Siapa yang tidak kenal jutawan dan pengasas bersama Microsoft Inc, Bill Gates. Beliau juga merupakan seorang dermawan yang telah menyumbang sekurang-kurangnya 35 billion dollar kepada pertubuhan amal sejak daripada tahun 1994.

Tidak cukup dengan itu, Gates telah membuat pengumuman yang beliau akan menderma sebanyak 50 million dollar daripada duit poketnya sendiri kepada penyelidikan saintifik untuk mencari penawar Alzheimer.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Alzheimer, atau lebih dikenali sebagai nyanyuk dalam masyarakat kita, sering dianggap sebagai perkara biasa yang dikaitkan dengan proses penuaan. Namun, sebenarnya ia sebenarnya merupakan penyakit yang serious dan perlu diberi perhatian.

Setiap 66 saat, sekurang-kurangnya satu kes baru Alzheimer yang dilaporkan. Bayangkan sebaik sahaja anda habis membaca artikel ini, sudah berapa ramai manusia dipermukaan bumi ini yang lupa segala kenangan yang anda telah kongsi bersama serta mengalami masalah kewarasan dan pertuturan disebabkan nyanyuk?

Setakat hari ini, memang masih belum ada penawar menyembuhkan ataupun ubat yang mampu untuk melambatkan proses nyanyuk. Punca utama seseorang mengalami Alzheimer juga masih menjadi misteri dalam kalangan para saintis. Oleh sebab itulah Bill Gates berjaya mencuri perhatian media apabila beliau mengumumkan misi terkini beliau ini.

bill gates dapat penghargaan daripada obama

Penyakit nyanyuk merupakan misteri yang cuba dirungkaikan sejak 100 tahun yang lalu.

Penyakit ini bukanlah baharu. Sebaliknya, ia telah mula mendapat perhatian sejak lebih daripada 100 tahun yang lalu oleh pakar perubatan berbangsa German, Dr Alois Alzheimer. Apabila Dr. Alzheimer melakukan autopsi keatas pesakit pertamanya, beliau mendapati otak pesakit itu telah mengecut dan terdapat mendapan (deposit) yang tidak sepatutnya berada disitu.

contoh mri pesakit alzheimer dan orang normal

Para saintis mengambil masa sekurang-kurangnya 80 tahun untuk mengenal pasti mendapan itu dan mereka sebulat suara berpendapat yang ia mungkin merupakan punca Alzheimer. Oleh itu, kebanyakan kajian yang dijalan hari ini memberi tumpuan yang lebih terhadap mendapan tersebut.

Kajian Yang Out of the Box

Bagi Bill Gates pula, beliau mempunyai fokus yang lebih utama, iaitu menyembuhkan penyakit nyanyuk. Bukan sekadar merawat symptom.

misteri alzheimer dan penawarnya

Sejak daripada tahun 2002, lebih kurang 400 ubat kajian yang berkaitan dengan Alzheimer telah digunakan, namun semuanya tidak menunjukkan sebarang kesan positif dan masih belum ada rawatan yang boleh untuk sekurang-kurangnya memperlahankan proses nyanyuk itu.

Hanya ubat untuk bantu untuk merawat sahaja yang ada. Namun, itupun masih belum berkesan sepenuhnya.

Majoriti kajian yang dijalankan hari ini memberi tumpuan kepada mendapan yang ditemui didalam otak pesakit Alzheimer. Tetapi bagi Bill Gates, duit yang didermakannya kali ini diharapkan akan memberi tumpuan kepada idea baru dan bahagian otak lain yang mungkin terlepas pandang selama ini. Beliau juga menggalakkan kajian dan penyelidikan yang mainstream dan yang out-of-the-box.

Mungkin inilah juga rahsia kejayaan Bill Gates dalam Microsoft selama ini.

Golongan muda juga boleh nyanyuk

Jangan beranggapan yang warga emas sahaja menjadi mangsa Alzheimer. Anda juga mungkin berisiko untuk mempunyai simptom Alzheimer seawal usia 40 tahun. Soal selidik yang dijalan di Amerika menunjukkan yang 5.3 juta golongan 40an dan 50an mengalami masalah kelupaan. Jadi, apabila anda mula menunjukkan tanda-tanda seperti terlupa dimana anda letak cermin mata tetapi anda sebenarnya tengah pakai, segeralah mencari rawatan.

Dari sudut rawatan pula, memang terdapat banyak jamu dan jus yang mendakwa boleh menyembuhkan segala penyakit termasuk nyanyuk. Sejauh mana keberkesanan itu sangatlah meragukan dan screenshot testimoni Whatsapp sahaja tidak cukup untuk debunk misteri 100 tahun Alzheimer ini. Apa-apapun, semuanya bergantung kepada anda juga. Tepuk dada tanyalah selera.

Tips untuk menguatkan memori: cubalah main sudoku ataupun teka silang kata.

Sumber:

  1. The Guardian
  2. Dementia Research
  3. CNN
  4. Dr.Zubaidi.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)