Kredit foto: Instagram @official_aimantino

    

Penyanyi Aiman Tino yang menginjak usia 21 tahun ini pasti membuatkan kebanyakan remaja seusianya iri hati melihatkan pencapaian diraih beliau.

Baru setahun jagung, namun sudah banyak melakar momen indah dalam portfolio seni sebagai seorang penyanyi.

Seiring kematangan usia, dia juga dilihat akur berdepan kontroversi demi kontroversi, serta lebih tenang membiarkan komen-komen negatif dilayangkan warganet, berlalu.

Menerusi ruangan biodata, kami kongsikan coretan latar belakang dan butiran profil penyanyi bertubuh kecil molek ini.

    

Biodata

1. Nama penuhnya, Mohammad Aiman bin Yusri.

2. Dikenali dengan nama pentasnya, Aiman Tino.

3. Kelahiran Kuala Kubu Bharu, Selangor pada 27 Jun 1998.

4. Kini berusia 21 tahun (2019).

5. Merupakan penyanyi, pelakon dan usahawan yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2016.

6. Anak kepada pasangan Yusri Ishak (bapa) dan Riena (ibu) yang mana kedua orang tuanya ini merupakan pencipta single sulungnya, Ku Rela Dibenci yang memperkenalkan nama Aiman di lapangan seni suara.

7. Kakaknya, Fara Hezel juga merupakan penyanyi yang pernah menyertai program realiti, Big Stage musim pertama.

8. Selain Ku Rela Dibenci, lain-lain lagu hits dipopularkan Aiman seperti Permata Cinta, Ku Hanya Sayang Padamu, Lara Dalam Kerinduan (lagu raya), Terasa Cinta (duet bersama Fara Hezel), Ku Sesat Dalam Rindu dan Terlerai Sebuah Janji.

9. Dalam bidang lakonan, dia pernah membintangi siri Mak Cun musim keempat, termasuk telefilem Penunggu Simpang.

10. Tercalon di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 (ABPBH) 3.0 menerusi kategori Penyanyi Lelaki Popular, selain berentap di Anugerah Juara Lagu ke-31 menerusi karya lagu Ku Rela Dibenci.

    

Fakta Menarik

  • Anak keempat daripada 10 orang adik-beradik.
  • Memperjuangkan genre muzik Pop.
  • Berkebolehan bermain instrumen muzik, gitar.
  • Bernaung di bawah bumbung syarikat rakaman, Aries Music.

        

Baca: 10 Fakta Penyanyi Aiman Tino Yang Ramai Tak Tahu!

      

Foto

latar belakang aiman tino

aiman tino ku rela dibenci

kontroversi aiman tino

fara hezel kakak aiman tino

ig aiman tino

Kredit foto: Instagram @official_aimantino

    

Video

Kredit video: Youtube Mstar Online Malaysia

    

Sumber:

1. Wikipedia

2. Mstar

3. Harian Metro

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)