Oleh pada 02 Feb 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Coast Guard Film

   

Filem aksi terbaru arahan Allahyarham Pitt Hanif, Coast Guard Malaysia: Ops Helang, bakal menemui penonton di layar perak di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam bermula 2 Februari 2023.

Coast Guard Malaysia terbitan gandingan penerbit tanah air, Flying Deals Sdn Bhd dan Arie Zaharie Production dengan kerjasama Maritim Malaysia, menyaksikan penampilan pelakon popular tempatan Saharul Ridzwan dan Julia Farhana Marin selaku tonggak utama.

coast guard movie

Kredit foto: Instagram Coast Guard Film

   

Sinopsis

Leftenan Maritim Hafiz (Saharul Ridzwan) — seorang Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) — mengalami Gangguan Stress Pasca Trauma (PTSD) rentetan kehilangan rakan sekerja dalam misi operasi.

Ingin memulakan hidup baru, Hafiz berhijrah ke sebuah pulau bersama tunangnya Nurul untuk didiami.

Ketika meraikan pertunangannya di sebuah resort pusat peranginan pantai di sana, dia diserang oleh sekumpulan penjenayah yang tidak dikenali yang menculik tunang dan keluarganya.

Beberapa tetamu telah dijadikan tebusan, manakala yang lain dibunuh dengan kejam. 

Dengan kecederaan ringan, Hafiz berjaya melarikan diri dan mengatur misi mencari dan menyelamat untuk mendapatkan semua tebusan kembali dengan selamat.

Leftenan Maritim Melati (Julia Farhana), Pegawai Penyiasat APMM dari Bahagian Siasatan Jenayah Maritim ditugaskan untuk menyiasat kes itu.

Konflik terus memuncak apabila Hafiz dan APMM dicabar kumpulan penjenayah terbabit sehingga operasi besar-besaran digerakkan bagi memastikan kumpulan penjenayah itu ditundukkan.

   

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Harum Malam (2023)

Baca: 10 Filem Melayu Malaysia Terbaru 2023 Mesti Tonton!

coast guard malaysia

Kredit foto: Instagram Coast Guard Film

   

Pelakon / Cast

Mengetengahkan Saharul Ridzwan dan Julia Farhana Marin sebagai tunjang utama. 

Selain mereka, filem ini akan diserikan lagi dengan pelakon tanah air terkenal seperti Gambit Saifullah, Hazama Azmi, Adlin Aman Ramlee, Datuk Fizz Fairuz, Iman Zulkarnain, Wanna Ali, Jaja Iliyes, Sabri Yunus, Aziz M Osman, Kodi Rasheed, Sherie Merlis, Trisha Ooi, Qazem Noor, Aman Nassim, Yuznor, Hushairi Husain, Azlan Komeng, Akmal Ahmad dan Eqy Affandi.

   

Watak Pelakon

Saharul Ridzwan sebagai Hafiz

Julia Farhana Marin sebagai Leftenan Melati

Hazama Azmi Hazama Kadok

Gambit Saifullah sebagai Bintara Muda (M) Shamil

Iman Zulkarnain sebagai Bintara Muda (M) Iman

Fizz Fairuz sebagai Bintara Muda (M) Norman

Adlin Aman Ramlee sebagai Samat

Aziz M. Osman sebagai Rahmat

Wanna Ali sebagai Nadia

Trisha Ooi sebagai Trisha

Sabri Yunus sebagai Pak Am

Sherie Merlis sebagai Khatijah

Akmal Ahmad sebagai Rima

Azlan Komeng sebagai Pak Tam

Kodi Rasheed sebagai Bintara Muda (M) Mat Bon

Yuznor sebagai Mambang

Aman Nassim sebagai Bintara Muda (M)Jambu

Eqy Affandi sebagai Bintara Muda (M) Eddy

   

coast guard ops helang

Kredit foto: Instagram Coast Guard Film

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Coast Guard Malaysia arahan Allahyarham Pitt Hanif adalah terbitan bersama Flying Deals Sdn Bhd dan Arie Zaharie Production dengan kerjasama Maritim Malaysia yang diedarkan oleh Metrowealth International Group dan disokong oleh FINAS, Primeworks Studios dan Media Prima Berhad.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Zamani & Ariff Peter - YES SIR (Official Video) [OST Coast Guard Malaysia]

Tajuk: Yes Sir

Penyanyi: Zamani & Ariff Peter

Komposer: Ariff Peter, Pown Hasril, Otromen, Nass

Penulis lirik: Ariff Peter, Otromen, Azumi

   

coast guard malaysia ops helang

Kredit foto: Instagram Coast Guard Film

Tarikh Tayangan

Akan ditayangkan di pawagam pada 2 Februari 2023 di Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam, filem aksi Coast Guard Malaysia: Ops Helang dijangka mendapat tempat di hati penonton dan menjadi salah satu filem terbaik 2023 yang mendapat sambutan yang hebat di Malaysia.

Info

1. Tempoh penggambaran filem Coast Guard Malaysia ialah 55 hari di lokasi penggambaran sebanyak 65 peratus di kawasan laut dan pulau sekitar Pulau Langkawi, Kedah. Selebihnya di Kuantan dan Gua Kota Gelanggi, Jerantut, Pahang.

2. Kos keseluruhan untuk penghasilan filem ini ialah RM13 juta.

   

Kredit video: DI SEBALIK TABIR FILEM | TRAILER MOVIE COAST GUARD MALAYSIA: OPS HELANG




Hakcipta iluminasi.com (2017)