Kredit foto: Instagram Anna Jobling

       

Nama Anna Jobling menjadi sebutan ramai ketika ini. Selain menggalas tugas besar sebagai salah seorang juri bagi rancangan komedi popular, Muzikal Lawak Superstar (MLS) 2024 yang disiarkan di Astro Warna, kehadiran Anna di layar kaca juga dinanti-nantikan.

        

anna jobling 25955

       

Anna menyerlah dalam dunia lakonan menerusi drama romantis 'Hai Cinta Dengarkanlah' dan terlibat dalam filem seram 'Lembayung' yang sedang hangat ditayangkan di televisyen dan pawagam.

        

anna jobling mak 12365

       

Untuk mengenali Anna dengan lebih dekat, baca 8 fakta mengenai dirinya yang kami sediakan di bawah ini.

       

anna jobling wikipedia 22565

        

1. Nama penuhnya, Anna Ellisa Gustin Jobling binti Abdul Rahman, berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia dan kini berumur 24 tahun (2024).

        

meerqeen anna jobling 39877

        

2. Drama yang menyerlahkan bakat lakonannya termasuklah Hai Cinta Dengarkanlah, Syurga Itu Bukan Mudah, Melur Untuk Firdaus, Melur Untuk Firdaus Musim 2, Terima Kasih Cinta, Dia Yang Ku Jadikan Suami dan Ash & Aish.

Juga, Shah Alam 40000, Oh My Hantaran, Kuasa, Mr. Millennium, Malaysian Ghost Stories, Kalung dan One Two Hantu.

       

anna jobling agama 11885

        

Tidak ketinggalan, telefilem Jendela Hati, The One, Semua Tentang Kita, Bella - Bila Cinta Bersatu, Balik ke Idak? dan Keluarga Baha Don (Musim 1).

Sementara itu, pembabitannya turut menghiasi layar seni tempatan dalam filem Lembayung, Laut Tengah, Pasal Kau! dan Penunggang Agama 2.

        

hai cinta dengarkanlah 22151

       

Akan datang, dia akan kembali menyinari layar kaca dalam drama Cinta Wanita Johor Bahru dan filem Duyung: Legenda Aurora.

        

bapa anna jobling 99558

       

3. Sebelum melangkah ke dunia selebriti, Anna sebenarnya pernah mencipta nama sebagai seorang atlet renang. Pada usia 17 tahun, dia telah mewakili negeri Selangor dalam sukan tersebut.

        

anna jobling mother father

       

4. Ibu Anna, Azni Raihana Arop memainkan peranan penting sebagai pengurus kerjaya seninya. Menurut Anna, kehadiran ibunya membuatkannya dia berasa selamat, kerana ibunya sentiasa memastikan segala urusan berada dalam kawalan. Malah, dia tidak pernah lewat menghadiri sesi penggambaran kerana ketelitian dan perhatian ibunya yang sentiasa berjaga-jaga agar semuanya berjalan lancar.

        

lembayung movie gsv tgv paragon mbo cinema showtime online

       

5. Sementara itu, bapa Anna, Abdul Rahman Gustin Jobling Abdullah, telah meninggal dunia pada 8 September 2023, selepas diserang sakit jantung ketika berada di United Kingdom (UK).

        

instagram anna jobling 36259

       

6. Difahamkan bahawa jika Anna tidak terjun ke dunia seni, impiannya adalah untuk melanjutkan pendidikan sama ada dalam jurusan psikologi atau perniagaan di luar negara.

        

ayah anna jobling siapa bercerai cerita hantu

Anna dalam drama Dia Yang Ku Jadikan Suami

        

Selain itu, dia juga pernah menyimpan hasrat untuk mendalami bidang veterinar kerana kecintaannya terhadap kucing.

        

tinggi anna jobling 66557

        

7. Sebelum ini, Anna pernah mencuri perhatian ramai apabila tampil sebagai model dalam video muzik lagu 'Hello' nyanyian duet Ismail Izzani dan Andi Bernadee.

       

lembayung 15415

       

Bukan itu sahaja, wajahnya juga menghiasi video muzik 'Bertengkar Manis', sebuah kolaborasi antara penyanyi terkenal Rossa dan Barsena Bestandhi.

        

anna jobling parents movies age height

       

8. Apa yang mungkin ramai peminat tidak ketahui tentang diri Anna juga adalah dia sebenarnya merupakan seorang peminat tegar filem seram.

         

drama anna jobling 56222

Kredit foto: Instagram Anna Jobling

       

Anna gemar meluangkan masa untuk menonton filem-filem menakutkan ini bersama rakan-rakan dan keluarganya.

        

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Lembayung (2024), Adaptasi Kisah Benar Lakonan Anna Jobling

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah (Slot Akasia TV3, iQIYI) Adaptasi Novel Karya Mardihah

Baca: Biodata 30 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 (MLS Musim 4)

        

Kredit video: Film Lembayung - Full Official Movie Trailer , Release Date 19 September 2024

        

Info Anna Jobling

1. Anna merupakan satu-satunya anak dalam keluarga dan tidak mempunyai adik-beradik lain.

2. Pelakon dengan aset ketinggian ini pernah meraih tempat keempat dalam pertandingan Dewi Remaja edisi 2018 / 2019. Kejayaan itu telah membuka pintu rezekinya dalam dunia hiburan.

3. Kini, dia sudah mengumpul lebih daripada 1.5 juta pengikut di Instagram (IG), manakala di TikTok, dia menarik 870,000 orang peminat yang setia mengikuti akaun miliknya.

4. Di sebalik popularitinya yang melambung, dia tidak terlepas daripada gosip – khabar angin sebelum ini mengatakan dia menjalin hubungan dengan pelakon Meerqeen. Namun, Anna dengan tegas menyangkal dakwaan itu, mengatakan bahawa aktor itu bukanlah kekasihnya.

5. Walaupun banyak mata tertumpu padanya, terutama soal cinta, Anna yang berdarah kacukan dan berpegang pada agama Islam ini lebih memilih untuk menumpukan perhatian pada kariernya buat masa ini. Soal kahwin dan calon suami? Dia tidak mahu tergesa-gesa.

         

           

Sumber:

1. Tersenarai Wanita Tercantik Dunia, Karier Meroket Sampai Ke Indonesia, Anna Jobling: “My Life Changed Overnight”

2. A model life

3. Anna Jobling tiada masalah jadi duyung, rupanya atlet renang pernah wakil Selangor - “Skill masih ada”

4. Ayah Anna Jobling meninggal dunia di UK

      




Hakcipta iluminasi.com (2017)