Afrika adalah sebuah benua dan seperti yang umum tahu, benua ini bukanlah sebuah negara.

Ketika ini Afrika terbahagi kepada 54 buah negara merdeka, namun apa yang berlaku kesemua negara ini bersatu membentuk negara Afrika bersatu?

Bagaimana rupa negara Afrika ini dan adakah ia sangat berkuasa?

peta afrika

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pada dasarnya, benua Afrika sendiri adalah sangat luas dan merangkumi 20% daripada daratan Bumi, menjadikannya seluas 70% dari keluasan Asia dan kira-kira tiga kali ganda saiz Eropah.

Ketika ini, 1.2 bilion manusia tinggal di Afrika atau kira-kira 16% dari populasi global.

Apa yang menariknya adalah walaupun keseluruhan penduduk Afrika bergabung, ia masih lebih sedikit berbanding India dan China, namun ini mungkin tidak kekal lama kerana Afrika ketika ini sedang mengalami ledakan penduduk terbesar di dunia.

peta negara negara di benua afrika

Populasi benua ini meningkat dua kali ganda sejak tahun 1990 dan ia dijangka melebihi populasi India dan China pada tahun 2022.

Menurut perkiraan rasmi PBB, penduduk Afrika dijangka mencapai 4.4 bilion orang pada akhir abad ke-21 dan merangkumi 39% daripada populasi global.

Peralhian demografi yang sangat besar ini pada masa depan akan memastikan bahawa negara Afrika Bersatu mempunyai kedudukan yang dominan di dunia, namun ia datang dengan cabaran hebat.

pemerintah negara di afrika

Penduduk Afrika ketika ini adalah yang termuda di dunia dengan rata-ratanya hanya berusia 19.7 tahun berbanding dengan usia purata global iaitu 30.4 tahun.

Kadar celik huruf juga rendah dengan hanya 64% penduduk sahaja dianggap celik, tetapi ini berbeza antara satu kawasan dengan kawasan yang lain.

Di Libya misalnya, kadar celik huruf sangat tinggi iaitu 94.2% sementara di Sudan Selatan sangat rendah iaitu hanya 27%.

Kadar jangkitan HIV di benua ini juga akan menjadi cabaran berat bagi Afrika Bersatu kerana 11% populasi di sub-sahara Afrika kini dijangkiti penyakit ini.

masalah hiv di afrika

Malah, negara-negara Afrika Bersatu juga bergelut dengan kepelbagaian yang keterlaluan di benua ini.

Afrika adalah benua yang paling berkepelbagaian dari segi bahasa dan etnik di Bumi, di mana terdapat antara 1,250 dan 3,000 dituturkan.

Kebanyakan daripada penduduk Afrika bertutur sekurang-kurangnya dua bahasa Afrika dan satu bahasa Eropah tambahan.

Situasi serupa dengan Afrika Selatan di mana terdapat 11 bahasa rasmi mungkin berlaku.

bahasa bahasa yang digunakan di afrika

Bahasa yang paling umum adalah bahasa Arab yang dituturkan oleh kira-kira 17% penduduk kebanyakannya di Afrika Utara, bahasa Swahili sekitar 10% terletak kebanyakannya di Afrika Tenggara, bahasa Berber sebanyak 5% dan baki 5% lagi adalah bahasa Hausa.

Bahasa Inggeris, Perancis, dan Portugis sangat lazim yang difahami oleh sebilangan besar orang di mana bahasa Inggeris difahami oleh 13% penduduk, bahasa Perancis sebanyak 11.5% dan Portugis sebanyak 3%.

Semua bahasa ini dan beberapa bahasa lain mungkin mempunyai status rasmi di Afrika Bersatu.

Dari segi etnik, terdapat beberapa ratus sehingga ribu etnik yang wujud di Afrika.

kepelbagaian etnik di afrika

Rajah di atas menunjukkan betapa benua ini sangat pelbagai dari segi etnik dan oleh sebab ini, adalah hampir mustahil untuk memberikan angka tepat bagi populasi etnik di benua ini.

Apa yang kita tahu adalah tiada satu kumpulan etnik pun yang mempunyai lebih daripada 8% peratus bahagian daripada jumlah penduduk.

Dari segi agama, peta ini mewakili keseluruhan kepercayaan agama di benua Afrika.

Peratusan penganut Kristian dan Islam adalah yang terbesar dan hampir sama jumlahnya, masing-masing merangkumi 47% daripada penduduk benua ini.

negara afrika negara rakyat muda 486

Kira-kira 2% populasi terakhir adalah ateis atau tidak beragama dan agama tradisional Afrika mewakili sekitar 10% penduduk.

Ini membawa kepada peratusan melebihi 100%, kerana sebilangan penduduk mempunyai beberapa pegangan agama.

Walaupun bandar terbesar di Lagos di Nigeria mempunyai populasi yang lebih besar daripada seluruh penduduk Romania, namun ia mungkin tidak akan menjadi ibu negara Afrika Bersatu.

Dijangkakan ibu kota Afrika Bersatu mungkin terletak di Ethiopia iaitu di "Addis Ababa".

addis ababa

(Bandar Addis Ababa)

Ini kerana organisasi yang disebut sebagai Kesatuan Afrika telah pun wujud, agak serupa dengan Kesatuan Eropah di Eropah.

Ibu pejabat Kesatuan Afrika ketika ini adalah di Addis Ababa dan suruhanjaya ekonomi negara-negara bersatu Afrika juga terletak di sini.

Addis Ababa juga sering disebut sebagai ibu kota politik Afrika sehingga, jadi adalah munasabah untuk kita mengatakan bahawa ia mampu menjadi ibu negara Afrika Bersatu.

Kaherah dan Johannesburg mungkin merupakan pusat kewangan terbesar di Afrika Bersatu yang juga memainkan peranan yang penting.

sumber semulajadi di afrika

Dari segi ekonomi, Afrika sangat kaya dengan sumber semula jadi di mana ia memiliki 90% platinum Bumi, 50% emas Bumi, 50% berlian Bumi dan 33% uranium Bumi.

Dan walaupun memiliki semua ini, ia kekal sebagai benua paling miskin di Bumi.

Afrika Bersatu akan mempunyai KDNK RM9.74 trilion, hanya menjadikannya ekonomi ketujuh terbesar di dunia dan kekal di belakang Perancis, United Kingdom dan Jerman.

KDNK per kapita Afrika Bersatu hanyalah RM8115.4 setiap tahun tetapi angka itu tidak menggambarkan dengan tepat keadaan sebenar bagaimana teruknya kemiskinan di benua, disebabkan rasuah yang sangat berleluasa dalam kerajaan.

benua afrika kaya dengan sumber alam

Menurut Bank Dunia, kemiskinan ditakrifkan sebagai hidup dengan kurang dari USD1.25 (RM5.09) sehari.

Berdasarkan takrifan ini, 50% daripada penduduk sub-sahara Afrika hidup dalam kemiskinan, di mana rata-rata orang miskin di benua ini hidup dengan kurang dari USD0.70 (RM2.85) sehari.

Walaupun begitu, Afrika masih mempunyai banyak ruang untuk berkembang.

Benua ini dijangkakan bakal menjadi wilayah paling cepat berkembang di dunia pada masa depan dan KDNK nya juga dijangkakan akan mengatasi Perancis serta United Kingdom menjelang tahun 2023, tetapi masih kekal di belakang Jerman. 

bendera united africa

Jika diambil kira semua perkara, Afrika sememangnya berpotensi untuk menjadi kuasa besar dunia menjelang pengakhiran abad ke-21, jika benua ini bersatu.

Rujukan:

1. The Africa Report

2. Real Life

3. Wiki




Hakcipta iluminasi.com (2017)