Oleh pada 10 Mar 2024 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

        

Drama "Perempuan Ilmu Hitam" yang diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn Bhd adalah antara yang paling baru di platform Tonton, menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Siti Hariesa, Chacha Maembong, Fify Azmi, Josiah Hogan, Syazwan Zulkifly dan Nazim Othman.

         

perempuan ilmu hitam tonton

Kredit foto: Instagram Saphire Screen Sdn Bhd

       

Tayangan Tonton Original Series ini telah mula melanda skrin digital sejak 29 Februari 2024 yang lalu.

        

Sinopsis

'Perempuan Ilmu Hitam' mengisahkan tentang tiga gadis iaitu Sara, Lisa dan Afifah yang menjadi mangsa rogol kepada tiga remaja lelaki. Mereka yang tidak diketahui identitinya ini ialah Azhar, Bakry dan Cairyl.

Kerana terdedah dengan pornografi, ketiga-tiga lelaki tersebut mengalami ketagihan seksual. Dalam memenuhi kerakusan nafsu, mereka menjadikan remaja belasan tahun sebagai sasaran. Akibatnya, Sara, Lisa dan Afifah telah dirogol secara beramai-ramai.

Lebih memburukkan keadaan, tiga gadis ini dikhianati oleh undang-undang kerana lelaki-lelaki itu mempunyai pengaruh dan berasal dari keluarga korporat terkemuka di Malaysia.

Bagi memudahkan aktiviti mereka, Azhar menggesa anak pemandu kepada bapanya, Nasrun menjalankan aktiviti ‘memburu’ (hunting game). Disebabkan rasuah, nasib tiga gadis ini tidak dibela oleh pihak berkuasa.

Selepas kejadian itu, Sara mengalami kemurungan. Dia berhenti bercakap dan mengalami tekanan.

Tujuh tahun berlalu, tekad Inspektor Syamil untuk mencari keadilan tidak pernah pudar dan terus menggalas tugas siasatan. Sementara itu, Lisa kini memikul tanggungjawab sebagai pekerja sosial. Dia berdepan dengan kes remaja orang asli bernama Bayu yang dirogol oleh sekumpulan lelaki. Dengan segala daya yang ada, Lisa berusaha untuk mengembalikan semangatnya.

Semasa Inspektor Syamil dan Lisa cuba untuk mencari dalang di sebalik kejadian yang menimpa Bayu, siasatan mendedahkan keadaan yang lebih kompleks. Lisa menyedari bahawa Nasrun telah dimanipulasi oleh Azhar dan rakan-rakannya untuk mencari mangsa baru.

Lisa mendesak Afifah bekerjasama dengan Mbah Ngai bagi membantu siasatan, meskipun Afifah terlebih dahulu menolak tawaran itu kerana cuba melupakan kisah pahit. Namun, Afifah akhirnya bersetuju apabila cucu ketua kampung mereka, Siti, turut menjadi mangsa.

Misi membalas dendam bermula dengan seruan syaitan dan penggunaan ilmu hitam. Pendekatan yang lebih halus digunakan, mendapatkan bantuan syaitan durjana untuk menjalankan rancangan membalas dendam. Perasaan dikhianati mencetuskan dendam gelap dalam hati mereka.

         

Baca: 8 Filem Seram Indonesia 'Berhantu' Mesti Tonton (2022 / 2023), Juga Tersedia Online!

         

perempuan ilmu hitam episod

Kredit foto: Instagram Tonton MY

        

Pelakon / Cast

Drama seram ini mengundang pelakon-pelakon berbakat seperti Siti Hariesa, Chacha Maembong, Fify Azmi, Nazim Othman, Zaki Azeman, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim, Josiah Hogan dan Didie Alias. Turut serta, Shah Farid, Nur Qaseh Shuhada, Rasyid Jaafar, Nurul Fazreyna, Zuliana Ernie Zainon, Norazline Ismail dan Siti Ruwiyani.

        

Watak Pelakon

Siti Hariesa sebagai Lisa

Chacha Maembong sebagai Afifah

Fify Azmi sebagai Sara

Nazim Othman sebagai Cairyl

Josiah Hogan sebagai Azhar

Zaki Azeman sebagai Nasrun

Ashraf Muslim sebagai Syamil

Syazwan Zulkifly sebagai Bakri

Didie Alias sebagai Mbah Nira

Shah Farid sebagai Pak Samad

Nur Qaseh Shuhada sebagai Siti

Rasyid Jaafar sebagai Tok Ketua

Nurul Fazreyna sebagai Nina

Norazline Ismail sebagai Mak Leha

Zuliana Ernie Zainon sebagai Mak Timah

Siti Ruwiyani sebagai Mak Bayu

         

drama perempuan ilmu hitam

Kredit foto: Instagram Josiah Hogan

        

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn Bhd, siri ini merupakan hasil kerja arahan Amor Rizan yang ditulis skripnya oleh Liza Nur dan Rozie Rashid.

        

Lagu Tema (OST)

Kredit video: TAKKAN BAHAGIA - SHAZREEN SHAHARUM [OST PEREMPUAN ILMU HITAM]

       

Tajuk: Takkan Bahagia

Penyanyi: Shaz (Shazreen Shaharum)

Komposer: Mas Dewangga, Jova Devito, Sang Hitam

Penulis lirik: Mas Dewangga, Jova Devito

       

Waktu Siaran

Perempuan Ilmu Hitam mempersembahkan keseluruhan 10 episod yang boleh disaksikan di platform Tonton, bermula 29 Februari 2024, setiap hari Khamis.

          

sinopsis perempuan ilmu hitam     

Perempuan Ilmu Hitam, bukan diadaptasi daripada karya novel. Kredit foto: Instagram Fify Azmi

         

Rancangan ini dapat disaksikan secara terus oleh penonton menerusi aplikasi Tonton, membolehkan mereka menikmati kandungannya tanpa perlu menunggu waktu tayangan khusus atau melalui saluran televisyen.

         

Tajuk cerita? Perempuan Ilmu Hitam

Berapa episod? 10 episod

Setiap hari apa? Khamis

Bila tayang? Mulai 29 Februari 2024

Tonton di mana? Platform online, Tonton

         

Kredit video: HIGHLIGHT: Episod 1 - Cucu Pak Samad Kena Santau Katak?! | Perempuan Ilmu Hitam (2024)

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)