Oleh pada 05 Aug 2017 kategori

Tiada langkah pertama, maka tiadalah langkah kedua. Itulah falsafah yang kita perlu pegang jika kita inginkan sesuatu kejayaan. Jika anda melihat individu-individu yang berjaya dalam bidang mereka, suatu ketika dahulu, mereka juga bermula dari bawah dan terus mengorak langkah sehinggalah berjaya.

Jangan malu untuk mula dari bawah, kerana apabila anda mengecapi kejayaan, ia akan menjadi lebih bermakna.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com ingin berkongsi 4 individu yang sangat berjaya yang bermula dari bawah sebagai seorang pelatih.

1. Steve Jobs

steve jobs 2

Tipu la kalau tak kenal kan. Steve Jobs merupakan pengasas bersama Apple Computer Inc, salah satu syarikat teknologi paling bernilai di dunia. Sumbangan beliau kepada generasi ini amatlah penting dan telah mengubah teknologi dunia. Tiada siapa sangka anak angkat kepada juru mesin yang cintakan bidang elektronik ini akan memberikan ciptaan yang sangat inovatif kepada masyarakat.

steve jobs

Walaupun sangat berjaya, Steve Jobs bermula dari bawah, di mana beliau merupakan pelatih di Hewlett-Packard. Ketika berusia 12 tahun, Steve Job telah menelefon William Hewlet, presiden Hewlett-Packard ketika itu dan menceritakan berkenaan projeknya di sekolah. Kagum dengan minat Steve Jobs dalam bidang elektronik dan cip, William Hewlett telah menawarkan program latihan musim panas di Hewlett-Packard kepada Steve Jobs.

2. Steven Spielberg

steven spielberg

Steven Spielberg sememangnya bukan nama asing dalam dunia perfileman, antara filemnya yang terkenal adalah Jaws, ET, Saving Private Ryan dan banyak lagi. Beliau merupakan salah seorang yang paling berpengaruh dalam pembikinan filem dalam sejarah.

Beliau telah memberikan inspirasi kepada generasi ini melalui visi dan imaginasinya, yang mana terbukti berkesan dengan anugerah yang diterima serta pencapaian filem beliau yang sangat memberangsangkan.

steven spielberg 2

Namun, beliau juga bermula dari bawah. Ketika berusia 17 tahun, Steven Spielberg menerima tawaran program latihan tak rasmi daripada Universal Studios. Beliau tidak mempunyai akses yang banyak ketika di Universal Studios namun beliau tetap menggunakan peluang tersebut untuk mengajar diri sendiri mengenai penghasilan filem. Disebabkan ketekunan dan kesungguhan, Steven Spielberg merupakan antara salah sorang pengarah paling terkenal dan terkaya di dunia.

3. Bill Gates

bill gates 464

Sebut sahaja nama Bill Gates, pasti berlegar di fikiran mengenai manusia terkaya di dunia, dan juga komputer. Semua mengenali individu ini yang menjadi sangat terkenal seluruh dunia sebagai pengasas syarikat perisian komputer terbesar di dunia iaitu Microsoft Corporation.

Tetapi sebelum bergelar manusia terkaya di dunia, ramai yang tak tahu Bill Gates bermula dengan menjadi pelatih pembantu ahli kongres untuk Dewan Perwakilan Amerika Syarikat ketika musim panas. Antara kerja-kerjanya ketika itu adalah menghantar barang, menjawab telefon, membuat kajian untuk ahli kongres dan banyak lagi yang merupakan kerja-kerja kerani. Selepas progam latihan itu, beliau memulakan langkah untuk membina Microsoft.

4. Oprah Winfrey

oprah winfrey

Oprah Winfrey boleh dianggap sebagai antara wanita yang paling berpengaruh di atas muka bumi ketika ini. Beliau adalah bukti kepada sesiapa sahaja boleh menjadi berjaya dan kaya, walaupun datang dari latarbelakang yang sangat miskin. Walaupun menghadapi hidup yang sangat sukar ketika muda, ia tidak menjadi penghalang kepada beliau untuk berjaya. Pada tahun 2017, kekayaan beliau dianggarkan sebanyak RM12.84 billion.

oprah winfrey 3

Sebelum menjadi ikon TV yang sangat berpengaruh, penglibatan Oprah Winfrey dalam bidang media bermula ketika beliau menjadi pelatih di sebuah stesyen televisyen bersekutu CBS iaitu WLAC-TV. Bakat dan pengalaman beliau dalam public speaking dan drma membolehkan Oprah berpeluang untuk menjadi pembaca berita separuh masa yang akhirnya diterima sebagai pembaca berita sepenuh masa. Itulah titik permulaan kepada kejayaan beliau sekarang.




Hakcipta iluminasi.com (2017)