Kredit foto: Instagram Qistina Raisah

Siapa Qistina Raisah? Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri atau nama popularnya, Qistina Raisah merupakan seorang pelakon dan model remaja Malaysia yang pernah dikenali menerusi watak Alisya dalam drama Papa Ricky dan sebagai 'Tengku Aqilah' dalam drama Lafazkan Kalimah Cintamu.

Biodata / Profile / Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Nur Qistina Raisah binti Mohd Kamarol Azri.
  • Menggunakan nama komersial, Qistina Raisah.
  • Berumur 13 tahun.
  • Lahir pada 1 Disember 2008 di Sepang, Selangor.
  • Membesar di Seremban, Negeri Sembilan.
  • Anak kepada pasangan Mohd Kamarol Azri (bapa) dan Roszana Aminuddin (ibu).
  • Anak bongsu dalam keluarga. Mempunyai lima orang adik beradik yang mana tiga daripadanya adalah lelaki dan dua lagi perempuan.
  • Berkecimpung dalam dunia hiburan sejak tahun 2012 sebagai seorang pelakon dan model.
  • Antara drama dibintanginya seperti Tanah Kubur, Geng UPSR, Papa Ricky, Syurga Yang Kedua, Lafazkan Kalimah Cintamu, Camelia dan Isteri Misteri.
  • Termasuk telefilem Jahil, Baby Bro, Detektif Daniel, Ketupat Untuk Ariana, Nana Dan Jam Atok, Raya Kali Ini, Kembara Cinta dan banyak lagi.
  • Kemunculannya di layar lebar menerusi filem Kelibat, Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng dan Felina.
  • Pengguna Instagram (IG) atas nama akaun @qistinaraisah08 yang mempunyai lebih 970,000 pengikut.

Fakta Menarik

  • Memulakan karier seni lakonan sejak berumur empat tahun.
  • Menjadikan pelakon Siti Elizad yang dipanggilnya 'Mommy Ijad' sebagai inspirasi dalam bidang lakonan, selain ingin menempa kejayaan bak aktres Neelofa.
  • Selain bercita-cita meneruskan kerjaya sebagai pelakon, beliau juga menanam hasrat untuk membuka kedai kek.
  • Tidak gemar membeli barang berjenama, sebaliknya suka menyimpan pendapatan yang ada untuk tabungan masa hadapan.
  • Pernah digosipkan bercinta dengan penyanyi remaja, Zaki Yamani dan Coki Tiktok.

Baca: Biodata Coki TikTok

Baca: Biodata Zaki Yamani

    

Gambar

qistina raisah dulu

qistina raisah wikipedia

qistina

qistina raisah umur

qistina raisah ig

gambar qistina raisah

qistina raisah

coki 255

nur qistina raisah

zaki yamani 566

Kredit foto: Instagram Qistina Raisah

Video

Kredit video: Instafamous prank qistina sampai nangis

   

Sumber:

1. Qistina Raisah Tak Guna Duit Lakonan Beli Barang Berjenama

2. Baru belasan tahun, Zaki Yamani malu-malu diusik bercinta dengan pelakon cilik Qistina Raisah - “Hah ni bau dah nasi minyak dia... sepadan”

3. Wikipedia Qistina Raisah




Hakcipta iluminasi.com (2017)