Biodata

Nama penuh: Raline Rahmat Shah

Nama popular: Raline Shah

Tarikh lahir: 4 Mac 1985

Umur: 33 tahun

Kelahiran: Jakarta, Indonesia

Pekerjaan: Pelakon, model dan penyanyi

Media sosial: Instagram @ralineshah

Fakta Menarik 

1. Berbangsa Indonesia, berdarah Melayu.

2. Tinggal dan membesar di Medan.

3. Bapanya, Rahmat Shah merupakan warganegara Indonesia, berasal dari Medan, Sumatera Utara.

4. Ibunya, Roseline Rahmat, seorang suri rumah, namun aktif melibatkan diri dalam kegiatan sosial dan kini merupakan pengerusi YPAC Medan.

5. Memiliki lulusan dalam bidang sains politik dari Universiti Nasional Singapura dengan ijazah B.A dalam Sains Politik dan Media & Komunikasi Baru (Kepujian).

6. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2008.

7. Mula popular sejak menjadi finalis pertandingan Puteri Indonesia 2008.

8. Merupakan bintang filem yang popular di Indonesia sejak tujuh tahun lalu. Mula dikenali di kalangan peminat negara itu menerusi filem 5 CM.

9. Filem popular lain yang terus meledakkan namanya ialah 99 Cahaya Di Langit Eropa (2013 dan 2014), Supernova (2014) dan Surga Yang Tidak Dirindukan 2 (2017).

10. Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang selektif menerima tawaran lakonan hingga hanya muncul dalam satu filem sahaja setahun.

11. Lebih selesa berlakon di layar perak berbanding drama bersiri televisyen kerana menganggap skop kerja pelakon sinetron tidak bersesuaian dengan dirinya kerana tuntutan tempoh masa penggambaran yang lama, selain faktor usia.

12. Dilantik menjadi Pesuruhjaya Bebas syarikat penerbangan tambang murah, PT AirAsia Indonesia.

13. Pada November 2018, Raline muncul menerusi filem aksi kepolisan Malaysia, Polis Evo 2 di bawah arahan Joel Soh dan Andre Chiew.

Foto

biodata raline shah pelakon filem polis evo 2 1

biodata raline shah pelakon filem polis evo 2 2

biodata raline shah pelakon filem polis evo 2 3

biodata raline shah pelakon filem polis evo 2 4

biodata raline shah pelakon filem polis evo 2 5

Kredit:

1. Wikipedia

2. Kosmo

3. Utusan Online

4. Instagram Raline Shah




Hakcipta iluminasi.com (2017)