Biodata

Nama: Mia Nasir

Umur: 27 tahun

Kelahiran: Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon, model dan usahawan

Media sosial: Instagram @mianasir91

Fakta Menarik

1. Berbangsa Melayu.

2. Berdarah kacukan Melayu, Cina, Punjabi dan Bugis. Bapanya berketurunan Cina manakala ibunya pula berketurunan Punjabi.

3. Anak ketiga daripada lima adik-beradik.

4. Adik kepada pelakon Anzalna Nasir, 30 dan kakak kepada Afifah Nasir, 25, yang juga merupakan pelakon. Kakak sulung mereka, Diana Nasir, 31 dan adik bongsu pula, Nazira Nasir, 21, seorang penuntut bidang perubatan.

5. Mula aktif dalam pementasan teater sejak zaman sekolah yang membawa kepada percambahan minatnya dalam bidang lakonan.

6. Mengusahakan bisnes Anzelhair bersama adik-beradik.

7. Bekas pelajar jurusan Seni Persembahan di Kolej Launceston, Australia.

8. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2011.

9. Antara drama dibintanginya ialah Ariana Rose (2013), Tentang Hati 2 (2016), Suami Tanpa Cinta (2016), Lara Aishah (2016), Arluna (2017), Black Belt Kaler Pink (2017), Dendam Aurora (2017) dan Kan Kukejar Cinta Kamu (2018).

10. Pembabitan beliau dalam telefilem menerusi Si Tudung Tweet (2011) dan Cik Paris Diva Kampung (2012).

11. Mengakui pernah mengundurkan diri daripada dunia hiburan selepas gambarnya bersosial bersama sekumpulan teman menjadi tular di blog hiburan

12. Hampir dua tahun kehilangan beliau daripada radar dunia hiburan, Mia menyara kehidupan sebagai pekerja dalam bidang perkapalan di sebuah syarikat ternama. Namun akhirnya beliau kembali menyemarakkan dunia seni angkara rindu yang menebal.

Foto

biodata mia nasir pelakon drama kan kukejar cinta kamu 2

biodata mia nasir pelakon drama kan kukejar cinta kamu 3

biodata mia nasir pelakon drama kan kukejar cinta kamu 4

biodata mia nasir pelakon drama kan kukejar cinta kamu 5

biodata mia nasir pelakon drama kan kukejar cinta kamu 6

            

Kredit:

1. Wikipedia

2. Utusan

3. Astro Awani

4. Azhan.co

5. Instagram Mia Nasir




Hakcipta iluminasi.com (2017)