Kredit foto: Instagram Aniq Suhair

       

Aniq Suhair, pelakon yang semakin popular dalam kalangan peminat seni, mencuri tumpuan menerusi drama terkini TV3, Cinta Bersemi di Wadi Safiyyah.

        

cinta bersemi di wadi safiyyah 61474

        

Bersiaran sejak 9 Januari, siri ini juga menyatukan pelakon-pelakon hebat seperti Rita Nadira, Aidit Noh, Zamarul Hisham, Serene Claire, Nafiez Zaidi dan ramai lagi.

        

pelakon cinta bersemi di wadi safiyyah 89456

        

Adaptasi drama dari novel Aku Cinta Dia karya Sharifah Abu Salem itu telah menjadi kegilaan ramai disebabkan jalan ceritanya yang menarik dan lakonan hebat yang disampaikan oleh para pelakon.

        

rita nadira 31971

Aniq Suhair menghidupkan watak Ustaz Iqbal dengan penuh emosi dalam siri drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah

         

Dalam pada itu, filem seram terkini yang menampilkan lakonan Aniq, Banglo Seksyen 12 sedang menakutkan penonton di pawagam sejak tayangannya pada 25 Januari lalu.

         

8 Fakta Biodata Aniq Suhair Yang Ramai Tak Tahu!

aniq suhair anak dato 76142

         

1. Pemilik nama penuh Muhammad Aniq Suhair bin Mohd Salleh, asal dari Kajang, Selangor ini, kini menapaki umur 24 tahun (2024).

         

pelakon aniq suhair 54784

aniq suhair wikipedia 96511

         

2. Kebolehannya dicungkil semasa mengikuti rancangan realiti, Hero Remaja 2020 pada tahun yang sama dengan aktor Nadhir Nasar, Meerqeen, Imran Aqil, Hariz Hamdan, Hazeeq Dean, Jabir Meftah, Azim Yusof dan Jazmy Juma.

         

aniq suhair hero remaja 84157

         

Tanpa kejayaan meneruskan perjalanan ke peringkat akhir, Aniq tersingkir dari pertandingan pada episod ketujuh bersama Imran Aqil.

Walaupun terlepas peluang ke peringkat akhir, dia masih berjaya meraih gelaran Hero Remaja Favorite, berdasarkan sokongan tinggi daripada peminat yang memberikan undian.

          

aniq suhair tinggi 87922

        

3. Aniq terkemuka atas persembahan lakonannya dalam drama seperti Sekali Lagi Cinta Kembali, Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah, Tahyul, Life Lila, Liar, Wan Senja dan Journal Sarahaeyo.

Juga, Tak Sempurna Mencintaimu, Lelaki Lingkungan Cinta, Kebaya Kasut Kanvas, The Maid 2, Kampung People 3 dan Budak Intern.

Tidak ketinggalan telefilem Kami TV, Sempurna Mencintaimu dan Dolla Watch Me Glow, termasuk filem Banglo Seksyen 12 dan Chomel.

         

aniq suhair drama 94114

        

4. Menurut maklumat yang ditemui dalam carian internet, dia dikatakan memiliki ketinggian sekitar 178 sentimeter (cm).

         

aniq suhair umur 51246

        

5. Sepanjang kariernya dalam industri hiburan setakat ini, dia telah menerima Anugerah BBNU Tonton, selain tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Popular dan Pasangan Drama Terbaik (bersama Siti Khadijah Halim) di Anugerah Drama Sangat 2023.

         

adik beradik aniq suhair 98748

         

6. Peluang menjadi model dalam video muzik juga terbuka lebar buatnya untuk lagu-lagu iaitu "Gadees" nyanyian Zaim Ajmal, "Tak Mau Mau" dan "7 Perkara" (Aidilia Hilda) serta "Ku Cuba" (Hariz Fayahet).

        

aniq suhair 51471

        

7. Keakrabannya dengan selebriti wanita yang menjadi rakan seiring dalam drama mencetuskan desas-desus cinta, terutamanya dengan pelakon Siti Khadijah Halim, Rita Nadira dan Cik B.

Hubungan rapat itu bagaimanapun dijelaskan atas dasar persahabatan semata-mata dan tidak melibatkan lebih daripada sekadar rakan dalam industri hiburan.

          

aniq suhair dan siti khadijah 61183

        

8. Dalam perkembangan semasa, berikutnya pelakon ini bakal muncul dalam naskhah 'Enam Sebelah' yang akan dapat dinikmati di platform digital, Tonton.

        

Baca: 10 Fakta Pelakon Rita Nadira Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru TV3 Mesti Tonton (2023 / 2024), Juga Tersedia Online!

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah, Adaptasi Novel Aku Cinta Dia Karya Sharifah Abu Salem (Slot Akasia TV3)

              

Kredit foto: Instagram Aniq Suhair

        

Kredit video: Betul Ke Aniq Suhair Tak Ada Perasaan Dekat Siti Khadijah?

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)