Oleh pada 24 Aug 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

MALBATT: Misi Bakara adalah sebuah filem aksi ketenteraan Malaysia 2023 yang diarahkan oleh sutradara Adrian Teh.

Filem terkini ini, yang menggabungkan genre aksi dan patriotisme, dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 24 Ogos 2023.

         

malbatt misi bakara

Kredit foto: Instagram GSC Movie

          

Ia memaparkan kisah sejarah sebenar mengenai peranan tentera Malaysia dalam operasi menyelamatkan pasukan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap dalam perang saudara di Somalia pada tahun 1993. Hampir 90 peratus dari cerita ini berasaskan kisah benar berkaitan tentera Malaysia dalam kejadian Black Hawk Down.

Namun, walaupun sebahagian besar cerita sepadan dengan situasi sebenar, ia turut menambah unsur fiksyen agar plotnya tidak terlalu berat.

          

Sinopsis

Diadaptasikan daripada peristiwa sebenar dan fakta pertempuran selama dua hari pada 3 Oktober 1993 di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia, yang kurang diketahui ramai, MALBATT: Misi Bakara memaparkan kisah mengenai keberanian dan komitmen pahlawan-pahlawan Malaysia yang bersedia menghadapi segala cabaran demi mengekalkan nilai-nilai patriotisme dan solidariti.

Ia mengisahkan pengalaman 114 anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia (Malbatt) 1 yang diberi tugas untuk menyelamatkan 70 anggota US Rangers yang terperangkap dalam kejadian Black Hawk Down semasa misi pengaman di Somalia dari tahun 1992 hingga 1995.

Ketika itu, pasukan tentera Amerika Syarikat dikepung oleh ribuan pengikut Farah Aidid semasa berlakunya pertempuran. Mereka terperangkap selepas helikopter Black Hawk mereka terhempas di kawasan tersebut.

         

malbatt movie

Kredit foto: Instagram GSC Cinema

         

Kisah Black Hawk Down Versi Malaysia

        

Ramai tentunya masih ingat bahawa kisah ini pernah diangkat dalam filem Hollywood yang terkenal, iaitu Black Hawk Down, namun walaupun penggemar filem telah diberikan pendedahan melalui arahan Ridley Scott pada tahun 2001 itu, filem yang berdurasi hampir tiga jam tersebut hanya sekali menyebut 'Malay Army' dalam dialognya.

Maka kali ini, dalam Malbatt: Misi Bakara, penonton akan berpeluang menyaksikan peristiwa bersejarah ini melalui lensa Malaysia, memberikan naratif mengenai malam kejadian itu dan mengenali wira-wira yang sebenar.

Filem ini juga akan mendedahkan dan memberi penghargaan kepada askar kita dalam kejadian yang belum pernah digambarkan dalam dunia sinema Hollywood sebelum ini. Ia memberi peluang kepada penonton untuk memahami cerita malam kejadian dan mengenali wira-wira sejati melalui sudut pandang pasukan tentera Malaysia.

Karya ini diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada masyarakat untuk menghargai perjuangan dan pengorbanan perwira negara kita yang sanggup mempertaruhkan nyawa mereka demi melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

        

*Filem Black Hawk Down pada masa ini boleh ditonton di platform Netflix.

        

Baca: 8 Filem Melayu Terbaru 2023 - Mesti Tonton!

Baca: Info, Sinopsis, Kutipan Filem Rahsia (2023), Reboot Filem Klasik 1987

            

misi bakara

Kredit foto: Instagram GSC Movie

         

Pelakon / Cast

Pelakon-pelakon handalan menghiasi layar dalam MALBATT: Misi Bakara iaitu termasuklah Bront Palarae, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Adlin Aman Ramlie, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie, Fauzi Nawawi, Tony Eusoff, Dini Schatzmann, Gambit Saifullah, Taufiq Hanafi, Syazwan Zulkifly, Nafiez Zaidi, Dafi Ismail Sabri, Safwan Nazri, Ikhram Juhari, Theebaan G, Shiqin Kamal, Yuna Rahim, Adrian Teh, Joshua Flickema, Musa Aden, Rezki Khirat, Dogan Baris Yasar, Jens Grund dan Virgile Mangiavillano.

       

Watak Pelakon

Bront Palarae sebagai Mejar Adnan

Shaheizy Sam sebagai Lans Koperal Ramlee

Hairul Azreen sebagai Leftenan Ismail

Adlin Aman Ramlie sebagai Kolonel Rahman

Zahiril Adzim sebagai Leftenan Dahari

Iedil Dzuhrie Alaudin sebagai Leftenan Mustafa

Fauzi Nawawi sebagai Mejar Osman

Tony Eusoff sebagai Mejar Abd Samad

Gambit Saifullah sebagai Sarjan Mukhriz

Dini Schatzmann sebagai Sarjan Hamid

Syazwan Zulkifly sebagai Leftenan Johan

Taufiq Hanafi sebagai Lans Koperal Fuad

Nafiez Zaidi sebagai Lans Koperal Nik Zainal

Dafi Ismail Sabri sebagai Lans Koperal Zulkifli

Safwan Nazri sebagai Prebet Isa

Ikhram Juhari sebagai Lans Koperal Wahid

Theebaan G sebagai Lans Koperal Shah

Adrian Teh sebagai Imran

Joshua Flickema sebagai Leftenan Cage

Musa Aden sebagai Abdalle

Rezki Khirat sebagai Leftenan Col Khan

Dogan Baris Yasar sebagai Rejimen Gunung

Jens Grund sebagai Rejimen Gunung

Virgile Mangiavillano sebagai wartawan

          

misi malbatt

Kredit foto: Instagram GSC Cinema

          

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Pengarah terkenal, Adrian Teh, memberikan sentuhan kepada MALBATT: Misi Bakara melalui skrip yang dihasilkan bersama Ashraf Modee Zain. Filem ini dibawakan oleh Tentera Darat Malaysia bersama dengan enam syarikat penerbitan mega iaitu Berjaya Pictures, Act 2 Pictures, Fast Bikes, Aurum Investments Limited, Golden Screen Cinemas (GSC) dan Astro Shaw.

        

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Tomok Feat. Ariz - Limitasi | Official Lyric Video | OST Malbatt Misi Bakara

        

Tajuk: Limitasi

Penyanyi: Tomok feat. Ariz

Komposer: Zikri Zakaria, Nana Sheme, Ariz

Penulis lirik: Ariz

        

Tarikh Tayangan

Filem MALBATT: Misi Bakara, dengan panjang tayangan selama 2 jam 11 minit dan mengusung genre aksi, akan menjengah dan menggegarkan penonton di pawagam-pawagam di seluruh Malaysia dan Singapura mulai 24 Ogos 2023.

Klasifikasi: 13 (bagi penonton berumur 13 tahun ke atas)

       

Trivia

1. Dengan kos bajet pembikinan melebihi RM20 juta, MALBATT: Misi Bakara adalah filem tempatan termahal yang pernah dihasilkan dalam sejarah.

2. Ia juga menjadi filem Malaysia pertama yang dipaparkan di layar IMAX dan ditawarkan dalam format 4DX dan Dolby Atmos.

3. Bagi menghormati wira negara, nama sebenar mereka tidak digunakan dalam watak-watak filem ini.

        

Kutipan

Tayangan awal - RM1 juta

2 hari tayangan - RM4.5 juta

4 hari tayangan - RM10.5 juta

6 hari tayangan - RM13.5 juta

8 hari tayangan - RM19 juta

11 hari tayangan - RM26 juta

18 hari tayangan - RM31 juta

5 minggu tayangan - RM32.5 juta

Keseluruhan - RM34 juta

           

Kredit video: MALBATT : Misi Bakara | Trailer Rasmi | Official Trailer

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)