Biodata

1. Pemilik nama penuh Hilyah Amirah binti Ismail. Lebih dikenali sebagai Elya Miera. Selesa dipanggil Elya.

2. Dilahirkan di Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia pada 1988. Kini berusia 31 tahun.

3. Berwarganegara Malaysia, berbangsa Melayu dan beragama Islam.

4. Merupakan model dan pelakon.

5. Pernah menuntut di Kolej Matrikulasi di Arau, Perlis dan selepas terlibat dalam filem pertamanya, beliau kembali menyambung pengajian, namun kali ini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam jurusan perakaunan.

6. Selepas tamat pengajian pada 2012, beliau melibatkan diri dalam pengurusan acara.

7. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2011.

8. Pernah membintangi filem Ratu The Movie arahan Profesor Datuk A Razak Mohaideen pada 2011 memegang peranan sebagai salah seorang daripada 10 ‘ratu’ yang bertanding. Bagaimanapun karya berkenaan tidak berjaya mengetengahkan namanya. Namun ia tidak mematahkan semangat Elya untuk terus bekerja keras memperjuangkan nasibnya sebagai pelakon baru.

9. Pembabitannya dalam drama menerusi Sebenarnya, Saya Isteri Dia! membawa watak sebagai Zara pada 2013, Gondola Cinta Di Venice (2016) sebagai Tina, Cinta Tiada Ganti (2018) sebagai Melissa, Vila Ghazara (2018) dan Kan Kukejar Cinta Kamu (2018) sebagai Dilaila.

10. Meminati pelakon Namron yang dianggapnya sebagai pelakon yang mempunyai bakat seni yang hebat. Sewaktu menerima tawaran watak Tina dalam drama Gondola Cinta Di Venice, beliau mendapatkan khidmat nasihat pelakon senior itu dalam kelas yang berlangsung selama empat jam demi memenuhi tuntutan watak yang disifatkannya mencabar kerana perlu banyak mengeluarkan air mata.

11. Laman Instagramnya sehingga kini diikuti lebih 21,000 pengikut. Antara selebriti yang mengikuti akaunnya termasuk pelakon Amyra Rosli, Daniella Sya dan Catriona Ross.

Foto

biodata elya miera pelakon drama kan kukejar cinta kamu 2

biodata elya miera pelakon drama kan kukejar cinta kamu 3

biodata elya miera pelakon drama kan kukejar cinta kamu 4

biodata elya miera pelakon drama kan kukejar cinta kamu 5

biodata elya miera pelakon drama kan kukejar cinta kamu 6 410

            

Kredit:

1. Wikipedia

2. Harian Metro

3. Azhan.co

4. Instagram Elya Miera




Hakcipta iluminasi.com (2017)