Kredit foto: Instagram Bunga Isme

    

Penyanyi rap wanita tempatan, Bunga Isme mencuri tumpuan dunia selepas muncul dalam artikel The New York Times dan sebuah video daripada Bloomberg.

Ia rentetan penampilan uniknya yang mengenakan tudung dan berbaju kurung, namun dalam masa sama mempunyai bakat luar biasa dalam menyampaikan bait-bait lirik lagu rap dengan baik.

Penerimaan media antarabangsa terhadap rapper gadis melayu yang berimej muslimah ini pastinya menjadi inspirasi buat generasi muda berhijab di luar sana untuk tampil menyerlahkan bakat masing-masing.

    

Biodata

1. Pemilik nama penuh Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari Jailani. Nama pentasnya, Bunga Isme atau Bunga.

2. Berusia 19 tahun (2019).

3. Berasal dari Perak.

4. Mengikuti pengajian Diploma Pentadbiran Awam di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Seremban 3.

5. Merupakan artis naungan di bawah syarikat rakaman Warner Music.

6. Tampil dengan single berjudul Bunga pada Julai 2019.

7. Cita-cita asalnya ingin menjadi ahli politik atau peguam. Bercadang menjadikan kerjaya nyanyian sebagai karier sampingan di masa mendatang.

   

Fakta Menarik

  • Penyanyi rap pertama negara yang berimej sopan dengan mengenakan hijab dan berbaju kurung.
  • Namanya meledak selepas menjayakan persembahan di Festival Seni Melayu ‘Pesta Raya’ di Singapura beberapa bulan lalu. Malah beliau menjadi tumpuan di laman sosial apabila 'viral', termasuk mendapat publisiti daripada beberapa portal antarabangsa yang menampilkannya sebagai tajuk berita utama.
  • Menerima perhatian meluas selepas muncul dalam video Youtube bertajuk ‘16 Baris’ bersama Joe Flizzow yang sehingga kini sudah mencecah dua juta tontonan.
  • Perjalanan awalnya sebagai anak seni pada mulanya tidak mendapat restu keluarga yang menginginkan dia memberi tumpuan terhadap pengajian. Bagaimanapun pendirian mereka perlahan-lahan berubah selepas melihat Bunga mampu menjadikan kerjaya seni sebagai periuk nasi yang memberikan pulangan kewangan.
  • Suka mengarang puisi.
  • Bertekad untuk terus menjaga auratnya sewaktu mengadakan persembahan.

    

Foto

instagram bunga isme

penyanyi rap bunga

wikipedia bunga isme

bunga 16 baris

umur bunga isme

latar belakang bunga isme

Kredit foto: Instagram Bunga Isme

   

Video

Kredit video: Youtube Warner Music Malaysia

   

Sumber:

1. Bunga yang 'cool'...

2. Muncul Di Bloomberg & The New York Times, Rapper Berhijab Ini Berjaya Buka Mata Dunia

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)