerana ia mengandungi tulang. Mengakui dirinya sebagai anak manja yang terpaksa mengharapkan ibunya untuk mengopek kulit ikan bagi disuapkan ke mulut. Selagi tiada sesiapa yang memberikan bantuan, Hun lebih rela untuk tidak makan ikan!

    

hun haqeem

Kredit foto: Instagram Hun Haqeem

     

3. Tak Gemar Sushi

Mengenai fakta ini, beliau akui terpaksa mencari jalan penyelesaian sekiranya pasangannya kelak mempunyai citarasa terhadap makanan popular Jepun itu.

    

4. Tak Suka Memandu

    

5. Suka Menonton Netflix

Gemar menonton platform penstriman itu namun dalam masa sama dirinya akan terlena ketika menjayakan hobi berkenaan.

    

Untuk biodata asas Hun, anda boleh baca artikel: Biodata Pelakon Hun Haqeem.

Dalam perkembangan lain, Hun kini sedang meletup menerusi watak Arjuna yang digalasnya dalam drama bersiri Seindah 7 Warna Pelangi yang sedang rancak ditayangkan di slot Akasia TV3.

Untuk lebih info berkenaan drama terbabit, klik: Info Drama Seindah 7 Warna Pelangi.

Juga jangan lupa baca: Pernah Cecah 120 kg! Tak Sangka Ini Foto-Foto Hun Haqeem Sewaktu Gemuk

    

Kredit video: Youtube Drama Sangat Official

    

Sumber: Betul Ke Hun Haqeem Sanggup Makan Sushi Demi Gadis Pujaan? | Drama Seindah 7 Warna Pelangi

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)