Kredit foto: Instagram Nik Iruwan , Facebook Nik Iruwan

        

Biodata

Nama sebenar: Nik Iruwan bin Nik Izani

Nama komersial: Nik Iruwan

Umur: 38 tahun (2023)

Tarikh lahir: 29 Mei 1985

Asal: Selangor

Keluarga: Anak sulung daripada empat orang adik beradik

Pendidikan: Ijazah Pemasaran daripada Universitiy of Hertfordshire, United Kingdom

Pekerjaan: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Nizra Group Berhad

Instagram (IG): @nikiruwan

       

Fakta Menarik

1. Menurut laporan media, Nik Iruwan dikatakan telah mengikat tali pertunangan dengan penyanyi Nabila Razali dalam majlis tertutup yang dihadiri oleh ahli keluarga, di rumah baharu Nabila di Selayang pada malam Jumaat yang lepas.

2. Walaupun begitu, tarikh pernikahan dan perkahwinan pasangan ini tidak dapat dipastikan, meskipun ada spekulasi mengatakan hari bahagia itu berkemungkinan akan diadakan pada tahun hadapan.

3. Sebelum ini, walaupun mereka bijak menyembunyikan hubungan mereka, ada peminat yang pernah bertembung dengan pasangan ini di Genting Highlands baru-baru ini, lantas video mereka yang sedang bersiar-siar menjadi tular.

4. Mengikut maklumat yang diberikan oleh peminat setia Nabila, dikatakan bahawa mereka ini hanya mula serius berpasangan sejak beberapa bulan yang lalu. Ia disebabkan oleh kecenderungan dan minat yang sama dalam sukan permotoran, yang menjadi salah satu faktor yang mendekatkan lagi hubungan antara dua individu terkenal ini.

        

Latar Belakang Nik Iruwan

1. Merupakan seorang bekas pelumba kereta litar Formula.

2. Dipercayai bahawa beliau masih meneruskan minatnya dalam sukan permotoran itu dengan terlibat secara aktif dalam pembangunan pelumba negara, melalui sukan go-kart sejak tahun 2008.

3. Selain itu, beliau turut mengendalikan dan memperluaskan lagi empayar perniagaan yang dimiliki oleh keluarganya, iaitu Nizra Group.

4. Beliau juga dikenali sebagai individu yang kerap terlibat dalam penganjuran acara hiburan.

5. Nizra Entertainment di bawah pimpinannya sebelum ini pernah menerbitkan filem Bulan Dan Pria Terhebat pada tahun 2020.

6. Nik Iruwan juga bukanlah individu yang calang-calang, beliau adalah anak kepada insan berpengaruh, Datuk Nik Izani Nik Ibrahim.

        

Baca: 10 Fakta Penyanyi Nabila Razali Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Nabila Razali

         

Foto

siapa nik iruwan nik izani

Ibu Nik Iruwan

nik iruwan umur

nik iruwan bekas kekasih

nizra group

nik iruwan wikipedia

nik iruwan bin nik izani

nik iruwan datuk nik izani

Bapanya, Dato Nik Izani Nik Ibrahim

tunang nabila razali

nabila razali kahwin

nik iruwan nik izani biodata

nik iruwan

nabila razali bertunang

nabila razali 581

nik iruwan nik izani

Kredit foto: Instagram Nik Iruwan , Facebook Nik Iruwan

        

Video

Kredit video: NIK IRUWAN: FINAL RACE LANGKAWI I #FULLSEND EP2

        

Sumber:

1. Facebook Nik Iruwan

2. Nabila Razali kini tunang ahli perniagaan

3. Kekasih Baru Zahirah Macwilson? Kenali Nik Iruwan, Bukan Calang-Calang Orangnya!

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)