hh

Kredit foto: Instagram Wan Zarul Imran

        

Zarul Iman sering tampil dalam senarai pelakon untuk drama tempatan yang ditayangkan di televisyen.

        

zarul iman

       

Sebagai watak penting dalam drama 'Lelaki Melayu Terakhir', dia kini hadir bersama barisan bintang ternama, disiarkan di slot Samarinda, saluran TV3.

       

lelaki melayu terakhir episod 11457

        

Seiring pelakon-pelakon terkenal lain, produksi ini juga menyaksikan penyertaan Fattah Amin, Wanna Ali, Umie Aida, Nabil Aqil, Hazwani Helmi, Heliza Helmi, Liza Abdullah dan ramai lagi.

        

Biodata

Nama penuh: Wan Zarul Imran bin Wan Mohd Azlan

Nama komersial: Zarul Iman, Zarul Imran, Wan Zarul Imran, Wan Zarul Iman, Wan Zarul

Umur: 25 tahun (2024)

Asal: Perlis

Keluarga: Anak sulung dalam kalangan adik-beradiknya

Pekerjaan: Pelakon, Model, Pencipta Konten, Pengacara

Instagram (IG): @wanzarulimran

Tiktok: @zarulimranz

        

Latar Belakang

Zarul Iman, seorang anak seni yang sejak kecil lagi menyimpan cita-cita untuk menjadi pelakon. Meskipun pernah menyambung pendidikan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), dia terpaksa berhenti separuh jalan kerana menghadapi masalah tertentu. Namun, impian untuk bergelar pelakon tidak pernah padam, malah terus disemarakkan dengan sokongan padu daripada keluarganya, terutama ibunya yang sentiasa memberikan semangat.

         

zarul imran twitter viral

       

Sejak zaman sekolah lagi, dia aktif dalam pelbagai aktiviti seni, termasuk teater, yang menjadi tapak asas untuknya membina kerjaya dalam industri hiburan.

        

zarul iman age

      

Zarul mula dikenali menerusi beberapa drama popular seperti Budak Hostel Otaknya Sewel, Lelaki Melayu Terakhir, Gemersik Berbisik, Budak Takraw, Langkah Terakhir Pak Ngah, Sis Sayang Kamu, Gangster Ker, Aku Yang Merinduimu dan Misteri Mona. Dia juga pernah membintangi telefilem Selalu Ada, selain membuat penampilan dalam filem 29 Februari.

       

Fakta Menarik

1. Dia memiliki ketinggian 164 sentimeter (cm) dan selain berlakon, pernah bersaing dalam pertandingan Mister Planet Nation Malaysia 2019.

2. Dia juga pernah muncul dalam program popular, Macam-Macam Aznil. Minat dan bakatnya dalam seni sejak zaman sekolah menjadi pemangkin untuknya terus mengorak langkah dalam dunia hiburan tanah air.

3. Di alam siber, Zarul muncul sebagai selebriti media sosial, dengan 725,000 pengikut di TikTok dan 72,000 pengikut di Instagram.

        

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lelaki Melayu Terakhir (Slot Samarinda TV3)

        

Foto

wan zarul iman

zarul iman umur

zarul imran

lelaki melayu terakhir drama 52154

lelaki melayu terakhir 63254

lelaki melayu terakhir cast 23564

wan zarul imran

zarul iman wikipedia

zarul imran biodata

lelaki melayu terakhir pelakon 85148

Kredit foto: Instagram Wan Zarul Imran

        

Tajuk cerita? Lelaki Melayu Terakhir

Berapa episod? 26 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Khamis (Mulai 5 Ogos 2024)

Bila tayang? Pukul 10 malam

Tonton di mana? Saluran TV3 dan platform online, Tonton

       

Sumber:

1. Video ‘panas’ kembali tular, Zarul Imran tak tergugat

2. Kontroversi Video ‘Panas’ Tak Halang Impian Zarul Imran Jadi Anak Seni – “Saya Terkena Fitnah Yang Sangat Kuat”

3. Instagram Wan Zarul Imran

          




Hakcipta iluminasi.com (2017)