Kredit foto: Instagram @official_farahezel 

    

Penyanyi Fara Hezel mula mencuri tumpuan umum menerusi buah tangan sulung, single Setiaku Pasti.

Namun karier nyanyiannya dilihat agak perlahan selepas tersungkur pada babak awal rancangan realiti, Big Stage musim pertama.

Sisi lain, Fara kini mengembangkan bakat dalam bidang lakonan apabila membintangi telefilem Cikgu Pencen pada tahun ini.

Lagi profil lanjut penyanyi yang juga kakak kepada Aiman Tino ini:-

    

Biodata

1. Nama penuhnya, Nurfaraazira binti Yusri.

2. Dikenali menerusi nama pentasnya, Fara Hezel. Nama panggilannya yang lain ialah Fara Hazel dan Aziera Yusri.

3. Dilahirkan pada 8 Mei 1996 di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

4. Berkelulusan Diploma dalam bidang Pemasaran daripada Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak.

5. Bakat nyanyiannya terserlah sejak umur tiga tahun.

6. Bagaimanapun mula berjinak sebagai penyanyi di arus perdana sejak tahun 2016.

7. Merupakan artis naungan syarikat rakaman, Aries Music.

8. Memperjuangkan genre muzik Pop.

9. Pernah menyertai program realiti Big Stage, namun menjadi peserta pertama yang disingkirkan. Pertandingan nyanyian di kalangan penyanyi BBNU (Budak Baru Nak Up) itu antara lain disertai Sarah Suhairi, Syafiq Farhain, Baby Shima, Andi Bernadee, Wani Kayrie, Ariff Bahran, Sissy Imann, Afieq Shazwan dan Tajul Ariff.

10. Rangkaian lagu dipopularkannya seperti Setiaku Pasti, Rindu Dalam Benci (duet bersama Wany Hasrita), Ku Pasrah dan Sukar Untukku.

11. Membintangi telefilem Cikgu Pencen pada tahun 2019.

12. Pernah mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Erry Putra, namun terputus di tengah jalan kerana tidak mendapat restu keluarga.

    

Foto

fara hezel sukar untukku 55

wikipedia fara hezel

fara hezel setiaku pasti

fara hezel erry putra

instagram fara hezel

Kredit foto: Instagram @official_farahezel

    

Video

Kredit video: Youtube Meletop

    

Sumber:

1. Wikipedia

2. BH Online

3. Mstar

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)