Walaupun kemajuan teknologi mampu membawa tamadun manusia ke satu tahap yang lebih tinggi, tidak dapat kita nafikan ada kumpulan-kumpulan yang akan tercicir daripada perkembangan tersebut.

Negara-negara yang dikategorikan paling mundur ini dikelaskan berdasarkan kepada indeks yang dibangunkan yang mengkaji dan memantau pembangunan sosioekonomik sesebuah negara tertentu dengan mengambil kira 3 kriteria utama - kemiskinan, faktor kemanusiaan dan juga faktor ekonomi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sehingga kini, terdapat 47 buah negara keseluruhannya dikategorikan sebagai negara mundur; 9 daripadanya terletak di benua Asia. Apakah sembilan negara tersebut?

1. Afghanistan

anak gadis keluarga miskin

Afghanistan bukan sahaja antara negara paling mundur di dalam dunia, tetapi di kalangan semua negara Asia; Afghanistan merupakan negara paling terkebelakang sekali.

Terletak di kedudukan 171 daripada 188 negara yang diukur, Afghanistan mempunyai purata kadar pendapatan negara tahunan pada tahap RM2,626, jauh lebih rendah berbanding purata sama apabila semua negara mundur dikira iaitu RM5,098.

2. Bangladesh

worst poverty level in asia

Kita dapat menemui ramai pendatang Bangladesh di Malaysia, kerana negara mereka merupakan antara 9 negara paling mundur di Asia dari segi ekonomi jadi migrasi masyarakat mereka ke negara luar; pasti akan berlaku.

Walaupun demikian, Bangladesh harus berbangga kerana semakin berjaya keluar daripada kelompok 9 negara ini - selepas mencapai tahap purata pendapatan tahunan yang lebih baik serta telah berjaya memperbaiki indeks kemanusiaan mereka.

Besar kemungkinan untuk laporan yang akan datang, Bangladesh mungkin tidak lagi akan disenaraikan dalam kelompok paling mundur ini.

3. Bhutan

krisis kemiskinan asia asean

Negara yang menggunakan haiwan mistik naga sebagai simbol negara, Bhutan dijangka akan menyertai Bangladesh diisytihar bukan lagi negara mundur pada tahun 2023. Pencapaian Bhutan juga membanggakan.

Mereka telah berjaya menaikkan pendapatan purata tahunan negara per kapita kepada RM9960, jauh melepasi paras RM5,098 yang ditetapkan. Kadar literasi serta pendidikan mereka juga jauh meningkat.

4. Kemboja

masyarakat paling miskin di dunia

Berjaya memperbaiki kedudukan mereka dari segi pendidikan dan literasi, malangnya ekonomi Kemboja belum memadai untuk mereka keluar daripada perangkap kemunduran.

Pendapatan purata tahunan per kapita mereka masih rendah iaitu pada tahap RM4252 untuk melayakkan mereka keluar daripada kelompok mundur.

Bagaimanapun kerajaan Kemboja menetapkan visi jangka masa panjang untuk keluar daripada senarai pada tahun 2030 serta diangkat menjadi negara berpendapatan tinggi pada tahun 2050.

5. Timor-Leste

negara asia paling kurang pembangunan

Negara yang berjiran dengan Indonesia ini dilihat sukar untuk memperkukuhkan ekonomi mereka disebabkan bermacam faktor; bentuk muka bumi yang semakin ditenggelami air, bencana serta kesukaran untuk mengekalkan perkembangan industri tempatan.

Walaupun purata pendapatan per kapita Timor-Leste agak baik, indeks ketidakseimbangan ekonomi negara tersebut disebabkan oleh kedudukan geografinya pasti menyukarkan negara tersebut keluar daripada kelompok negara mundur.

Setakat ini status Timor-Leste untuk disenaraikan ke dalam senarai negara membangun ditangguhkan, atas faktor-faktor tersebut dan akan disemak semula dalam tahun 2021.

6. Laos

negara ekonomi teruk

Laos berkemungkinan besar akan menyertai Bangladesh dan Bhutan untuk mula disenaraikan dalam kelompok negara membangun pada tahun 2023.

Kemajuan yang dicapai Laos beberapa tahun kebelakangan ini khasnya dari segi indeks kemanusiaan dan juga keseimbangan ekonomi agak pesat khasnya dalam tempoh 15 tahun kebelakangan.

Dijangkakan Laos akan dikeluarkan daripada senarai ini pada tahun 2024 dengan tempoh beberapa tahun akan datang, bakal digunakan bagi mempersiapkan negara tersebut dengan beberapa perubahan yang bakal dilakukan.

7. Myanmar

negara paling mundur

Myanmar berjaya mencapai kemajuan pesat dalam kesemua aspek yang dinilai bermula semasa pemerintahan Aung Sann Suu Kyi, sehinggakan diramal bakal diisytiharkan sebagai negara membangun pada tahun 2025.

Bagaimanapun Myanmar dilihat berjaya mempercepatkan pelbagai aspek pembangunan mereka sehinggakan mereka disahkan telah berjaya memenuhi kesemua ketetapan pada tahun 2018, serta hanya menunggu masa untuk keluar daripada senarai ini.

8. Nepal

negara paling miskin

Kisah Nepal agak unik. Pada tahun 2015 dan 2018, Nepal telah pun disahkan layak untuk disenaraikan dalam senarai negara membangun namun kerajaan mereka meminta agar mereka dikekalkan dalam senarai.

Ini kerana kerajaan Nepal merasakan sektor ekonomi mereka, khasnya pada industri eksport masih belum cukup besar untuk menangani keperluan yang bakal melanda.

Disebabkan kegiatan eksport yang terlalu kecil, kadar purata pendapatan per kapita penduduk Nepal masih lemah hanya sekitar RM3090 setahun. Disebabkan risiko tersebutlah, kerajaan mereka memilih untuk kekal dalam senarai negara mundur dunia.

9. Yaman

kanak kanak miskin mohon sumbangan

Yaman mempunyai satu masalah besar dalam memperkembangkan negara mereka; ketiadaan bekalan air bersih yang sempurna. Yaman merupakan antara negara di mana air sangat sukar diperolehi.

Setakat kajian yang dijalankan pada tahun 2018, Yaman masih belum menepati beberapa kriteria yang ditetapkan khasnya melibatkan purata pendapatan tahunan per kapita, indeks kemanusiaan serta masih terdedah kepada risiko ketidakseimbangan ekonomi yang tinggi.

Apa keperluan negara diletakkan dalam senarai ini?

rumah usang miskin kolot mundur di nepal

Selepas membaca senarai ini, pasti anda tertanya-tanya kenapa negara seperti Nepal memilih untuk kekal dalam senarai dan kenapa ada negara tak sabar untuk keluar daripada kelompok negara mundur.

Sejak awal era milenium, undang-undang antarabangsa telahpun menetapkan beberapa klausa ke atas sistem tarif dan pertukaran apabila melibatkan negara mundur.

Negara yang disenaraikan dalam senarai 'negara mundur' atau Least Develop Country (LDC) diberikan beberapa keistimewaan dan pengecualian apabila melakukan urusniaga dengan negara lain.

LDC dibenarkan untuk melakukan import dan eksport tanpa perlu melalui cukai-cukai tertentu serta tidak dikenakan kuota ke atas kuantiti yang dikeluar atau dibawa masuk.

Setiap negara pula meletakkan faedah berbeza kepada LDC untuk digunakan. Sebagai contoh, Kesatuan Eropah memberikan kadar tarif sifar dalam urusniaga dengan LDC secara am. Amerika Syarikat pula memperkenalkan skim-skim khas mengikut negara LDC. Jepun pula membenarkan produk tekstil dan pakaian dari negara LDC dalam kadar bebas cukai.

Seandainya sesebuah negara berstatus LDC dikeluarkan daripada senarai ini, mereka akan hilang kelayakan dan keistimewaan ini secara automatik - sebaliknya perlu bersaing dengan negara-negara membangun dalam urusan eksport dan import mereka.

Atas sebab itulah ada negara dengan sengaja memilih untuk kekal diklasifikasikan sebagai negara mundur, kerana mereka tahu ekonomi mereka masih belum cukup untuk berdiri sendiri.

Rujukan

Trade Preferences for Least DevelopedCountries. Are they Effective? (pautan PDF)




Hakcipta iluminasi.com (2017)