asal usul nama negara asia tenggara

Asal-usul nama negara kebiasaannya banyak bergantung dengan identiti kaum atau etnik yang menduduki negara itu, dengan kebanyakan negara termasuklah negara kita - menamakan negara dengan istilah sama dengan kaum.

Ada juga negara yang mengambil pendekatan berbeza, menggunakan nama tokoh atau frasa yang dirasakan sesuai bagi melambangkan populasi mereka, untuk dijadikan nama rasmi negara.

Anda pernah tak terfikir apakah asal-usul bagaimana 6 negara di Asia Tenggara ini mendapat namanya?

1. Thailand

kuil buddha elemen myanmar thailand

Negara Thailand merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak dijajah, jadi pemerintah Thailand memilih nama 'Thailand' sebagai nama mereka. Dikenali sebagai Siam sebelum ditukar kepada 'Thailand' kali pertama pada tahun 1939, nama Siam kembali digunakan sebelum 'Thailand' digunakan secara kekal pada tahun 1948.

Kita semua tahu 'land' membawa makna 'tanah' dan 'Thai' pula membawa maksud orang-orang yang bebas - jadi 'Thailand' secara keseluruhannnya membawa makna 'tanah orang yang bebas.'

2. Indonesia

masjid agung indonesia

Perkataan 'Indo' dalam ejaan tersebut dipopularkan oleh penggunaan istilah 'Indo-European' bagi merujuk kumpulan etnik Eropah yang ada di negara tersebut, mula digunakan sekitar penghujung abad ke 19 semasa Indonesia masih dijajah Belanda.

Istilah 'Indo' itu sendiri sebenarnya datang daripada istilah orang barat yang digunakan, bagi mewakili dan merangkumi kawasan Asia Timur yang mereka gelarkan sebagai 'indies.'

Nama Indonesia secara penuh diperkenalkan oleh seorang pengkaji British bernama George Windsor Earl, yang menamakan pulau gergasi itu sebagai 'Indunesia', hasil gabungan 'Indies' dengan perkataan Greek 'Nesia' yang melengkapkannya sebagai 'Indunesia' atau 'pulau orang-orang di kawasan sekitar Indies.'

3. Filipina

negara filipina kemerdekaan

Filipina atau Philipines dinamakan sempena raja Sepanyol, Raja Philip II yang menjadi pemerintah Sepanyol semasa kawasan itu dijajah oleh mereka. Pada mulanya, kepulauan tersebut dinamakan sebagai Las Islas Filipinas namun ada insiden yang mengubah namanya.

Semasa Filipina berada di bawah kawalan Amerika Syarikat pada tahun 1945, Amerika Syarikat bertindak menterjemahkan nama rasmi Filipina daripada Las Islas Filipinas yang ditulis dalam bahasa Sepanyol, kepada The Philippine Islands yang merupakan terjemahan terus nama asalnya. Nama itu kekal sehingga kini.

4. Brunei

77844b3738390c14778b3add7df595ef

Nama Brunei mempunyai beberapa kisah di belakangnya.

Rombongan pemimpin masyarakat Brunei terawal yang tewas dalam perang perlu mencari pusat kerajaan baru, diketuai oleh Awang Semaun. Sampai di satu tempat yang mempunyai sumber alam yang baik, mereka beramai-ramai menjerit 'baru nah!' yang membawa makna 'dah jumpa!' meraikan penemuan mereka.

Selain itu, ada juga pendapat mengatakan nama Brunei diambil daripada perkataan sanskrit 'bhurni' yang membawa makna 'tanah'. Selain itu satu lagi pendapat menyebut, nama Brunei datang dari perkataan 'barunai' yang membawakan makna 'pelayar' mewakili kehidupan mereka satu masa dahulu.

5. Myanmar

kuil buddha thai myanmar

Sehingga kini nama Burma terus dipopularkan sebagai alternatif kepada nama rasmi Myanmar, kerana negara itu mempunyai sejarah yang panjang dengan nama tersebut. Dari mana datangnya nama Myanmar?

Nama rasmi Myanmar sekarang datang daripada nama lama kawasan itu 'Myanma Naingngandaw' yang telah digunakan sejak abad ke 12 lagi. Dari mana Myanma datang? Perkataan itu adalah nama kaum etnik asal orang Myanmar dalam bahasa Burma, dinamakan 'Mranma.'

6. Vietnam

lembah gergasi vietnam

Sebelum dikenali dengan nama Vietnam, negara ini dikenali dengan nama Indo-China, ekoran takrifan orang Eropah. Pernah dikenali dengan nama Annam, semasa diperintah China - dari mana datangnya nama Vietnam?

Vietnam adalah gabungan dua nama iaitu Viet dan Nam. Nam menandakan 'selatan' sementara Viet pula diambil daripada nama lama Vietnam yang digunakan sekitar abad ke 10 dan 11, Dai Co Viet atau Negara Buddha Viet. 'Viet' merupakan gelaran bagi kumpulan masyarakat yang tinggal di selatan China.



Hakcipta iluminasi.com (2017)