Kisah mengenai Nurul Shuhada Mat Shukri, bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, semakin menjadi tumpuan media akhir-akhir ini akibat desas-desus mengenai konflik perkahwinannya yang melibatkan orang ketiga, didakwa ialah Athira Yuhada.

Dakwaan mengenai masalah rumah tangganya dan kecurangan suaminya sudah menjadi perbualan sejak awal tahun ini.

   

biodata nurul shuhada mat shukri

Inilah biodata dan latar belakang mengenai Nurul Shuhada Mat Shukri.

   

Biodata

Nama sebenar: Nurul Shuhada binti Mat Shukri

Nama komersial: Shuhada Shukri, Nurul Shuhada, Shu

Umur: 29 tahun (2023)

Tarikh lahir: 1 Mac 1994

Asal: Perlis

Keluarga: Dua orang anak

Pendidikan: Bachelor In Management, Management & Science University Shah Alam (MSU)

Kerjaya: Peniaga

Instagram (IG): @shushukriii

TikTok: @shushukrii

Latar Belakang

1. Akaun Instagram beliau di bawah nama pengguna @shushukriii mempunyai lebih daripada 87,000 pengikut.

2. Menjadi teman sekuliah Hafidz Roshdi di Management and Science University (MSU), Shah Alam merupakan awal mula hubungan antaranya dengan Hafidz yang berkenalan selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sebelum memutuskan untuk berkahwin susulan menjalin hubungan serius selama tiga tahun.

3. Pada 30 April 2016, dia telah bernikah dengan Hafidz selepas mengikat tali pertunangan pada 30 November 2015. Pasangan ini dikurniakan dua orang anak yang diberi nama Humairah (lahir pada 9 September 2017) dan Umar (lahir pada 9 September 2020) yang berkongsi tarikh lahir yang sama.

4. Semasa awal perkahwinannya dengan Hafidz, Nurul Shuhada pernah menjadi mangsa kecaman daripada segelintir netizen yang biadab kerana menganggap bahawa rupa parasnya tidak sepadan dengan ketampanan dan kekacakan suaminya yang terkenal.

5. Pada tahun 2023, selepas dia menyuarakan dakwaan tentang ketidaksetiaan suaminya yang curang dengan wanita lain, pergolakan dalam rumah tangga mereka menjadi bualan hangat dalam kalangan orang ramai. Isu tersebut kemudian dikukuhkan dengan pengakuan seorang wanita bernama Athira Yuhada bahawa Hafidz pernah mencuba untuk mendekatinya sejak sembilan tahun yang lalu.

6. Namun demikian, Athira mengaku kesilapannya dan memohon maaf kepada Nurul Shuhada kerana tindakannya telah meruntuhkan keharmonian dalam rumah tangga pasangan itu. Dalam respon di Instagram, Nurul Shuhada mahu memaafkan Athira, namun tidak dapat melupakan perkara yang telah berlaku.

7. Selepas tujuh tahun usia perkahwinannya dengan Hafidz, mereka memutuskan untuk bercerai pada 22 Februari 2023.

8. Kini Nurul Shuhada telah membuka perniagaan dalam talian yang diberi nama Satu Tak Cukup by Shuhada Shukri sebagai usahanya untuk memulakan kehidupan baru.

Baca: 10 Fakta Pelakon Hafidz Roshdi Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Hafidz Roshdi

Gambar

hafidz roshdi ig

athira yuhada 44

shuhada shukri

ig isteri hafidz roshdi

shuhada hafidz

hafidz roshdi 254

nurul shuhada mat shukri

hafidz roshdi cerai 120

nurul shuhada

Kredit foto: Instagram Nurul Shuhada , Facebook Hafidz Roshdi Official

Video

Kredit video: Masak Apa Tu? (2020) | Ep 12 - Hafidz Roshdi X Nurul Shuhada

Sumber:

1. Hafidz Roshdi sah bernikah hari ini

2. Perkenalan ketika sama-sama lepak

3. Instagram Nurul Shuhada




Hakcipta iluminasi.com (2017)