Kredit foto: Instagram qasqasss , Facebook Qasrina Karim

        

Kenali selebriti popular, Qasrina Karim, yang memainkan peranan utama dalam drama My Famous Ex-Boyfriend yang akan tayang mulai 23 Oktober 2023 di saluran Astro Ria.

        

8 Fakta Pelakon Qasrina Karim Yang Ramai Tak Tahu!

my famous ex boyfriend episod

Antara babak drama My Famous Ex-Boyfriend arahan Hadith Omar

        

1. Pelakon ini memperoleh pengajian menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 23, Subang Jaya, mengikuti kelas aliran Sains tulen.

         

qasrina karim ig

       

2. Senarai siri drama yang pernah dia sertai di layar kaca termasuklah Legenda Puteri Qaseh, Imam Instant Ustazah Scammer, Senduk Swap dan Salam Squad 3.0.

         

qasrina karim umur 443

         

3. Penglibatan di layar lebar, antara filem-filem yang menggunakan peranannya termasuk Kongsi Raya, Siapa Tutup Lampu? dan Bintang Hatiku.

         

qasrina karim kahwin

          

4. Dalam perjalanan kerjayanya di industri hiburan, dia pernah dinominasikan dalam kategori BBNU Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35 (2023) bersama dengan calon top 5 iaitu Anna Jobling, Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah dan Puteri Khareeza.

        

qasrina karim siblings family adik beradik keluarga

         

5. Qasrina merupakan antara selebriti yang sering dikaitkan dengan aktres Mira Filzah dan dikatakan mempunyai wajah yang serupa dengannya, termasuk gaya percakapan yang mirip.

         

qasrina karim kembar mira filzah yang berdarah kacukan

          

Selain dia, pendatang baharu iaitu juara Dewi Remaja 2022, Tracie Sinidol, juga dicanang media mempunyai persamaan wajah dengan Mira.

         

qasrina karim 437

Ibu Qasrina

         

6. Awal tahun ini, Qasrina mencuri tumpuan apabila kedengaran khabar gosip mengenai hubungan percintaannya dengan rakan seindustri, aktor Mierul Aiman.

         

my famous ex boyfriend

         

Namun dia yang berumur 27 tahun ini menafikan dakwaan wujudnya hubungan istimewa antara mereka dan menjelaskan bahawa mereka hanyalah sekadar teman rapat.

       

7. Wanita berlesung pipit ini tidak terkecuali daripada menjadi mangsa kecaman dan sasaran kutukan netizen, apabila bentuk dahinya yang 'besar' menjadi bahan ejekan dan sindiran di media sosial - sehingga dia akhirnya bersuara dan mengungkapkan rasa sedihnya.

        

my famous ex boyfriend cast

        

8. Saat ini, Qasrina semakin terkenal berkat peranannya sebagai Sameera dalam siri slot Megadrama terbaru, My Famous Ex-Boyfriend, yang diadaptasi dari novel Petrichor karya Nurul Syahida Kamarudin. Dia memerankan watak utama di samping para pelakon TV seperti Hael Husaini, Nadhir Nasar, Ryzal Jaafar, Nur Aisyah (Cupcake Aisyah), Nina KSC, Malle Christian Anderson, Natasha Elyzza, Jiggy Masin, Nik Rifaie, Aleza Shadan, Ahmad Nur Zaki, Syuhaida Abraz dan ramai lagi.

          

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod My Famous Ex Boyfriend (Slot Megadrama Astro Ria)

          

qasrina karim tinggi

pelakon my famous ex boyfriend

my famous ex boyfriend novel

Bapa Qasrina. Kredit foto: Instagram qasqasss , Facebook Qasrina Karim

       

Untuk butiran lengkap mengenai Qasrina Karim, baca artikel berikut: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Dan Model Qasrina Karim

           

Kredit video: OFFICIAL TRAILER MY FAMOUS EX BOYFRIEND

         

Sumber:

1. Digosipkan Bercinta Dengan Mierul Aiman, Ini Jawapan Qasrina Karim - “Saya & Dia Memang Rapat Sebab

2. 'Orang komen bentuk dahi saya' - Qasrina Karim

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)