Seorang pengaturcara komputer atau lebih dikenali sebagai programmer adalah individu yang bekerja mencipta atau mengubahsuai sesuatu bahasa pengaturcaraan.

Tak kira apa jenis bahasa pengaturcaraan yang dihasilkan oleh programmer ini, ia mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap kemajuan teknologi komputer pada hari ini.

seorang pengaturcara komputer

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan antara 10 pengaturcara komputer yang paling berpengaruh di dunia yang telah memberikan sumbangan yang sangat besar dalam teknologi komputer dunia.

10. Brian Kernighan

brian kernighan

Brian Kernighan bersama pencipta sistem operasi UNIX iaitu Dennis Ritchie dan Ken Thompson bekerjasama dalam sebuah makmal yang dikenali sebagai Bell Labs.

Brian yang merupakan warga Kanada menjadi penyumbang yang penting dalam pembangunan UNIX.

brian kernighan 2

Beliau juga merupakan individu yang membantu dalam penulisan bahasa pengaturcaraan AWK dan AMPL.

Namanya kemudian semakin dikenali di seluruh dunia kerana turut membantu dalam menulis buku pengaturcaraan C bersama Dennis Ritchie.

9. Guido van Rossum

guido van rossum

Pengaturcara komputer Belanda, Guido van Rossum, terkenal di seluruh dunia sebagai penulis bahasa pengaturcaraan Python.

Kerja keras beliau dalam meneruskan usaha membangunkan bahasa Python telah memberikan beliau nama samaran "Benevolent Dictator For Life".

Melihat dedikasinya yang tidak berbelah bagi ini, Google telah mengambil Guido bekerja dengan mereka dari tahun 2005 hingga 2012. Ketika bekerja di Google, Gudio melebihkan fokus beliau dalam mengembangkan Python.

Setelah keluar daripada Google pada Januari 2013, Guido mula bekerja untuk sebuah syarikat penyimpanan awan (cloud storage) dikenali sebagai Dropbox.

8. Ken Thompson

ken thompson

Pengaturcara komputer Amerika Syarikat dengan nama penuh Kenneth Lane Thompson ini adalah seorang pelopor komputer sains yang terkenal di seluruh dunia.

Beliau yang juga terkenal di dunia penggodam dengan nama Ken adalah individu yang merekacipta dan melaksanakan sistem operasi UNIX menggunakan bahasa pengaturcaraan B.

ken thompson dan dennis ritchie bekerja bersama

Bahasa pengaturcaraan B sendiri adalah bahasa pengaturcaraan sedia ada sebelum bahasa pengaturcaraan C.

Ken bekerja untuk Google sejak tahun 2006 di mana beliau menjadi watak penting dalam menghasilkan bahasa pengaturcaraan Go.

7. Anders Hejlsberg

anders hejlsberg

Pengaturcara komputer dari Denmark ini terkenal dengan kejayaannya dalam membangunkan bahasa pengaturcaran C#.

Bukan itu sahaja, Anders juga merupakan individu yang menulis mengenai Turbo Pascal dan juga ketua arkitek bahasa pengaturcaraan Delphi.

Ketika ini Anders bekerja di syarikat gergasi Microsoft sebagai arkitek utama bagi bahasa pengaturcaraan C# dan sebagai pemaju teras TypeScript.

6. Bjarne Stroustrup

bjarne stroustrup

Bjarne Stroustrup, pengaturcara komputer warganegara Denmark ini adalah individu yang diberikan kredit di atas usahanya membangunkan bahasa pengaturcaraan C yang dicipta oleh Dennis Ritchie.

Pembangunan tersebut kini digunakan secara meluas dalam dunia pengkomputeran dan dinamakan sebagai C++, yang mana anda pelajari di universiti.

bjarne stroustrup 2

Lebih menakjubkan, bahasa pengaturcaraan C++ yang dibangunkan oleh Bjarne ini merupakan usahanya berseorangan, tanpa bantuan sesiapa pun.

Kini Bjarne Stroustrup berkhidmat sebagai seorang profesor dan pemilik College of Engineering Chair in Computer Science di Universiti A&M Texas.

5. Bill Gates

billa gates

Agak tak lengkap jika kita bercakap mengenai pengaturcara komputer paling berpengaruh di dunia tanpa memasukkan nama pengasas bersama syarikat perisian gergasi dunia Microsoft iaitu Bill Gates.

Selain daripada merupakan individu kedua terkaya di dunia, Bill juga merupakan ahli perniagaan, pengaturcara komputer, pelopor dalam bidang komputer, pelabur dan juga seorang yang sangat dermawan.

bill gates ketika muda 246

Bill Gates mencipta dan membangunkan sistem operasi Windows yang pada hari ini merupakan sistem operasi yang paling banyak digunakan di seluruh pelusuk dunia.

4. James Gosling

james gosling pencipta bahasa pengaturcaran java

James Arthur Gosling adalah seorang saintis komputer yang berasal dari Kanada.

Beliau telah mencipta dan membangunkan antara bahasa pengaturcaraan yang paling popular digunakan pada hari ini iaitu Java pada tahun 1994.

James kemudiannya menyerahkan penemuannya ini kepada salah seorang pelajarnya ketika mana beliau sedang menghasilkan mesin maya p-kod untuk makmal Dec Vax Computer.

james gosling

Bukan sahaja belia berjaya mencipta bahasa Java, James Gosling juga menyumbang kepada beberapa usaha dalam menghasilkan sistem operasi NeWS dan Gosling Emacs.

Sumbangan dan peranan beliau dalam bidang komputer telah membuatkan James dilantik sebagai ahli Rakan Bersekutu Asing Akademi Kejuruteraan Negara Amerika Syarikat.

3. Linus Torvalds

linus torvalds pencipta linux

Linus Torvalds adalah warga Finland-Amerika yang bekerja sebagai jurutera perisian. Individu ini memainkan peranan yang sangat penting dalam membangunkan sistem operasi komputer Kernal Linux.

Beliau kemudiannya bekerja sebagai ketua arkitek Linux Kernal dan bertindak sebagai penyelaras projek.

linus torvalds

Pada tahun 2012, Linus dan Shinya Yamanaka (pemenang Hadiah Nobel) telah dianugerahkan dengan Hadiah Teknologi Millenia daripada Akademi Teknologi Finland hasil daripada penciptaan operasi sistem sumber terbukanya.

2. Tim Berners Lee

time berners lee 554

Sir Timothy John 'Tim' Berners Lee merupakan warga Inggeris yang juga seorang pengaturcara komputer berpengaruh di dunia.

Beliau terkenal di seluruh dunia hasil sebagai pencipta apa yang dikenali sebagai World Wide Web, atau WWW yang mana hampir semua umat manusia menggunakannya pada hari ini.

Pada tahun 1989, Tim berjaya melaksanakan komunikasi antara pelanggan Protokol Pemindahan Hyperteks (HTTP) dan pelayar menggunakan rangkaian internet.

tim berners lee ketika muda

Pada tahun 1989 Lee berjaya melaksanakan komunikasi antara Protokol Pemindahan Hyperteks (HTTP) client dan server menggunakan rangkaian Internet.

Ketika ini TIm merupakan seorang pengarah di World Wide Web Consortium (W3C) yang merupakan perkembangan daripada hasil ciptaannya. 

1. Dennis Ritchie

dennis ritchie bapa bahasa pengaturcaraan komputer c

Individu dengan nama penuh Dennis McAlistair Ritchie ini merupakan seorang warganegara Amerika Syarikat yang bekerja sebagai seorang saintis komputer. Beliau telah digelarkan sebagai salah seorang pengaturcara komputer paling berpengaruh di dunia.

Dennis adalah individu yang bertanggungjawab dalam menghasilkan bahasa pengaturcaraan C yang kini digunakan secara meluas oleh orang ramai sebagai bahasa asas dalam menghasilkan program.

Selain daripada menghasilkan bahasa pengaturcaraan C, Dennis juga membangunkan sistem operasi yang dikenali sebagai UNIX, bersama-sama rakannya iaitu Ken Thompson.

dennis ritchie

Hasil daripada kerja keras beliau, Dennis dianugerahkan Anugerah Turing daripada ACM (Persatuan Mesin Pengkomputeran) pada tahun 1983, Pingat Hamming daripada IEEC (Institusi Jurutera Elektrik dan Elektronik ) pada tahun 1990 dan Pingat Kebangsaan Teknologi daripada Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton pada tahun 1999.




Hakcipta iluminasi.com (2017)