Kuasa wanita pada hari ini memang tak dapat disangkal lagi. Buktinya, ramai daripada golongan wanita menjadi peneraju dalam pelbagai bidang yang membuktikan wanita juga boleh memegang kuasa penting dalam syarikat.

Daripada CEO kewangan dan pengasas syarikat sehinggalah kepada ikon fesyen, wanita Malaysia hari ini membawa pembaharuan kepada industri di Malaysia. iluminasi.com ingin berkongsi 7 wanita hebat yang menjadi satu kuasa yang sangat disegani di dalam dan luar negara.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Datin Vivy Yusof 

datin vivy yusof

Datin Vivy menjadi satu nama nama yang disegani dalam indsutri fesyen Malaysia bersenjatakan naluri fesyen sangat dahsyat dan sikap yang sangat menakjubkan.

Beliau yang merupakan pengasas dan ketua pegawai kreatif Kumpulan FashionValet telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 60 orang selebriti terkenal tanah air berada di bawah satu bumbung dalam kempen #IAMHOMEGROWN yang sangat berjaya untuk Minggu Fesyen KL 2017.

datin vivy yusof usahawan wanita

Cabaran yang dihadapi oleh Datin Vivy juga menjadi motivasi terbesarnya dalam mempromosikan dan meningkatkan keterlihatan jenama-jenama tempatan ke tahap antarabangsa. 

Daripada mula menghasilkan koleksi-koleksi FashionValet yang terjual habis sehinggalah statusnya melonjak naik menjadi rakan jenama pemakai hijab Louis Vuitton yang pertama, terbuktilah bahawa tiada apa yang boleh menghalang beliau daripada mengejar impiannya. 

2 . Ung Yiu Lin

ung yiu lin 7 majikan wanita yang memberikan impak kepada malaysia

Ketika mana kanak-kanak seusia dengan beliau sedang bermain-main di taman permainan, Ung Yiu Lin membawa memberikan resit jualan kepada pelanggan dan mengira hasil jualannya.

Dan ketika berusia 26 tahun, pengasas jenama fesyen ShoesShoesShoes dan label beg tangan Klucthed ini telah meninggalkan kariernya di Boston Consulting Group demi mengejar impiannya menjadi seorang usahawanita.

ung yiu lin 7 majikan wanita yang memberikan impak kepada malaysia 2

Kini beliau sedang memperluas jenama ShoesShoesShoes untuk melabur kepada pereka fesyen tempatan, melancarkan koleksi bersama pereka Malaysia Afiq Mohamed di Minggu Fesyen Kuala Lumpur SS18 (KLFW) dan koleksi KLFW yang pertama diambil oleh platform runcit fesyen, Zalora.

3. Tengku Datin Paduka Setia Zatashah 

tengku datin paduka setia zatashah 7 majikan wanita yang memberikan impak kepada malaysia 2

Memang mudah untuk mengatakan bahawa Tengku Zatashah dilahirkan dengan kesungguhan dan kemahiran perniagaan yang sangat hebat. Tetapi jika dilihatkan kepada latar belakang puteri Selangor ini, terbukti bahawa segalanya datang daripada dirinya sendiri.

Karier beliau sebagai Ketua Komunikasi Korporat Antarabangsa bagi Kumpulan L'Oreal di Paris memberikan kelebihan yang ada pada Tengku Zatashah hari ini yang membuatkan beliau sangat mahir menjalankan tugasnya sebagai Presiden Alliance Francaise de Kuala Lumpur.

tengku datin paduka setia zatashah 7 majikan wanita yang memberikan impak kepada malaysia

Beliau juga merupakan direktor bukan eksekutif syarikat Kim Teck Cheong Consolidated Berhad dan juga ketua perunding pencahayaan di syarikat Light Cibles Malaysia.

Tengku Zatashah sangat bekerja keras dalam projek-projek kebajikan dan telah dianugerahkan anugerah berprestij Chevalier de le Legion d'Honnuer pada tahun 2017.

4. Lee Jim Leng

lee jim leng 7 majikan wanita yang memberikan impak kepada malaysia

Jika Lee Jim Leng tidak bekerja keras melaksanakan strategi pertumbuhan perniagaan, CEO Bank Pelaburan Hong Leong ini lebih suka mengembara, membeli belah dan melepak bersama rakan-rakan

Dengan Lee Jim Leng sebagai peneraju, Bank Pelaburan Hong Leong mengetuai program nota jangka sederhana bernilai RM5 billion untuk Amanah Pelaburan Harta Tanah IGB pada tahun 2017, selain daripad projek-projek besar lain.

Jim Leng mengamalkan sikap rendah diri dan dengan menghargai sokongan majikan dan rakan sekerjanya ketika mereka bercakap tentang kejayaannya.

5. Datin Winnie Loo 

datin winnie loo 7 majikan wanita yang memberikan impak kepada malaysia 2 903

Walaupun selepas 39 tahun dalam bidang perniagaan, Datin Winnie masih belum bersedia untuk meninggalkan kancah perniagaan.

Beliau yang merupakan pengasas dan direktor kreatif bagi syarikat berprestij Kumpulan A Cut Above, Datin Winnie juga berperanan sebagai pengasas bersama Agensi Brand Yourself dan WeStyleAsia, platform atas talian bagi kursus kecantikan dan dandanan profesional.

datin winnie loo 7 majikan wanita yang memberikan impak kepada malaysia

Ketika di awal kariernya sebagai penggaya rambut yang dilatih oleh lagenda Vidal Sassoon, Datin Winnie telah membuka salun rambut pertamanya. Ketika itu, kerjaya sebagai penggaya rambut masih belum dianggap sebagai profesion yang sah.

Dan pada hari ini, dengan pelbagai anugeran perniagaan yang diterima Datin Winnie, beliau telah membuktikan kesan perjalanan keusahawanan yang ditempuhinya telah memberikan kesan kepada industri pendandanan di Malaysia di peringkat tempatan dan antarabangsa.

6. Dato’ Seri Farah Khan

dato seri farah khan 7 majikan wanita yang memberikan impak kepada malaysia

Bagi Dato' Seri Farah Khan, beliau menanamkan pepatah di dalam jiwanya iaitu wanita merupakan pemimpin semula jadi yang melambangkan karier fesyennya yang terkenal. Farah Khan adalah pengarah kreatif dan presiden label "Farah Khan" yang kini berusia 10 tahun dan juga pengasas kepada Melium Group.

Kumpulan Melium adalah sebuah perniagan yang membawa lebih daripada 100 jenama fesyen antarabangsa ke Malaysia.

Label ini meraikan ulangtahunnya yang ke-10 dengan membuat pertunjukan fesyen di Jakarta, Marseilles, Versailles dan London. Ia dilakukan dalam tahun yang sama di mana butik pelbagai jenama "M" di Pavilion KL berkembang dengan menawarkan tawaran jenama eksklusif seperti Jonathon Simkhai, Maticevski dan Victoria Beckham.

7. Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz

raja teh maimunah 7 majikan wanita yang memberikan impak kepada malaysia 2

jika anda mempunyai janji temu bersama Raja Teh, jangan berani lambat kerana beliau menguruskan masanya seperti tentera untuk memenuhi segala perkara. Beliau yang merupakan CEO Bank Aminvestment dan pengarah urusan Wholesale Banking di AmBank Group juga kerap kali menghabiskan masanya menjadi sukarelawan di dapur sup PERTIWI.

Raja Teh yang juga merupakan pendengar yang baik serta tinggi sifat menjiwai menjadi pengerusi Rumah Kasih PERTIWI, tempat tingal anak-anak yatim yang positif HIV dan juga penasihat kepada Charity Right dan Projek Picha.

raja teh maimunah raja abdul aziz 7 majikan wanita yang memberikan impak kepada malaysia

Bagi menghargai pencapaiannya dalam sektor kewangan, Raja Teh telah dinamakan sebagai Ikon Wanita Malaysia 2017 oleh Kumpulan Kecemerlangan Perniagaan yang berpangkalan di Singapura, pada Sidang Kemuncak Wanita dan Anugerah.

Rujukan:

1. Asia Tatler

2. Melium

3. Proudduck




Hakcipta iluminasi.com (2017)