Oleh pada 25 Jun 2024 kategori

       

Dalam dunia filem yang penuh dengan pelbagai genre, filem komedi sering menjadi pilihan yang tepat untuk menghiburkan kita.

Bagi pencinta komedi, dekad 2020-an telah melahirkan beberapa karya yang tidak boleh dilepaskan.

       

filem 95583

Kredit foto: Instagram Prime Video

       

Dari kisah yang lucu hingga dialog yang menghiburkan, filem-filem ini menawarkan hiburan dengan pilihan sarikata Bahasa Melayu untuk tontonan secara dalam talian.

Berikut adalah senarai 10 filem komedi terkini yang pasti dapat menghiburkan anda:

       

8-Bit Christmas (2021)

cerita lawak 41153

       

Platform Online: HBO GO

       

Sinopsis

Filem ini mengisahkan tentang Jake yang kembali ke rumah untuk menyambut Krismas dan menceritakan usahanya mendapatkan Nintendo Entertainment System (NES) pada tahun 1988. Pada usia 10 tahun, Jake berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kehendaknya, menyaksikan sebuah pengembaraan yang lucu dan penuh emosi.

       

Catatan: Sebuah filem Christmas nostalgik yang menghiburkan, barangkali bakal menjadi klasik untuk generasi akan datang dan pada pandangan penulis, antara yang terbaik sejak era 90-an!

       

Ricky Stanicky (2024)

filem 2024 53345

       

Platform Online: Amazon Prime Video

       

Sinopsis

Selepas dua puluh tahun berlalu sejak mencipta rakan khayalan bernama 'Ricky Stanicky' untuk mengelakkan masalah, tiga sahabat masih menyalahkan Ricky atas semua tindakan tidak matang mereka. Ketika pasangan mereka ingin bertemu Ricky, mereka meminta Rod untuk berpura-pura menjadi Ricky, namun lakonannya yang berlebihan menyebabkan pelbagai komplikasi lucu!

       

Catatan: Penulis secara peribadi meminati komedi jenis begini, sesuai dengan humor pilihan penulis. Dengan barisan pelakon hebat, filem ini barangkali akan menjadi klasik dan kegemaran baharu ramai, mengingatkan pada komedi awal 2000-an.

       

Get Duked! (2019)

movie lawak 24393

       

Platform Online: Amazon Prime Video

        

Sinopsis

Di hutan belantara Scottish Highlands, empat pemuda kota terperangkap dalam kem perkhemahan dan diburu oleh seorang pemburu misteri yang berhasrat membunuh mereka. Terpaksa bekerjasama untuk bertahan, mereka menyedari bahawa pihak polis juga tidak mampu menyelamatkan mereka.

        

Catatan: Sebuah filem remaja yang lucu. Meskipun berbajet rendah, ia menghiburkan, santai dan penuh dengan keunikan yang menggelikan hati.

       

*Walaupun tidak dari era 2020-an, penulis tetap memasukkan filem ini dalam senarai kerana ianya menarik minat.

        

Vampires vs The Bronx (2020)

filem komedi seram 33851

       

Platform Online: Netflix

       

Sinopsis

Di Bronx, tiga sahabat berganding bahu untuk melawan ancaman vampire yang ingin menghancurkan komuniti mereka. Mereka berusaha keras untuk menghentikan plot jahat yang mahu menjadikan penduduk mereka sebagai vampire.

       

Catatan: Filem pengembaraan remaja yang menghiburkan, mengingatkan penulis kepada siri Stranger Things. Mesra keluarga, justeru pilihan terbaik untuk tontonan bersama.

       

Home Team (2022)

filem terbaru 33395

       

Platform Online: Netflix

       

Sinopsis

Selepas digantung sebagai jurulatih NFL, Sean Payton kembali ke kampung halaman dan berusaha mendekati anak lelakinya dengan melatih pasukan bola sepak kanak-kanak yang sering kalah. Diinspirasikan daripada kisah sebenar.

       

Catatan: Lucu dan menginspirasikan. Sebuah filem keluarga yang menghiburkan, penuh dengan komedi yang menyenangkan serta mesej, yang mudah memikat penonton.

       

Senior Year (2022)

filem komedi netflix 13347

Platform Online: Netflix

       

Sinopsis

Pada usia 37 tahun, seorang bekas cheerleader sekolah yang koma selama 20 tahun akhirnya tersedar, dan dia bercita-cita untuk kembali ke sekolah menengah demi meraih semula gelaran ratu prom.

      

Catatan: Klise, namun penuh dengan nostalgia era 2000-an. Sangat lucu dan menghiburkan untuk tontonan.

      

Mixtape (2021)

movie komedi 25538

       

Platform Online: Netflix

       

Sinopsis

Seorang gadis kecil pada tahun 1999 menemukan mixtape rosak kepunyaan ibunya yang sudah meninggal dunia. Demi memahami kehidupan ibu bapanya, dia bertekad menjejaki setiap lagu dalam mixtape tersebut.

       

Catatan: Filem yang membawa perjalanan coming-of-age dengan jalan cerita yang indah. Sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

        

Emergency (2022)

filem lawak 52284

       

Platform Online: Amazon Prime Video

        

Sinopsis

Usai berpesta, tiga pemuda kolej terkejut mendapati seorang wanita kulit putih pengsan di ruang tamu mereka. Dalam situasi kritikal, mereka cuba mengawal keadaan tanpa menimbulkan kecurigaan, khuatir jika polis salah anggap.

       

Catatan: Filem ini membawa penulis melalui 'roller coaster' emosi, menghiburkan, dengan kisahnya yang unik, lucu dan menyentuh hati.

       

Metal Lords (2022)

cerita komedi 45533

        

Platform Online: Netflix

       

Sinopsis

Dengan cinta terhadap muzik metal, dua remaja bergabung dengan seorang gadis yang bermain cello untuk membentuk sebuah band. Mereka berimpian untuk menjuarai Pertandingan Battle of the Bands, namun perbezaan antara mereka perlu diatasi dahulu.

       

Catatan: Penulis menikmati setiap bahagian daripada filem ini, termasuk lagu-lagu dalamnya yang mengasyikkan. Seronok untuk tontonan.. dan sangat 'metal'!

       

The Sleepover (2020)

movie lawak netflix 13499

        

Platform Online: Netflix

       

Sinopsis

Clancy dan Kevin, dua adik-beradik, terkejut apabila mengetahui bahawa ibu mereka yang kelihatan biasa-biasa sebenarnya adalah bekas pencuri yang kini dalam perlindungan saksi. Bersama rakan-rakan, mereka berusaha menyelamatkan ibu mereka daripada penjenayah yang menculiknya untuk menjalankan misi terakhir yang berbahaya.

        

Catatan: Filem aksi komedi yang penuh dengan aura era 2000-an. Penulis menikmatinya lebih daripada yang penulis jangkakan. Comel, menghiburkan dan sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

       

*Jika tidak silap penulis, semua filem dalam senarai ini datang dengan sarikata bahasa Melayu (BM). Namun, sebaiknya anda periksa semula. Paling tidak, hampir semua filem ada sarikata BM.

        

Baca: 10 Filem Indonesia Terbaru Mesti Tonton (2023 / 2024), Juga Tersedia Online!

Baca: 10 Filem Korea Terbaru Mesti Tonton (2023 / 2024), Juga Tersedia Di Platform Streaming!

Baca: 10 Filem Seram Thailand 'Berhantu' Terbaru Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

      




Hakcipta iluminasi.com (2017)