Kredit foto: Instagram Qasrina Karim

Siapa Qasrina Karim? Qasrina merupakan seorang pelakon dan model jenama tudung, dikenali menerusi peranannya dalam filem Kongsi Raya dan Siapa Tutup Lampu, dikatakan memiliki wajah iras pelakon Mira Filzah selepas tular di laman Twitter pada tahun 2018.

Biodata

Nama sebenar: Qasrina Karim

Nama komersial: Qasrina Karim, Qasrina, Qasqass

Umur: 26 tahun (2022)

Tarikh lahir: 11 April 1996

Asal / Tempat lahir: Subang Jaya, Selangor

Keluarga: Anak ketiga daripada empat orang adik beradik

Pendidikan: Jurusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia

Kerjaya: Pelakon, model muslimah

Instagram (IG): @qasqasss

Latar Belakang

Memulakan kerjaya sebagai seorang model sejak hujung tahun 2016 dengan memperagakan koleksi jenama terkenal termasuk produk hijab Alhumaira sebagai wajah rasmi, dia mengorak langkah dalam bidang lakonan sejak 2020 menerusi filem Kongsi Raya (2022) dan Siapa Tutup Lampu? (2021), selain siri komedi saluran Astro Ceria, Salam Squad 3.0.

Menerusi Kongsi Raya arahan Teddy Chin, dia digandingkan bersama barisan pelakon hebat tanah air antaranya Harith Iskandar, Erra Fazira, Wilson Lee dan Chew Kin, manakala seram thriller Astro First 'Siapa Tutup Lampu?' pula turut menampilkan Azizul Ammar, Uyaina Arshad, Naim Daniel, Ismi Melinda dan Azhar Jalil.

Qasrina memaklumkan selepas ini dia akan meneruskan lakonan sebagai cabang karier baharu dan bakal muncul dalam komedi seram berjudul ‘Siapa Buka Lampu?’

Fakta Menarik

1. Pernah beraksi dalam iklan komersial sewaktu zaman kecil.

2. Pernah viral di laman Twitter pada 2018 kerana persamaan wajah dengan aktres Mira Filzah dan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza.

3. Menghadiri uji bakat lakonan atas dorongan kakaknya, selepas produksi filem Kongsi Raya menghubungi beliau melalui mesej langsung (DM) Instagram.

4. Kongsi raya, filem dwi bahasa iaitu Melayu dan Cina yang menggunakan Qasrina sebagai bintang utama ini, menuntutnya untuk mempelajari bahasa Cina.

5. Ingin mengembangkan lakonan sebagai bakat serba boleh menerusi pelbagai watak.

        

Baca: 8 Fakta Pelakon Qasrina Karim Yang Ramai Tak Tahu!

        

Gambar

qasrina karim wikipedia

salam squad 3 0

qasrina karim family

qasrina karim

kongsi raya

kongsi raya cast

qasrina karim umur

pelakon kongsi raya

kongsi raya movie

salam squad 3 0 pelakon

Kredit foto: Instagram Qasrina Karim

Video

Kredit video: Qasrina Karim 'student' terbaik Ustaz Don | MeleTOP | Nabil Ahmad & Zara Zya

Sumber:

1. Qasrina rimas dikaitkan wajah seiras Mira?

2. Qasrina bukan adik Mira Filzah, rimas sering 'disamakan'?

3. Qasrina Karim klon Mira Filzah?




Hakcipta iluminasi.com (2017)