Kredit foto: Instagram Haidar Hasanudin , Facebook Haidar Hasanudin

       

Haidar Hasanudin adalah wajah baru dalam dunia lakonan dan kini muncul dalam drama berepisod slot Akasia terkini TV3, yang berjudul I Love You Stupid (ILYS).

Lagi drama lakonannya yang ditayangkan serentak di kaca TV ialah Adam Bukan Adam dan Jangan Lupa Janji (akan datang di saluran Astro Ria pada 20 November 2023).

       

Biodata

Nama sebenar: Haidar bin Hasanudin

Nama komersial: Haidar Hasanudin

Umur: 34 tahun (2023)

Tarikh lahir: 17 April 1989

Tempat lahir / Asal: Kuala Lumpur

Keluarga: Hasanudin Saidin (bapa)

Pendidikan: Institut Media Dan Integratif Malaysia (MIIM) atau lebih dikenali sebagai Akademi TV3

Pekerjaan: Pelakon, Juruvideo, Pengacara Podcast

Instagram (IG): @haidarhasanudin

         

Latar Belakang

1. Sejak kecil lagi, keinginan dan impiannya untuk menjadi pelakon telah tertanam, tetapi hanya baru-baru ini dia diberikan peluang untuk melakonkan peranan di hadapan kamera.

2. Bapanya, Hasanudin Saidin, merupakan seorang pengurus produksi dan pelakon pada dekad 1990-an yang pernah melibatkan diri dalam lakonan beberapa filem dan drama seperti Jibon, Miang Tak Jadi dan beberapa lagi.

3. Kerjaya Haidar bermula sebagai pembantu produksi yang berada di belakang tabir sebelum diserahkan peluang untuk membintangi drama bersiri Tetuan Ang & Rahimin.

4. Dalam tempoh singkat di industri lakonan, dia telah mencatatkan nama sebagai pelakon dalam pelbagai drama berepisod dan telefilem seperti Kampung People Musim 3, Rajuk Karina, I Love You Stupid (ILYS), Angah, Tetuan Ang & Rahimin, Jack Yusof, Adam Bukan Adam, Bintang, Hantu Raya Pergi Perang, Stella On Stage, Jaga Aku Selamanya (penampilan khas), Debunk Beraya, Amshar Bukan Asha dan banyak lagi.

5. Dengan melibatkan diri dalam bidang lakonan, dia terinspirasi oleh kejayaan pelakon-pelakon ternama seperti Bront Palarae, Zamarul Hisham dan Amerul Affendi.

        

Fakta Haidar Hasanudin

1. Membesar di Keramat, Kuala Lumpur.

2. Merupakan bekas kekasih dan bekas pengurus kepada aktres popular, Fify Azmi.

3. Sebelum ini, dia telah melibatkan diri dalam pelbagai jenis pekerjaan seperti jurukamera, kru teknikal, pembantu produksi, penyunting, pembantu penerbit, penerbit serta menangani beberapa tawaran pengacaraan yang berskala kecil.

       

Baca: 8 Fakta Biodata Ezzanie Jasny, Pelakon Drama Berepisod I Love You Stupid (TV3 & Viu) Gandingan MK K Clique

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod I Love You Stupid, Adaptasi Novel Karya Melur Jelita

         

Foto

haidar hasanudin age

haidar hasanudin instagram 673

haidar hasanudin umur

haidar hasanudin wikipedia

jangan lupa janji drama 20154

jangan lupa janji 55802

haidar hasanudin

i love you stupid 86983

ilys 58746

ilys tv3 51486

pelakon ilys tv3 99879

Kredit foto: Instagram Haidar Hasanudin , Facebook Haidar Hasanudin

          

Video

Kredit video: Episod 1 - 4 [Highlight] - I Love You, Stupid | Viu Malaysia

          

Sumber:

1. Nasib baik tidak ‘terkorban’, Haidar Hasanudin nyaris disondol lembu

2. Haidar Hasanudin Gementar Bergandingan Dengan Daiyan Trisha - "Dia Cantik & Berbakat, Tipulah Tak Rasa ..."

3. Haidar Hasanuddin sorok usia

4. Langkah tepat Haidar

5. Bekas Kekasih Yakin, Fify Azmi Tak Bersalah- “Saya Kenal Dia Macam Mana…”

          




Hakcipta iluminasi.com (2017)