Oleh pada 18 Aug 2020 kategori

Di sebuah daerah bernama Al-Qassim di Arab Saudi, terdapat sebuah ladang kurma yang memiliki 200,000 pokok kurma. Menariknya, keseluruhan keuntungan daripada hasil tanaman di sini digunakan sepenuhnya untuk tujua derman dann wakaf. Di ladang kurma ini, terdapat kira-kira 45 jenis kurma yang ditanam dan sekitar 10,000 tan dijual setahun.

Ladang ini merupakan kawasan tanah wakaf terbesar di dunia di mana keseluruhan pendapatan daripada hasil jualan digunakan untuk pembinaan masjid di seluruh dunia, kerja-kerja kemanusiaan dan penganjuran majlis iftar (berbuka  puasa) di masjid di Tanah Haram Mekah dan Madinah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ladang ini telah dibangunkan di atas tanah yang didermakan oleh seorang dermawan Arab Saudi berstatus billionaire iaitu Suleiman Al Rajhi. Daripada namanya ini sahaja, mungkin ramai pembaca dapat mengagak siapakah gerangan dermawan yang mendermakan kekayaannya ini.

Daripada miskin kepada kaya kaya

bank al rajhi

Sheikh Sulaiman bin Abdulaziz Al Rajhi bukanlah lahir dalam kalangan keluarga yang kaya. Ketika kecil di bangku persekolahan dahulu, sekolahnya pernah menganjurkan satu program lawatan sambil belajar. Oleh itu, setiap pelajar diminta untuk membayar 1 Riyal bagi tujuan program lawatan tersebut.

Namun, akibat kemiskinan ibu bapanya tidak mampu membayar wang tersebut. Beliau menangis apabila terkenangkan hari lawatan tersebut yang semakin hampir. Apabila keputusan ujian persekolahannya keluar, beliau berjaya mendapat tempat pertama dalam kalangan rakan sekelasnya.

Seorang guru daripada Palestin yang mengajarnya telah bermurah hati untuk memberikannya 1 Riyal sebagai ganjaran atas keputusan cemerlangnya itu. Wang hadiah inilah yang digunakan untuk menyertai program lawatan yang dianjurkan pihak sekolahnya.

Setelah menamatkan pengajiannya, beliau mula  bekerja sebagai usahawan muda. Usaha dan kecekalannya berhasil apabila beliau berjaya membuka sebuah bank yang diberi nama Al Rajhi. Malah, bank ini juga sudah membuka cawangannya di Malaysia dan sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia yang ingin menunaikan umrah dan haji.

Nilai 1 Riyal yang sangat bermakna

Walaupun sudah berjaya, beliau tidak pernah lupa akan jasa guru-gurunya. Beliau telah berusaha mennjejaki gurunya dari Palesti dahulu yang pernah menghadiahkannya 1 Riyal ketika beliau di sekolah dahulu. Walaupun jumlah 1 Riyal itu kecil bagi kebanyakan orang, nilai tersebut cukup besar bagi orang miskin sepertinya.

Ketika bertemu gurunya itu, gurunya itu sudah bersara dan hidup cukup sederhana. Setelah bertemu dengan gurunya itu, gurunya itu dipelawa untuk menaiki keretanya dan Suleiman AlRajhi menyatakan beliau sangat terhutang budi dengan gurunya itu. Sudah tentulah gurunya itu terperanjat memandangkan beliau hanya memberinya 1 Riyal sahaja dahulu.

Tidak lama kemudian, Suleiman Al Rajhi tiba di hadapan sebuah rumah banglo dimana terdapat juga sebuah kenderaan mewah di hadapannya. Beliau kemudiannya memberi tahu bahawa rumah banglo dan kereta mewah itu merupakan hadiah buat gurunya itu. Sudah tentulah gurunya terharu dan pada masa yang sama terkejut kerana hadiah tersebut dianggap keterlaluan jika dibandingkan dengan nilai 1 Riyal yang diberinya dahulu.

Menurut Suleiman Al-Rajhi, kegembiraannya mendapat hadiah 1 Riyal yang diberikan kepadanya dahulu sangat bermakna berbanding kegembiraannya gurunya itu mendapat sebijik rumah dan sebuah kenderaan mewah itu. Walaupun cuma 1 Riyal, ia telah mengubah hidupnya.

Keputusan untuk mewakafkan hartanya

masjid al rajhi

Masjid Aisya Al Rajhi, antara masjid yang dibina atas sumbangan Suleiman Al Rajhi

Pada tahun 2010, beliau telah memanggil isteri dan anak-anaknya untuk mengagih-agihkan hartanya kepada mereka dan turut memberi tahu rancangannya untuk mewakafkan hartanya.

Ketika ini, jumlah wang yang telah didermakan olehnya berjumlah lebih 60 bilion Riyal. Beliau merupakan pemilik rangkaian bank Al Rajhi dan ketika pandemik COVID-19 menyerang, beliau telah mendermakan sekitar 170 juta Riyal dan membenarkan 2 buah hotel miliknya di Mekah digunakan olehh Kementerian Kesihatan secara percuma,

Catatan rekod dunia dan senarai majalah FORBES

temuramah sheikh sulaiman al rajhi

Untuk makluman, tanah yang diwakafkan dan dibangunkan sebagai ladang penana kurma ini juga telah diiktiraf oleh pihak Guiness of World Records sebagai tanah wakaf terbesar di dunia.

Selain itu, pihak majalah FORBES turut menyenaraikan namanya antara manusia paling banyak menderma di dunia. Untuk makluman, pendapatan utamanya bukan hanya daripada perniagaan Bank Al Rajhi yang merupakan rangkaian bank Islam tebesar di dunia.

Beliau juga merupakan pemilik ladang ternakan Al-Watania, ladang ternakan terbesar di Timur Tenngah. Boleh dikatakan begitu banyak masjid d Arab Saudi telah dibina hasil sumbangannya dengan kerjasama penuh daripada pelbagai pihak antaranya pusat dakwah, pusat pengajian Al-Quran dan sebagainya.

Dalam sebuah temuramah yang dihadirinya, beliau mengatakan sebagai lelaki, adalah penting untuk memastikan kehidupan waris dan keluarganya terus terpelihara selepas ketiadaannya. Walau bagaimanapun, sebagai manusia beliau turut mempunyai tanggungjawab kepada negara dan masyarakat sekelilingnya.

Tambahnya lagi, beliau amat terhutang budi kepada negaranya yang telah membentuk dirinya dan orang sekelilingnya yang memberikan kepercayaan mereka untuk membeli produk-oroduk keluaran syarikatnya. Menurutnya lagi, belliau turut terhutang budi kepada dirinya sendiri sebagai mana beliau terhutang budi dengan keluarganya.

Oleh itu, apabila beliau meninggal dunia kelak, satu-satunya pelaburan yang sangat bermakna dan berguna padanya kelak adalah pelaburan yang dapat menyelamatkan dirinya kelak di Hari Kiamat.

Ketika ditanya hos rancangan tersebut bahawa apakah yang ditinggalkan untuk dirinya sendiri setelah mendermakan sebahagian daripada hartanya untuk keluarganya sementara sebahagian yang lain untuk diwakafkan, dengan tenang dan tersenyum, beliau menjawab:

"Tiada, saya tidak meninggalkan apa-apa apabila saya meninggal dunia kelak!".

Kredit: 

  1. Wikipedia
  2. Arab News
  3. FORBES



Hakcipta iluminasi.com (2017)