Biodata

Nama penuh: Luqman bin Abd Halim Faiz

Nama popular: Luqman Faiz

Umur: 18 tahun

Asal : Shah Alam, Selangor

Pekerjaan: Penyanyi

Media sosial: Instagram @luqmnnfaiz

Fakta Menarik

1. Berketinggian 175 sentimeter dan mempunyai berat badan 57 kilogram.

2. Anak kedua daripada tiga adik-beradik. Ibunya merupakan seorang guru agama, manakala bapanya pula sudah meninggal dunia. Beliau ingin menggalas tanggungjawab membantu menyara keluarga kerana kasihan melihat ibunya bekerja seorang diri.

3. Hobinya suka mendengar muzik dan bermain permainan video.

4. Warna kegemaran adalah hitam dan putih.

5. Suka makan ayam, manakala minuman kegemaran pula teh ais.

6. Menyambung pengajian dalam bidang Ukur Bangunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak, namun berhenti sekerat jalan dengan mengikuti satu lagi bidang lain iaitu jurusan muzik di UiTM Shah Alam.

7. Single pertamanya, Kepuraanmu ciptaan Sirkhan, Rinkarnaen dan Sang Hitam mula mendapat perhatian selepas terpilih menjadi lagu runut bunyi drama bersiri Mawar Murni yang dibintangi pelakon Saharul Ridzwan dan Fasha Sandha.

8. Mengakui pernah berputus asa dan ingin berhenti daripada dunia nyanyian kerana kesukaran mendapat tempat dalam industri.

9. Bernaung di bawah syarikat rakaman Aries Music yang turut bertanggungjawab menjaga karier seni beberapa penyanyi remaja popular lain seperti Sufian Suhaimi, Aiman Tino, Fara Hezel dan Fieya Julia.

10. Mendedahkan kawan baiknya, Haqiem Rusli pernah memujuk apabila beliau berasa kecewa dengan sambutan hambar seawal kemunculan sebagai penyanyi.

11. Memegang prinsip enggan bersentuhan dengan wanita bukan mahram bagi mengelakkan fitnah.

Foto

biodata dan latar belakang penyanyi luqman faiz 2

biodata dan latar belakang penyanyi luqman faiz 3

biodata dan latar belakang penyanyi luqman faiz 4

biodata dan latar belakang penyanyi luqman faiz 5

biodata dan latar belakang penyanyi luqman faiz 6

Video

Kredit:

1. Kosmo

2. BH Online

3. Youtube Aries Music

4. Instagram Luqman Faiz




Hakcipta iluminasi.com (2017)