Kredit foto: Instagram Hitmaker Studios
Pilihan terbaharu bagi pengguna Netflix, "Indigo" diterbitkan oleh Hitmaker Studios dan Legacy Pictures sebagai kandungan pilihan terkini.
Kredit foto: Instagram Hitmaker Studios
Filem seram Indonesia untuk tahun 2023 ini diterajui oleh Amanda Manopo, Aliando Syarief dan Sara Wijayanto.
Filem ini memulakan perjalanan pawagamnya pada 19 Oktober 2023 di Indonesia, diikuti 18 Januari 2024 di Malaysia.
Kredit foto: Instagram Hitmaker Studios
Sinopsis
Naskhah ini mengisahkan tentang Zora, seorang indigo sejak kecil, hidup dalam ketakutan akan makhluk ghaib yang sering mengganggu. Adiknya, Ninda, yang menghidap skizofrenia, ternyata juga seorang indigo dengan kemampuan melihat dunia lain. Nyawanya terancam oleh makhluk tak terlihat dan Zora harus membuka kembali hijab matanya untuk menyelamatkan Ninda. Dalam hal ini, Zora dan Ninda meminta bantuan pakar paranormal, Sekar, yang membimbing mereka menyusuri alam ghaib. Zora, yang indera keenamnya pernah ditutup oleh ibu bapanya sebelum ini, harus mengungkap misteri masa lalunya dan menghadapi makhluk halus. Dengan membuka hijab mata, Zora berusaha menyelamatkan adiknya dari ancaman makhluk ghaib yang tidak kelihatan. Ini adalah kisah tentang kehidupan seorang indigo yang mengharungi alam metafizik untuk menyelamatkan orang yang disayanginya.
Maksud Indigo
Dalam konteks deria keenam, "indigo" membawa makna yang merujuk kepada individu yang mempunyai kebolehan intuitif dan psikik yang tinggi, sering dikaitkan dengan warna indigo yang mewakili cakra mata ketiga dalam tradisi spiritual. Individu berkebolehan indigo dipercayai memiliki hubungan yang mendalam dengan alam metafizik, membolehkan mereka mengetahui tenaga dan maklumat di luar deria biasa.
Baca: 8 Filem Seram Indonesia 'Berhantu' Mesti Tonton (2022 / 2023), Juga Tersedia Online!
Baca: Info, Sinopsis, Kutipan Filem Sue On, Kini Di Platform Netflix!
Kredit foto: Instagram Hitmaker Studios
Pelakon / Cast
Tunjang utama filem Indigo disandang oleh pelakon Amanda Manopo, Aliando Syarief dan Sara Wijayanto.
Kredit foto: Instagram Hitmaker Studios
Memberikan dimensi tambahan kepada cerita ialah pemain dalam watak-watak sampingan, iaitu Nicole Rossi, Ryuken Lie, Aruma Khadijah, Rina Ritonga, Ferry Ardiansyah, Mira Asmara, Intan Rizky Jaenab (RJ), Marcellino Lafrand, M. Alfarizi Adiwirya, Amna Hasanah Shahab, Erry Sukardi, Lia Amelia, Mudji Massaid dan Ferdian Ariyadi.
Watak Pelakon
Amanda Manopo sebagai Zora
Aliando Syarief sebagai Aksa
Sara Wijayanto sebagai Sekar
Nicole Rossi sebagai Ninda
Ryuken Lie sebagai Daffa
Aruma Khadijah sebagai Elma
Rina Ritonga sebagai Widuri
Ferry Ardiansyah sebagai Wisnu
Mira Asmara sebagai Mira
Intan Rizky Jaenab (RJ) sebagai Rani
Marcellino Lafrand sebagai Anwar
M. Alfarizi Adiwirya sebagai Adiwirya (Datuk Zora)
Amna Hasanah Shahab sebagai Zora Kecil
Erry Sukardi sebagai Pembantu Zora
Lia Amelia sebagai Pembantu Zora
Mudji Massaid sebagai Yudi
Ferdian Ariyadi sebagai Agus
Pengarah Dan Syarikat Produksi
Karya pengeluaran Hitmaker Studios dan Legacy Pictures ini, diarahkan oleh Rocky Soraya, mewakili hasil penulisan skrip oleh Rocky Soraya sendiri bersama Riheam Junianti.
Tarikh Tayangan
Tarikh pawagam bagi "Indigo" adalah pada 19 Oktober 2023 di Indonesia, manakala debut filem ini berlangsung di pawagam Malaysia pada 18 Januari 2024.
Pada 26 Februari 2024, penayangannya akan bermula di platform penstriman filem, Netflix.
Judul: Indigo: What Do You See?
Genre: Seram
Bahasa: Bahasa Indonesia
Durasi: 1 jam 57 minit
Platform online: Netflix
Kredit video: Filem Indigo - Full Official Movie Trailer