Oleh pada 17 Apr 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Tonton MY

        

Para pengguna Netflix kini boleh menikmati filem "Dough" (judul asal: Doh), hasil terbitan oleh Indigo Films, sebagai pilihan kandungan terkini.

Filem ini merupakan filem Tonton Original terbitan tahun 2023, dikeluarkan terus kepada pengguna menerusi aplikasi Tonton - yang membolehkan pengguna menikmatinya pada bila-bila masa tanpa perlu ke pawagam.

        

doh

Kredit foto: Instagram Aida Amron

        

Membawa warna kepada cerita menerusi penampilan watak ialah Syafiq Kyle, Sherlyn Seo, Aida Amron, Fariz Isqandar, Fabian Loo, Fatimah Abu Bakar dan ramai lagi.

Penayangan filem ini di Netflix dimulakan pada 11 April 2024.

          

dough movie

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

        

Sinopsis

Dengan slogan 'Dari Roti Ke Hati', filem ini menampilkan keunikan dan keindahan bandaraya Ipoh sebagai lokasi penggambaran.

Mengisahkan tentang perjalanan Faiz, seorang lelaki muda yang tiba-tiba dihadapkan dengan tanggungjawab meneruskan warisan keluarganya, Farhan Bakery, selepas kematian bapanya. Faiz kembali ke kampung halaman di Ipoh, di mana kedai roti dan kuih keluarga telah beroperasi selama bertahun-tahun. Namun, kehidupan moden mengetuk pintu dengan kedatangan sebuah bakeri moden yang lebih popular di kawasan tersebut, memberikan tekanan kepada Faiz dan adik-adiknya untuk mempertahankan tradisi keluarga sambil bersaing dengan peniaga baru yang menarik pelanggan.

Mereka menghadapi konflik antara mempertahankan identiti dan keunikan perniagaan mereka serta keperluan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan zaman. Situasi semakin rumit apabila Faiz merasakan dirinya tidak mampu untuk menguruskan kedai roti dan kuih itu kerana dia telah lama meninggalkan kemahirannya dalam menguli tepung dan lebih memilih kehidupan moden di Kuala Lumpur.

Walau bagaimanapun, semasa berada di Ipoh, dia mengalami sentuhan nostalgia dan kehangatan kenangan bersama bapanya. Perjalanan ini membawanya untuk meninjau semula perspektifnya tentang warisan keluarga dan makna sebenar kebahagiaan. Faiz terpaksa membuat keputusan penting tentang masa depan kedai roti dan kuih, serta peranan dirinya dalam meneruskan perniagaan tersebut.

       

Baca: Info Dan Sinopsis Filem J2: J Retribution (2021), Kini Di Netflix!

Baca: Info Dan Sinopsis The Djinn's Curse (Khong Khaek), Filem Seram Thailand 2023, Kini Di Netflix Malaysia!

Baca: 10 Filem Melayu Terbaru Di Platform Netflix (2024), Mesti Tonton!

         

dough movie netflix

Kredit foto: Instagram Syafiq Kyle

        

Pelakon / Cast

Filem ini menghimpunkan pelakon-pelakon ternama tempatan untuk menyokong watak-watak yang dilakonkan, seperti Syafiq Kyle, Sherlyn Seo, Fatimah Abu Bakar, Fariz Isqandar (Yoyol), Aida Amron dan Fabian Loo.

         

dough netflix

Kredit foto: Instagram Syafiq Kyle

       

Watak-watak sampingan dimainkan oleh Syed Irfan, Taqim Zaki, Nik Rifaie, Nasir Jani, Amen Khalid dan ramai lagi.

         

Watak Pelakon

Syafiq Kyle sebagai Faiz

Sherlyn Seo sebagai Lisa

Fatimah Abu Bakar sebagai Mak

Aida Amron sebagai Farah

Fariz Isqandar sebagai Fathul

Fabian Loo sebagai Yap

Syed Irfan sebagai Faiz Kecik

Taqim Zaki sebagai JP

Nik Rifaie sebagai Solihin

Nasir Jani sebagai Bapak

Amen Khalid sebagai Pemilik Kedai

Azhar Zainal sebagai Chef Yap

Chandra Mogan sebagai Uncle Silva

Adan J sebagai Boi Kecik

Mohd Jayzuan sebagai Plumber

Syuqri Rabiay sebagai Pemain Drum

Rasta sebagai Pemilik Studio

         

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Doh, yang terbitan Indigo Films dimiliki oleh pelakon Syafiq Kyle, disutradarai oleh Ariff Zulkarnain dan Haris M Nor, dua pengarah berpengalaman dalam industri hiburan, yang turut bertanggungjawab sebagai penulis skrip.

       

Tarikh Tayangan

Filem ini telah disajikan di Tonton, platform penstriman video tempatan yang diterajui oleh Media Prima, sebagai antara pilihan kandungan yang ditawarkan pada 16 September 2023.

Bermula 11 April 2024, filem ini ditayangkan di platform terkenal, Netflix.

         

Judul: Doh (Judul Netflix: Dough)

Genre: Drama

Bahasa: Melayu

Durasi: 1 Jam 25 Minit

Platform online: Netflix, Tonton

         

Kredit video: Filem Doh - Full Official Movie / Telemovie Trailer

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)