Kredit foto: Instagram Fizo Omar & Facebook Fizo Omar

Fizo Omar merupakan seorang pelakon dan usahawan Malaysia yang memiliki 2.3 juta pengikut di laman sosial Instagram (IG), @fizoomar.

Namanya kini trending di alam maya selepas menikahi seorang wanita yang dikenali sebagai Fazeera Nazri Azrai.

Ikuti fakta biodata beliau dalam artikel yang merangkumkan 10 butiran menarik ini.

   

fizo omar

   

Fizo Omar Kahwin Lagi.. Ini 10 Fakta Biodatanya

1. Fizo merupakan anak kepada pasangan Wan Omar Wan Ishak (bapa) dan Hasnah Jidin (ibu).

   

ibu fizo omar

keluarga fizo omar

2. Dilahirkan di Hospital Kubang Kerian, Kota Bharu dan membesar di Selising, Pasir Puteh.

3. Mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman II dan Maktab Sultan Ismail (Sultan Ismail College), Kota Bharu, Kelantan.

   

fizo

4. Pernah bergelar pemain bola sepak yang mewakili pasukan Kelantan, Perlis, TNB Kelantan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan juga Team Malaysia.

fizo omar hero remaja

5. Beliau adalah sahabat rapat kepada pelakon Kamal Adli yang menjadi salah seorang 'dulang boy' ketika majlis perkahwinannya dengan Mawar Karim pada 10 November 2013.

   

fizo omar nikah

6. Difahamkan, Fizo hanya kalah tipis 1 poin markah sahaja di tangan Kamal Adli sewaktu pertandingan akhir Hero Remaja 2007/2008. Kamal diangkat sebagai juara, manakala Fizo terpaksa berpuas hati di tempat kedua.

   

fizo nikah

7. Beliau memiliki anak tunggal yang dinamakan sebagai Wan Maryam, kelahiran 29 Disember 2017, hasil perkahwinannya dengan ahli perniagaan, Mawar Karim pada November 2013. Pasangan ini kemudiannya bercerai pada 10 Julai 2019.

fizo omar kahwin

bapa fizo omar

8. Bapanya, Wan Omar Wan Ishak meninggal dunia di usia 80 tahun pada Julai 2011 selepas berdepan masalah ketumbuhan.

9. Pada 2014, Fizo diisytiharkan bankrap sebagaimana pendedahannya dalam buku 'Bangkit Bila Bankrap' hasil tulisannya terbitan tahun 2018.

fizo kahwin

10. Terbaru beliau dilaporkan memperisterikan wanita bernama Fazeera Nazri Aziz, 25, yang merupakan seorang bekas pramugari dalam perkahwinan yang diadakan di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang, pagi semalam.

   

isteri fizo omar

Kredit foto: Instagram Fizo Omar & Facebook Fizo Omar

Untuk biodata asas Fizo, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Fizo Omar

   

Baca: Biodata Mawar Karim, Bekas Isteri Fizo Omar

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Azar Azmi

Baca: Akhirnya Fizo Omar Dedah Punca Perceraian

Sumber:

1. Bagi Sama Just To Be Fair, End Up…” – Akhirnya Norman Hakim Dedah Markah Hero Remaja Fizo Omar & Kamal Adli

2. Bapa Fizo Omar Meninggal Dunia

3. Trek Selebriti 2019 Episod 30

4. Instagram Fizo Omar

5. Fizo Omar pilih Fazeera sebagai suri hatinya




Hakcipta iluminasi.com (2017)