Oleh pada 20 May 2019 kategori

elizabeth holmes forbes

Pada tahun 2003, Elizabeth Holmes mengasaskan Theranos, sebuah syarikat yang sepatutnya mengubah dunia.

Syarikat start-up itu menjanjikan teknologi yang membolehkan diagnosis kesihatan fizikal dan mental sepenuhnya berdasarkan hanya setitik darah.

Idea revolusioner ini menarik minat pelabur-pelabur yang menyumbang berbilion ringgit ke dalam projek itu.

Tetapi selepas beberapa ketika, Theranos disahkan bankrap dan Elizabeth Holmes terkenal di atas penipuan terbesar di Silicon Valley.

Mahu menjadi bilionaire sejak kecil

elizabeth holmes pengasas syarikat silivon valley

Elizabeth Holmes dilahirkan pada tahun 1984 dalam keluarga penjawat awam. Setiap kali orang bertanya kepada Elizabeth ketika kecil apa cita-citanya, dia akan menjawab dengan pantas, "Seorang billionaire".

Dan perkara ini menjadi kenyataan apabila Elizabeth menjadi bilionaire ketika berusia 31 tahun. Malah, dia merupakan antara bilionaire wanita yang paling muda dan paling kaya di Amerika.

Semasa belajar di Jabatan Kejuruteraan Kimia di Stanford University, Elizabeth tertarik dengan bidang bioteknologi. Semasa salah satu latihan industrinya, dia terkejut dengan tempoh masa yang diambil untuk menganalisis sampel perubatan.

Ketika itulah Elizabeth mendapat idea untuk menghasilkan "patch" yang boleh mendiagnosis apa-apa jenis penyakit. Dia memfailkan permohonan paten, berhenti dari Universiti Stanford dan menubuhkan sebuah syarikat bernama Theranos.

Syarikat itu berjanji bahawa orang ramai akan dapat melakukan ujian perubatan di rumah sahaha. Patch ajaib tersebut sepatutnya mengesan penyakit pada peringkat awal mereka tanpa perlu membuang masa di hospital dan makmal.

elizabeth holmes dibandingkan dengan steve jobs 304

Tidak lama kemudian, idea patch ini berubah menjadi konsep peranti mudah alih yang hanya memerlukan setitik darah kecil untuk melakukan diagnosis.

Jutaan dolar pertama dilaburkan dalam Theranos berasal dari seorang rakan kepada keluarga Holmes, Tim Draper. Ini meningkatkan populariti Theranos, menarik perhatian hartawan seperti Rupert Murdoch, George Schultz, Henry Kissinger, dan juga Barack Obama.

Dengan begitu pantas, Elizabeth menjadi legenda di Silicon Valley. Beliau menandatangani kontrak dengan syarikat-syarikat farmaseutikal, menyampaikan kuliah di TED serta muncul di muka hadapan majalah The New York Times dan Forbes.

Para wartawan menggelarkan pengasas Theranos ini sebagai "Steve Jobs versi wanita".

Tetapi apa yang pelik mengenainya adalah bahawa tuntutan pengasas Theranos ini menjadi satu-satunya penunjuk kepada kejayaan penyelidikan ini.

Tiada seorang pun pernah melihat prototaip peranti diagnostik ini yang berfungsi.

Namun, Elizabeth mengilhamkan ramain orang tentang revolusi yang akan datang dalam bidang perubatan dan ia terbukti cukup untuk membuatkan ramai lagi melabur ke dalam Theranos.

Dan pada tahun 2014, Theranos bernilai RM39.7 bilion.

Theranos dilanda masalah besar

elizabeth holmes pengasas theranos 946

Namun, segala masalah bagi Theranos bermula pada tahun 2015 apabila John Carreyrou menulis sebuah artikel untuk The Wall Street Journal, menggelarkan teknologi luar biasa Theranos sebagai "palsu".

Wartawan tersebut mendapati bahawa peranti mudah alih ciptaan Theranos masih belum berjaya melakukan satu diagnosis yang tepat.

Bukan itu sahaja, semua sampel darah yang dihantar oleh pelanggan syarikat sebenarnya telah dihantar ke makmal besar untuk dianalisis, sesuatu yang dikritik oleh Elizabeth sendiri sebelum itu.

Siasatan berikutnya mengesahkan dakwaan John Carreyrou. Dengan dakwaan ini, tiadak apa pun yang dapat menyelamatkan Elizabeth Holmes dan Theranos.

Nilai Theranos jatuh sepuluh kali ganda dan pengasasnya menerima gelaran baru: "Salah satu Pemimpin Perniagaan Paling Mengecewakan di Dunia" oleh majalah Forbes.

Fenomena Theranos boleh dijelaskan kerana syarikat permulaan perubatan adalah sangat jarang di Silicon Valley.

elizabeth holmes 543

Jadi apabila seorang pemimpin syarikat yang berhenti belajar daripada universiti bercakap mengenai teknologi masa depan sangat menarik perhatian orang ramai sebagaimana Apple.

Para pelabur yakin bahawa Elizabeth sudah ditakdirkan untuk berjaya. Malangnya, Apple dan Theranos sangat berbeza.

Dikatakan bahawa salah satu lagi kesilapan Elizabeth adalah gaya pengurusannya yang autoritarian. Beliau melihat dedikasi terhadap matlamat sebagai landasan kejayaan perniagaannya.

Bekerja lebih masa dan kekal di pejabat sehingga lewat petang adalah amalan biasa di Theranos. Sebaliknya, para pekerja tidak digalakkan untuk mengkritik pihak pengurusan.

Elizabeth tidak menggemari apabila orang lain menunjukkan kekurangannya dan memilih untuk membuat keputusan sendiri.

Digabungkan dengan kekurangan kepakaran, Elizabeth kelihatan lebih seperti satu jenaka. 

Pada Mei 2017, kira-kira 99% pemegang saham Theranos mencapai persetujuan dengan syarikat itu untuk menolak semua litigasi semasa dan berpotensi sebagai pertukaran saham pilihan.

Elizabeth mengeluarkan sebahagian daripada ekuitinya untuk mengimbangi sebarang pencairan nilai saham kepada para pemegang saham yang tidak mengambil bahagian.

elizabeth holmes theranos 746

Pada Mac 2018, Elizabeth menyelesaikan kes tuntutan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S.

Tuduhan penipuan tersebut termasuklah tuntutan palsu oleh Theranos bahawa teknologi itu digunakan oleh Jabatan Pertahanan A.S. dalam situasi pertempuran.

Syarikat itu juga berbohong apabila ia mendakwa mempunyai aliran pendapatan RM415 juta pada tahun 2014. Pada tahun itu, syarikat itu hanya membuat memperoleh RM415,000. 

Pada Jun, 2018, selepas siasatan oleh Pejabat Peguam AS di San Francisco yang berlangsung lebih daripada 2 tahun, juri besar persekutuan mendakwa Elizabeth dan bekas ketua pegawai operasi serta presiden Theranos, Ramesh Balwani dengan 9 tuduhan penipuan wayar dan dua tuduhan konspirasi untuk melakukan penipuan wayar.

elizabeth holmes pengasas silicone valley

Pihak pendakwa mendakwa bahawa Elizabeth dan Ramesh terlibat dalam 2 skim jenayah, satu untuk menipu pelabur dan satu lagi untuk menipu doktor serta pesakit.

Selepas dakwaan dikeluarkan, Elizabeth meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Theranos tetapi kekal sebagai ketua lembaga. 

Kes ini sedang masih dibicarakan di Mahkamah Daerah A.S. di San Jose di mana Elizabeth Holmes dan Ramesh Balwani mengaku tidak bersalah. Mereka berhadapan dengan hukuman 20 tahun penjara jika didapati bersalah.

Kehidupan Elizabeth Holmes selepas Theranos

elizabeth holmes kini

Baru-baru ini, HBO menyiarkan dokumentari "The Inventor: Out for Blood di Silicon Valley".

Dokumentari ini mengkaji mengapa sesetengah orang menganggap Elizabeth Holmes sebagai penipu dan sociopath, sementara yang lain masih menganggapnya sebagai seorang yang berwawasan dan genius yang disalahfaham. 

Ramai orang berfikir bahawa Elizabeth menyembunyikan kebenaran dan memberitahu pelabur tentang kejayaan syarikatnya kerana dia benar-benar percaya bahawa Theranos berada di ambang dalam menghasilkan peranti prototaip perubatan yang menggemparkan dunia sains.

Rujukan:

1. Forbes

2. Standard

3. CNBC


tags : , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)