Biodata

Nama penuh: Syameel Aqmal bin Mohd Fodzly

Nama pentas: Syamel

Tarikh lahir: 26 November 1993

Umur: 26 tahun

Kelahiran: Kuala Lumpur, Malaysia

Pekerjaan: Penyanyi, komposer dan penulis lirik

Media sosial: Instagram @syamel_official

Fakta Menarik

1. Bekas pelajar Sekolah Agama Rakyat Bandar Tun Razak.

2. Menyambung pengajian dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di KLMU.

3. Hobinya suka bermain futsal, ping pong dan badminton.

4. Mengidolakan penyanyi antarabangsa, Bruno Mars dan Marc Anthony.

5. Terkenal membawakan genre muzik pop.

6. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2015.

7. Datuk saudaranya merupakan gitaris kumpulan Headwind yang popular di era 90-an.

8. Sebelum menjadi penyanyi rakaman, Syamel menimba pengalaman sebagai penyanyi jalanan atau 'busker' di hadapan Pasaraya Sogo, KL.

9. Mula popular sejak menyertai rancangan realiti nyanyian, Akademi Fantasia 2015. Nyaris tersingkir di konsert minggu kelapan, namun diselamatkan Dato' Ramli M. S. selaku ketua juri. Akhirnya beliau dinobatkan sebagai naib juara di konsert akhir.

10. Bertanding dalam program Duo Star bersama rakan duetnya, Ernie Zakri. Mereka dinobatkan sebagai juara musim pertama rancangan terbitan Astro itu.

11. Terus mencabar dirinya berentap di pentas Akademi Fantasia Megastar pada September 2017 yang antara lain membariskan bekas pelajar terbaik program realiti tv berkenaan. Beliau berjaya melangkah ke peringkat akhir, namun tidak meraih sebarang kedudukan. Bagaimanapun masih mampu berbangga dengan kemenangan anugerah The Ultimate Performer pada malam kemuncak.

12. Antara lagu-lagu yang pernah dirakamkan beliau seperti Hidup Dalam Mati, Lebih Sempurna, Biar Cinta dan Kau Pun Sama. Juga lagu duet bersama Ernie Zakri berjudul Aku Cinta yang berjaya menempatkan diri di Anugerah Juara Lagu ke–32 sekaligus membawa kemenangan trofi Vokal Terbaik. Terkini, Syamel sekali lagi dicalonkan di Anugerah Juara Lagu untuk edisi ke–33 menerusi karya Kau Pun Sama.

13. Digosipkan dengan Ernie, namun beliau menafikan dakwaan tersebut, sebaliknya menyifatkan hubungan mereka hanyalah sebagai teman artis yang menjalinkan hubungan kerjasama profesional.

Foto

biodata dan latar belakang penyanyi syamel 2

biodata dan latar belakang penyanyi syamel 3

biodata dan latar belakang penyanyi syamel 4

biodata dan latar belakang penyanyi syamel 5

biodata dan latar belakang penyanyi syamel 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Astro Gempak

3. Instagram Syamel




Hakcipta iluminasi.com (2017)