bill gates manusia terkaya di dunia 325

Di Malaysia, usahawan billionaire dianggap sebagai jerung (otai) manakala orang yang berpendapatan sederhana dan ke bawah di anggap bilis atau sayur. Terdapat kira-kira 2,000 jerung billionaire di atas muka bumi ini sehingga Februari 2017. Bagi peniaga billionaire, perbelanjaan mereka tersangatlah sukar untuk dibayangkan. 

Ini adalah kerana orang kebanyakan tidak terjangkau akal akan nilai yang sangat besar ini, dan nilai kekayaan berbilion-bilion ringgit bukanlah satu pengalaman yang biasa dirasai oleh orang ramai.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Jadi, bagaimana kita orang kebanyakan nak bayangkan bajet belanja bagi seorang billionaire? Sebelum itu, perlu kita turunkan pendapatan seorang billionaire kepada RM195,000 (purata pendapatan tahunan Amerika) supaya kita dapat membandingkan bajet secara sama rata.

Pendapatan tahunan billionaire

antara billionaire terkaya di dunia

Menjelang 2018, Jeff Bezos, CEO Amazon, telah mengatasi Bill Gates sebagai manusia terkaya di dunia dengan jumlah kekayaan sebanyak RM485 billion.

Namun Bill Gates telah mengumpulkan sebanyak RM468 billion sejak 1987 hingga 2016. Daripada jumlah ini, sebanyak RM312 billion merupakan nilai kekayaan peribadi dan selebihnya iaitu RM156 billion lagi dikawal oleh yayasan kebajikaan mereka.

Jadi, purata pendapatan tahunan Bill Gates adalah sebanyak RM15.6 billion.

Kekayaan Jeff Bezos meningkat sekurang-kurangnya RM124.8 billion, bersamaan RM3957 sesaat pada tahun 2017.

Kekayaan kedua-dua manusia ini terlalu ekstrem, dan bukanlah bandingan. Tapi bagaimana dengan pendapatan billionaire biasa yang lain?

tan sri mokhtar al bukhary billionaire malaysia

Purata nilai kekayaan dalam senarai Forbes adalah kira-kira RM7.8 billion, jadi anggaran pendapatan tahunan adalah 1 per 10 daripada nilai ini iaitu, RM780 juta setahun.

Nilai pendapatan ini bersamaan dengan RM24.67 sesaat. Nilai ini juga adalah bersamaan dengan 480 kali ganda purata pendapatan global, iaitu RM0.05 sesaat. Dan bagi setiap tahun, pendapatan seorang billionaire biasa adalah 4,000 kali ganda pendapatan purata penduduk Amerika.

Dan pada tahun 2017, pendapatan Jeff Bezos adalah 150 kali ganda billionaire biasa, bersamaan 600,000 kali ganda purata pendapatan penduduk Amerika.

manusia terkaya di dunia jeff bezos ceo amazon 665

Disebabkan pendapatan seorang billionaire biasa adalah 4,000 kali ganda purata pendapatan penduduk Amerika, ini bermakna perbelanjaan sebanyak RM4,000 bagi billionaire tersebut bersamaan dengan perbelanjaan RM1 penduduk biasa.

Perbandingan perbelanjaan billionaire dan orang biasa

kekayaan dunia tak membawa ke mati

Jika satu percutian itu berharga RM2,000 bagi orang biasa, namun bagi billionaire ini hanyalah RM0.50. Pada skala sebesar ini, bajet belanja makanan tahunan bagi billionaire ini adalah hanya seperti RM3, iaitu RM12,000 bagi orang biasa.

Sebuah kereta yang berharga RM100,000 bagi orang kebanyakan hanyalah seperti RM25 dan bagi rumah yang berharga RM400,000 bagi orang biasa dirasakan seperti RM100 bagi billionaire ini. 

Jika hendak membeli kapal mewah seperti yang dibeli Jho Low yang berharga RM1 billion, billionaire biasa merasakannya hanya seperti RM250,000 sama seperti orang kebanyakan membeli kereta BMW atau Mercedes.

kapal jho low bernilai rm1 billion

Perlu diingatkan, ini hanyalah bagi billionaire biasa, dan bukan 10 manusia terkaya. Perbandingan antara billionaire biasa ini dengan Bill Gates adalah 1:20. Jadi jika sebuah kapal mewah berharga RM1 billion bagi orang biasa dirasakan seperti RM250,000 bagi seorang billionaire biasa, bagi Bill Gates pula, ia hanyalah seperti RM12,5000.

Dan kekayaan mereka sentiasa bertambah setiap tahun. Namun, ini semua hanyalah harta dunia dan tidak akan mampu dibawa masuk ke kubur. Semakin banyak harta kita di dunia, semakin banyak yang akan dipertanyakan ketika kita mati nanti.

Bukan sebanyak mana harta kita yang penting, tetapi ke mana kita menggunakannya.

Wallahualam.

Rujukan:

1. The Conversation

2. CNBC




Hakcipta iluminasi.com (2017)