Kredit foto: Instagram Lorenzo Irmann , Facebook Lorenzo Irmann , TikTok Lorenzo Irmann

         

Nama Lorenzo Irmann semakin menonjol dan dianggap sebagai pelapis muda yang berpotensi, kini menjadi bintang dalam siri Rampas Cintaku Musim 2 yang disampaikan melalui platform penyiaran internet terkenal, iQIYI.

         

rampas cintaku 2

Drama sekuel ini daripada pengarah Ejump Mohd merupakan naskhah yang bukan diadaptasi dari karya novel. Kredit foto: Instagram iQIYI Malaysia

         

Dalam Rampas Cintaku 2, Fasha Sandha dan Afieq Shazwan memainkan peranan utama, diiringi oleh lakonan hebat oleh Ady Mohammad, Lorenzo Irmann, Puteri Balqis Ashikin, Keith Foo, Erra Fazira, Alya Iman, Zamarul Hisham, Ezaidi Aziz dan Zarynn Min.

          

drama rampas cintaku

Kredit foto: Instagram Lorenzo Irmann

        

Dia kini juga wajah dalam dua siri drama popular, iaitu 'Yang Tahu Je Tahu' dan 'Pewaris Cinta' yang sedang bersiaran di kaca TV.

         

Biodata

Nama sebenar: Lorenzo Irmann bin Farhan @ Caddeo Paolo

Nama komersial: Lorenzo Irmann, Lorenzo Irman, Jenjooz, Jenjo, Jenjozz

Umur: 20 tahun (2024)

Tarikh lahir: 20 Januari 2004

Asal: Dengkil, Selangor

Agama: Islam

Keluarga: Anak tunggal dalam keluarga

Pendidikan: University Of Cyberjaya

Pekerjaan: Pelakon, Model, Personaliti TikTok

Instagram (IG): @lorenzoirmann

Tiktok: @lorenzoirman

         

Latar Belakang

1. Lebih akrab dipanggil dengan nama Jenjo.

2. Satu-satunya anak dalam keluarga - tiada adik-beradik lain.

3. Memiliki tinggi badan 183 sentimeter (cm).

4. Mewarisi darah kacukan daripada bapanya yang berasal dari Itali, manakala Jawa di pihak ibunya.

5. Menjalani pengajian tingkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dengkil, Selangor.

6. Memulakan perjalanan sebagai model sambilan sejak awal tahun 2021.

7. Dalam dunia drama televisyen tempatan, wajahnya diperkenalkan menerusi pelbagai watak dalam siri Scammer Geng Marhaban, Yang Tahu Je Tahu, Rampas Cintaku Musim 2, Budak Hostel Otaknya Sewel dan Pewaris Cinta.

Akan datang, The Secret yang dapat dinikmati di platform online, Viu.

        

Fakta Menarik

1. Memiliki kebolehan bertutur dalam bahasa Jawa.

2. Suaranya yang garau menjadi fokus perhatian di aplikasi TikTok dan dikaitkan dengan pengarah Syamsul Yusof.

3. Walaupun ia adalah suara asli yang tidak dibuat-buat, ada yang meragui dan menganggap dia menggunakan audio Syamsul Yusof serta mendakwa suaranya telah diedit menjadi suara orang lain.

4. Di samping mencipta video dengan suara menyerupai pengarah itu, dia turut menguasai suara-suara anime dan watak kartun seperti Mickey Mouse, Donald Duck dan Goofy untuk memenuhi permintaan peminatnya, sambil memberikan hiburan dan mengemukakan kebolehan lakonannya.

5. Mendamba untuk diberikan peluang berperanan dalam watak aksi.

6. Pernah mencurahkan usaha untuk meningkatkan bakatnya dengan mengikuti kelas lakonan pada tahun 2019.

7. Meminati lakonan berkarisma Faizal Hussein dan cara Allahyarham Tan Sri P Ramlee menyampaikan dialog dengan penuh santai dan bersahaja, sementara juga memuja bakat antarabangsa, Chris Hemsworth.

         

Baca: 10 Filem, Drama Cinta Romantik Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

           

Foto

jenjooz

jenjo

lorenzo irman drama

lorenzo irman age

lorenzo irmann

lorenzo irman wikipedia

rampas cintaku

lorenzo irman umur

rampas cintaku 2 episod

jenjozz

rampas cintaku s2

rampas cintaku iqiyi

lorenzo irman

pelakon rampas cintaku

Lorenzo digandingkan bersama Amir Ahnaf dalam siri Scammer Geng Marhaban. Kredit foto: Instagram Lorenzo Irmann , Facebook Lorenzo Irmann , TikTok Lorenzo Irmann , Instagram iQIYI Malaysia

         

Sumber:

1. “Saya pandai cakap bahasa Jawa sebab, mak saya orang jawa’ - Lorenzo Irman (Jenjooz)

2. Aktif berborak di TikTok, followers sedar jejaka mix Melayu-Itali ini ada persamaan dengan Syamsul Yusof - “Rasa kelakar bila ramai tak percaya”

3. Instagram Lorenzo Irmann

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)