Biodata

Nama penuh: Muhammad Safwan Mohd Nazri

Nama popular: Safwan Nazri

Tarikh lahir: 9 November 1994

Umur: 24 tahun

Asal: Alor Setar, Kedah

Pekerjaan: Pelakon dan model

Media sosial: Instagram @safwannazri

Fakta Menarik

1. Berketinggian 5 kaki 10 inci.

2. Anak ketiga daripada empat adik-beradik.

3. Mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda jurusan Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis.

4. Mewujudkan akaun Instagram sejak tahun 2014, namun hanya mula aktif sejak Mac 2016 di mana semenjak itu beliau mula mendapat perhatian di kalangan para pengikut yang semakin bertambah dek kerana video lakonan bersama rakan sekelas yang dimuatnaik. 

5. Hobinya bermain sukan badminton dan futsal.

6. Sewaktu masih menuntut di pusat pengajian tinggi, beliau turut mengambil tawaran kerja sebagai model sambilan.

7. Matlamatnya ingin menyebarkan mesej serta positiviti melalui bidang lakonan yang diceburi.

8. Menyertai pertandingan Pencarian Hero Remaja edisi 2017.

9. Menyifatkan gelaran 'hero' mempunyai keperluan untuk menjadi individu yang menyumbang sesuatu kepada masyarakat.

10. Mengagumi kekebalan pemenang Dewi Remaja 2010, Neelofa dalam menangani kritikan negatif seawal pembabitan beliau yang seterusnya membawa kepada kejayaan besar selebriti dan usahawan itu. Safwan yang ingin mengikut jejak langkahnya menyifatkan Neelofa sebagai contoh artis yang memiliki 'beauty with brain'.

11. Wanita idamannya seorang yang berwajah jelita, mempunyai kelembutan serta tahu menghormati orang tua.

12. Pernah meluahkan rasa terkilan apabila rakan-rakan peserta Hero Remaja 2017 termasuk dirinya digelarkan 'geng kunyit' hanya kerana menangis sewaktu segmen penyingkiran.

Foto

biodata safwan nazri pelakon drama kan kukejar cinta kamu 2

biodata safwan nazri pelakon drama kan kukejar cinta kamu 3

biodata safwan nazri pelakon drama kan kukejar cinta kamu 4

biodata safwan nazri pelakon drama kan kukejar cinta kamu 5

biodata safwan nazri pelakon drama kan kukejar cinta kamu 6

               

Kredit:

1. Remaja

2. Astro Gempak

3. Harian Metro

4. Instagram Safwan Nazri 




Hakcipta iluminasi.com (2017)