Oleh pada 05 Apr 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  

Drama bersiri premium Projek: Anchor SPM yang ditayangkan di saluran Astro Citra terus mencuri perhatian peminat sejak episod pertama pada 15 Mac lalu.

Drama yang mengangkat kisah kehidupan pelajar dalam menghadapi peperiksaan SPM ini adalah sentuhan kreatif pengarah Razaisyam Rashid dan Anwari Ashraf (juga memegang peranan sebagai penulis skrip).

Ini 10 fakta menarik mengenai siri jenama Astro Originals yang kerapkali menjadi 'trending' di Twitter setiap kali bersiaran ini!

  

projek anchor spm 801

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  

1. Siri ini mengambil rujukan daripada drama-drama Korea (K-drama) termasuk filem tempatan berjudul 'Kami'. Ia sekaligus menangkis dakwaan kononnya ia karya plagiat filem popular Thailand, Bad Genius.

  

projek anchor spm cast 565

Kredit foto: Instagram Chubb E

  

2. Jika Bad Genius membawakan genre 'heist', siri ini pula mengetengahkan tema 'young adult' dan 'coming of age' yang jarang terkandung dalam karya-karya tempatan lewat ini, sekaligus mengisi kekosongan itu.

  

project anchor spm 173

Kredit foto: Instagram Razaisyam Rashid

  

3. Situasi semasa yang dihadapi rata-rata pelajar sekolah juga dimuatkan, antaranya isu psikologi, tekanan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, budaya buli di sekolah termasuklah niat untuk meniru dalam peperiksaan.

  

bad genius 893

Kredit foto: Instagram Official_JoMeGo (Chubb-E)

  

4. Bukan sahaja menjadi sebutan di kalangan netizen, malahan para selebriti tempatan juga teruja menantikan tayangannya. Antara yang meluahkan minat termasuk Syafiq Kyle, Sharifah Amani, Sherry Alhadad, Kaka Azraff, Mimi Lana, Sara Suhairi, Syafie Naswip, Raja Syahiran dan ramai lagi.

  

pelakon projek anchor spm

Kredit foto: Instagram Chubb E

  

5. Antara cabaran terbesar dalam pembikinan siri ini adalah proses mendapatkan lokasi penggambaran sekolah yang memakan masa sehingga sebulan berikutan ketika itu negara baru saja menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan 1.0.

6. Malah untuk mencari pelakon ekstra juga merumitkan, apatah lagi mereka perlu melalui proses kuarantin sebaik sahaja terpilih.

  

projek anchor spm movie 796

Kredit foto: Instagram Nadhir Nasar

  

7. Memandangkan naskhah ini mengambil latar belakang tahun 2003, sebahagian props juga perlu mewakili tahun itu yang mana rata-ratanya adalah barangan dan gajet lama yang sudah tidak lagi digunakan seperti Nokia 3310, Discman dan Mp3 Player.

  

projek anchor spm episod 69

Kredit foto: Instagram Nadhir Nasar

  

8. Ramai yang tidak tahu, Anwari Ashraf selaku pengarah siri ini pernah memegang tanggungjawab sebagai penulis skrip untuk filem pecah panggung, Polis Evo 1 (RM18 juta), Polis Evo 2 (RM 23 juta), PUSAKA (RM13 juta), PASKAL: The Movie (RM30 juta) dan Wira (RM11 juta).

  

projek anchor spm astro

Kredit foto: Instagram Nadhir Nasar

  

9. Drama premium ini mempunyai kualiti setaraf filem, malah boleh ditonton secara bersiri setiap minggu.

10. Pelakon Adlin Aman Ramlie yang memegang watak Pengetua Awang menyatakan kesediaannya untuk dibenci dan 'dilaknat' penonton, meskipun karakternya tidaklah terlalu tegas dan negatif, sebaliknya hanya mewakili sistem pendidikan di sekolah.

  

projek anchor spm episode

Kredit foto: Instagram Razaisyam Rashid

  

Projek: Anchor SPM dijayakan Aedy Ashraf, Daiyan Trisha, Nadhir Nasar, Chubb-E, Shasha Abedul, Fadhli Masoot, Daniella Sya dan ramai lagi.

Tayangan saluran Astro Citra (108 HD) dan (128 SD) bermula 15 Mac 2021, setiap Isnin, jam 9 malam.

Turut dimuatkan di platform Astro GO atau On Demand.

Untuk info penuh, anda boleh baca artikel: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Projek Anchor SPM (Astro Citra)

    

Kredit video: TAYANGAN PERDANA PROJEK ANCHOR SPM

  

Kredit video: Projek Anchor SPM - Official Trailer [HD]

  

Sumber:

1. Pertarungan Bermula! Projek: Anchor SPM Bakal Beraksi 15 Mac Ini!

2. Drama Premium Setanding Korea? Ini 5 Sebab Anda Wajib Tonton Projek: Anchor SPM!

3. “Keluar Pun Time Exam, Memang Best lah” - Pelajar Puji Projek: Anchor SPM, Related Betul Dengan Hal Sekolah

4. “Aku Yang Merinding! Tak Sabar Nak Tonton” - Projek: Anchor SPM Buat Ramai Artis Excited!

5. “Nak Dapatkan Sekolah Tu Saja Ambil Masa Selama..." - Pengarah Projek: Anchor SPM Dedah Cabaran Terbesar!

6. 'Teruslah membenci saya' - Adlin

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)