Oleh pada 04 Jan 2024 kategori

Kredit foto: Instagram GSC Cinema

        

Meskipun ada yang meragui, ramai yang telah menceritakan pengalaman mereka mengenai alam ghaib. Salah satu perkara yang kerap diperbincangkan ialah berkaitan dengan isu 'pendamping'.

          

anak perjanjian syaitan

Kredit foto: Instagram TGV Cinema

         

Inilah yang menjadi tumpuan utama dalam filem terkini yang berjudul 'Anak Perjanjian Syaitan 2'.

Diteruskan sebagai sekuel kepada Anak Perjanjian Syaitan pada 2016, filem ini bakal menyajikan sambungan yang dinantikan.

         

Sinopsis Anak Perjanjian Syaitan 2

Anak Perjanjian Syaitan 2 mengetengahkan perjalanan hidup Azlinda (Eyka Farhana), seorang wanita muda yang kerap melalui peristiwa mistik hingga membuka tabir sejarah keturunannya.

Semasa menyambut ulang tahun ke-21, Azlinda diganggu teruk oleh gangguan yang menghantuinya sejak kecil.

Walaupun dia telah dikenal pasti menghidap "anxiety disorder" secara medikal, dia meyakini kaitannya dengan sejarah hitam lampau, iaitu perjanjian yang dilakukan oleh ibunya yang sudah meninggal dunia.

Hingga bapanya sampai pada tahap tidak sanggup lagi untuk menjaga Azlinda dan memutuskan untuk melepaskannya ke pusat kebajikan.

Suatu hari, ketika menjalani pengajian agama, Azlinda berhadapan dengan kebangkitan makhluk halus, mendorongnya mencari bimbingan Ustaz Taha (Alif Satar) untuk melawan pengaruh syaitan.

Apabila tentangan mencapai kemuncak, dia menghadapi pertarungan sengit dalam melawan kuasa jahat. Dalam pertempuran dramatik, dia berdepan secara langsung dengan makhluk halus untuk mengakhiri perjanjian tersebut.

Mampukah Azlinda menentang perjanjian malapetaka yang sudah menjadi sebahagian dari darah dagingnya, atau akan terus berada dalam kegelapan sepanjang sisa hidup.

        

Baca: 10 Filem, Drama Seram Melayu 'Berhantu' Terbaru (2023 / 2024), Mesti Tonton!

        

sinopsis anak perjanjian syaitan 2

Kredit foto: Instagram Primeworks Studios Film

          

Pelakon / Cast

Mempertaruhkan bintang-bintang popular sebagai peneraju utama watak lakonan, iaitu gandingan antara Eyka Farhana, Alif Satar dan Fasha Sandha.

          

pelakon anak perjanjian syaitan 2

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

         

Penglibatan pelakon-pelakon berwibawa seperti Azizah Mahzan, Shaharuddin Thamby, Chacha Maembong, Nadzmi Adhwa, Sera Melissa, Elly Arifin, Dian P Ramlee, Azlan Komeng dan Z. Zamri turut memberikan warna kepada filem ini.

         

Watak Pelakon

Eyka Farhana sebagai Azlinda

Alif Satar sebagai Ustaz Taha

Fasha Sandha sebagai Ustazah Jamilah

Azizah Mahzan sebagai Bonda Wiwin

Nadzmi Adhwa sebagai Cikgu Zaidi

Azlan Komeng sebagai Ustaz Aznan

Z Zamri sebagai Bomoh Said

        

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Dihasilkan melalui kolaborasi kreatif antara produksi Grand Brilliance Studio dan Primeworks Studios, serta Dr Ahmad Idham sebagai penulis skrip dan pengarah yang melahirkan filem ini.

         

Lagu Tema (OST)

Kredit video: MURKA ATAU CINTA - PUTERI KHAREEZA [OFFICIAL MUSIC VIDEO OST ANAK PERJANJIAN SYAITAN 2]

        

Tajuk: Murka Atau Cinta

Penyanyi: Puteri Khareeza

Komposer: Amer Munawer Yusoff

Penulis lirik: Amer Munawer Yusoff

        

anak perjanjian syaitan 2 review

Kredit foto: Instagram Tonton MY

        

Tarikh Tayangan

Pawagam akan diramaikan bermula 4 Januari 2024 dengan peluncuran filem yang dinantikan oleh ramai ini di seluruh Malaysia dan Brunei.

         

Kutipan

4 hari tayangan - Melebihi RM1 juta

7 hari tayangan - Melebihi RM1.5 juta

10 hari tayangan - RM2 juta

11 hari tayangan - RM2.2 juta

Memasuki minggu ketiga - RM2.5 juta

Minggu ketiga - RM2.8 juta

Minggu keempat - RM3 juta

Kemaskini 12 Februari - RM3.2 juta

Kutipan keseluruhan - RM3.5 juta 

       

Judul: Anak Perjanjian Syaitan 2

Genre: Seram

Bahasa: Melayu

Durasi: 1 jam 29 minit

       

        

Filem "Anak Perjanjian Syaitan" pertama kini boleh ditonton di platform penstriman digital, Tonton.

         

Kredit video: Filem Anak Perjanjian Syaitan 2 - Full Official Movie Trailer

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)