Apabila memperkatakan tentang tokoh usahawan dan jutawan yang banyak menyumbang kepada tabung kebajikan, nama Bill Gates pastinya terlintas di fikiran. Mengumpul kekayaan melalui syarikatnya Microsoft, beliau dan isterinya Melinda Gates juga mempunyai sebuah badan kebajikan mereka sendiri yang diberi nama Bill & Melinda Gates Foundation.

Kali ini, Iluminasi ingin berkongsi senarai 5 orang jutawan yang telah banyak menyumbangkan bantuan kewangan mereka kepada badan-badan kebajikan seluruh dunia. Kebaikan yang dilakukan oleh mereka ini seharusnya dijadikan motivasi agar kita bekerja keras mengumpul kekayaan agar dapat membantu pula golongan yang memerlukan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Bill Gates

Melalui badan kebajikan Bill & Melinda Gates Foundation, beliau banyak memfokuskan bantuan kepada penduduk Afrika. Selain itu, Bill Gates juga banyak menyumbang untuk kajian-kajian sains, antaranya kajian untuk mencari rawatan bagi penyakit Alzheimer atau nyanyuk. Sumbangannya juga meliputi pelbagai perkara lain seperti bantuan kecemasan, pembangunan bidang pertanian, pendidikan, kesihatan dan banyak lagi.

Selain itu, Bill Gates juga bekerjasama dengan seorang lagi jutawan yang juga merupakan pakar pelaburan iaitu Warren Buffet menubuhkan The Giving Pledge. The Giving Pledge merupakan satu usaha unik dimana mereka mengajak individu dan keluarga kaya di dunia untuk berikrar menyumbangkan sebahagian besar kekayaan mereka kepada golongan yang memerlukan.

2. Warren Buffett

warren buffet 373

Warren Buffett merupakan pengerusi dan CEO syarikat Berkshire Hathaway. Menurut majalah Forbes, ketika artikel ini ditulis kekayaannya dianggarkan sebanyak $81.9 bilion. Sehingga kini, beliau dianggarkan sudah menyumbang sebanyak $30.8 bilion daripada kekayaannya.

Warren Buffett merupakan pengasas bersama The Giving Pledge dan telah berikrar untuk menyumbang 99% daripada kekayaannya sepanjang hidup beliau atau apabila beliau sudah mati. Bagi merealisasikan hasratnya ini, beliau bercadang untuk menyumbang 4% daripada nilai pegangan sahamnya dalam syarikat miliknya setiap tahun.

3. Paul Allen

paul allen 718

Paul Allen merupakan pengasas bersama Microsoft namun kurang popular daripada Bill Gates. Pada bulan Jun 2017, beliau berada di kedudukan orang terkaya ke-46 di dunia dengan nilai kekayaannya sebanyak $21.1 bilion. Beliau sudah menyumbangkan kira-kira $2 bilion dari kekayaannya untuk pelbagai kajian saintifik melalui Allen Institute for Brain Science.

Beliau juga turut sama menyertai The Giving Pledge pada tahun 2010. Kebanyakan sumbangan yang diberikan oleh Paul Allen adalah bagi tujuan kajian saintifik antaranya $100 juta yang disumbangkan untuk mencari ubat bagi mengubati penyakit Ebola yang merebak di kawasan Afrika Barat suatu ketika dahulu.

4. Richard Branson

richard branson

Richard Branson merupakan seorang jutawan popular yang juga merupakan pengasas kepada syarikat Virgin Group. Sumber kekayaan Virgin Group meliputi pelbagai bidang antaranya muzik, telekomunikasi, pelancongan dan banyak lagi. Richard Branson dan isterinya menyertai The Giving Pledge pada tahun 2013 dan beliau berikrar untuk mendermakan sekurang-kurangnya sebahagian daripada kekayaannya kepada badan kebajikan sepanjang hidupnya atau selepas kematiannya.

Beliau juga aktif menguruskan Virgin United, badan kebajikan di bawah syarikat Virgin Group. Virgin Group aktif melakukan kajian untuk menyelesaikan pelbagai isu seperti perlindungan alam sekitar dan banyak lagi melalui pendekatan keusahawanan.

5. Mark Zuckerberg

mark zuckerberg 639

Pemilik Facebook Mark Zuckerberg ini juga merupakan seorang yang dermawan. Beliau dan isterinya pernah memberikan sumbangan sebanyak $25 juta kepada CDC Foundation pada tahun 2015 untuk menjalankan kajian untuk mencari ubat bagi melawan penyakit Ebola.

Mark Zuckerberg dan isterinya juga merupakan antara orang yang terawal menyertai The Giving Pledge pada tahun 2010. Mereka dianggarkan sudah memberi sumbangan sebanyak $2 bilion untuk pelbagai tujuan antaranya untuk pembangunan pendidikan. Beliau dan isterinya pernah menyumbangkan $100 juta setiap seorang untuk membangunkan sekolah dan sistem persekolahan awam di bandar Newark, New Jersey.

Kredit:

The Guardian

Allen Institute

Business Insider

CNBC




Hakcipta iluminasi.com (2017)