Kredit foto: Instagram Aniq Durar , Instagram Hafiz Taharim , Facebook Awangku Aniq Durar

       

Pelakon yang sedang menarik perhatian sebagai bintang baru, Aniq Durar, kini muncul dalam deretan drama televisyen Melayu.

        

dua darjat 65145

        

Dia memegang watak utama dalam siri drama Dua Darjat yang disiarkan di slot Akasia TV3.

        

dua darjat tv3 episode 53624

       

Dalam siri ini, dia beraksi bersama Sharifah Rose serta beberapa pelakon tempatan terkenal seperti Iman Suhana, Ferth Jasni, Yasmin Hani, Sharifah Zarina, Raja Azmi, Zarul Umbrella, Adam Shahz dan Jihaa Sham.

        

10 Fakta Aniq Durar Yang Ramai Tak Tahu

aniq durar umur height 62365

        

1. Awangku Aniq Durar bin Pengiran Malyx adalah nama penuhnya, berumur 31 tahun pada 2024 dan dia berasal dari Sarawak.

2. Pembabitannya dapat dilihat di layar seni tempatan dalam drama Luruhnya Bunga Cinta, Dua Darjat, Alice Kampung Baru, Riot!: Rebel With A Cause dan Pink Smile.

Di samping itu, industri seni turut menyaksikan kehadirannya dalam filem berjudul Pagari Bulan.

Akan datang adalah siri Luruhnya Bunga Cinta Musim 2 dan My Stolen First Kiss, serta filem Nyonya Ronggeng dan Papa.

        

aniq durar family 66958

       

3. Difahamkan bahawa semenjak kecil, Aniq sudah aktif dalam persembahan menari di sekolah rendah, terlibat dalam muzikal dan koir di sekolah menengah, dan di universiti dia berlakon dalam teater Inggeris seperti karya Shakespeare.

       

aniq durar wikipedia 64474

       

4. Sebelum melangkah ke dunia selebriti, Aniq pernah bekerja di bahagian pentadbiran di sebuah muzium di Sarawak.

5. Dia berhijrah ke Kuala Lumpur pada 2019 dan bekerja dalam pentadbiran. Walaupun sering ditolak dalam uji bakat lakonan, Iz Sulaini, seorang penyanyi dan pelakon, akhirnya melihat potensinya dan memberinya peluang memasuki industri.

        

aniq durar instagram 67848

        

6. Aniq berjinak-jinak dalam bidang hiburan dengan langkah awal membintangi iklan komersial.

7. Dia pernah menerima bayaran RM500 untuk watak utama dalam filem dengan tujuan memperkenalkan bakatnya, memandangkan dia tidak mempunyai pekerjaan tetap. Namun, pengalaman tersebut menjadikannya lebih berhati-hati di masa hadapan.

        

drama dua darjat 68965

        

8. Perwatakan dan auranya kerap disamakan dengan Henry Golding, pelakon Malaysia yang kini berkarier di Hollywood.

        

aniq durar 52154

        

9. Difahamkan, Henry yang berkomunikasi dalam bahasa Inggeris di rumah sedang memperbaiki bahasa Melayunya agar lebih lancar bertutur, demi memajukan diri sebagai pelakon.

       

aniq durar hero remaja 61524

        

10. Impian masa depannya adalah untuk berlakon dalam filem sains fiksyen atau fantasi, kerana itulah minatnya, walaupun sukar di Malaysia untuk mendapatkan pengalaman sebegitu.

        

pelakon dua darjat 69821

Ketinggian menjadi aset pelakon berdarah kacukan ini.

        

Sekarang, dia fokus pada produksi tempatan, tetapi uji bakat dalam talian dengan produksi luar adalah cara untuk mendapatkan peluang di peringkat antarabangsa.

       

Untuk lebih info mengenai Aniq Durar, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Aniq Durar

        

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dua Darjat (Slot Akasia TV3)

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru TV3 Mesti Tonton (2024), Juga Tersedia Online!

        

         

Kredit foto: Instagram Aniq Durar , Instagram Iman Suhana , Instagram Hafiz Taharim , Facebook Awangku Aniq Durar

        

Kredit video: [HIGHLIGHT] Dua Darjat (2024) | Episod / Episode 1 - Ariana Ni Suka Mengacau Haniff | Tonton | Cast : Sharifah Rose, Aniq Durar

       

Tajuk cerita? Dua Darjat

Berapa episod? 13 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Jumaat

Bila tayang? Jam 7 petang

Tonton di mana? Saluran TV3 dan platform online, Tonton

       

Sumber:

1. Aniq pernah dibayar RM500?

2. Aniq panjat rasa syukur

3. Instagram Aniq Durar

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)