Gerakan LGBT semakin lama semakin mengganas dalam pelbagai aspek hidup masyarakat, berjaya menyusup masuk ke dalam pelbagai bidang kehidupan sama ada melalui sistem sosial, hiburan, media, kerajaan serta bermacam jenis lagi sistem yang ada.
Berbeza dengan Eropah di mana negara-negara tersebut kelihatan sangat terbuka dalam menerima budaya songsang ini, kita yang tinggal di benua Asia dapat dikatakan masih lagi terkawal daripada perubahan ini.
BESARKAN TEKS A- A+
Bagaimanapun, bagi sesetengah negara di Asia keterbukaan mereka terhadap golongan LGBT jelas sekali kelihatan sehingga membenarkan individu-individu yang mengakui songsang dilantik sebagai pemimpin masyarakat mereka. Seteruk mana wabak ini di benua Asia? Jom kita baca serba sedikit bahana penularan LGBT di kalangan pemimpin serata dunia.
Negara mana paling ramai pemimpin kerajaan LGBT di dunia?
Tahukah anda negara mana mempunyai paling ramai pemimpin yang mengakui secara terbuka mereka seorang individu songsang LGBT? Jawapannya adalah Britain.
Pada tahun 2015, seramai 32 orang individu songsang diangkat naik menjadi ahli parlimen Britain dengan kesemuanya datang daripada golongan lesbian, gay dan biseksual. Empat orang individu transgender yang bertanding gagal memenangi kerusi mereka pada pilihanraya tersebut.
Dua tahun berikutnya, pada tahun 2017 - Britain merekodkan jumlah individu paling ramai dilantik dalam mana-mana pentadbiran kerajaan di antara semua negara di seluruh dunia, seramai 45 orang pemimpin yang tak lagi malu nak mengaku mereka LGBT. 36 daripadanya adalah lelaki, 9 adalah perempuan dan tidak ada wakil transgender buat masa sekarang.
Di antara 45 orang itu, 31 daripadanya datang dari England, 10 dari Scotland dan 4 daripada negara Wales.
Pengaruh LGBT pada kerajaan di Afrika dan Asia
Benua Afrika masih lagi berjaya mengekalkan tradisi lama mereka serta paling sedikit meletakkan individu LGBT sebagai pembuat dasar negara masing-masing.
Pada ketika ini, hanya dua orang individu gay saja dilantik ke dalam parlimen Afrika Selatan, iaitu Zakhele Mbhele yang menjadi individu LGBT terbuka pertama dilantik. Seorang lagi adalah seorang wanita bernama Lynne Brown, yang ketika ini memegang jawatan menteri dalam kabinet.
Malangnya, beberapa negara Asia sudah pun secara terbuka membenarkan pemimpin yang mengakui mereka songsang masuk memimpin dalam kerajaan. Negara Asia paling ramai pemimpin LGBT adalah negara Filipina yang turut sama mempunyai pemimpin kerajaan transgender di kalangan mereka.
Individu transgender pertama di dunia yang menjadi menteri pula datangnya daripada Taiwan, apabila kerajaan Taiwan melantik seorang lelaki bernama Autrijus Tang dan kini dikenali sebagai Audrey Tang, ke dalam kabinet kerajaan mereka.
Selain daripada dua negara itu, Hong Kong, India, Jepun dan Nepal turut sama mempunyai pemimpin kerajaan daripada golongan LGBT terbuka.
Bagaimana dengan benua lain?
Brazil menjadi negara paling ramai pemimpin kerajaan di kalangan individu LGBT di antara semua negara dalam benua Amerika, kecuali Amerika Syarikat. Tak sangka juga kan Brazil agak terbuka dalam isu ini? Brazil sudah pun mempunyai wakil LGBT dalam kerajaan mereka sejak tahun 1992 lagi.
Negara lain seperti Argentina, Colombia, Mexico dan Peru juga mempunyai perwakilan LGBT dalam jumlah yang ramai, dengan setiap orang mempunyai kapasiti kuasa memerintah yang berbeza-beza.
Bagi negara-negara Eropah pula, jumlahnya sudah boleh dikatakan di luar kawalan. Jadi lebih baik penulis cuba bincangkan negara Eropah mana yang dilihat berusaha mengawal gejala buruk ini.
Beberapa negara seperti Hungary, Croatia, Macedonia, Slovakia, Latvia dan Lithuania dilihat berjaya melakukan perubahan dasar dalam mengekang pengaruh LGBT yang semakin menular di kalangan pemimpin mereka.
Boleh dikatakan wujud perbezaan ketara di antara negara-negara bahagian timur dan barat Eropah dalam fenomena ini - di mana negara di sebelah barat seperti Belgium, Perancis Ireland, Belanda dan Switzerland sangat terbuka penerimaan mereka dalam isu ini sementara negara yang kami senaraikan di atas, bersifat lebih konservatif.
Negara di bahagian timur juga telah memperkenalkan larangan yang lebih ketat, seperti negara Poland yang bertindak mengharamkan terus perkahwinan sejenis di negara mereka.Jadi setakat ini, dapatlah disimpulkan gejala buruk LGBT ini sudah pun menular terlalu besar merangkumi pentadbiran negara-negara di kesemua benua, kecuali negara-negara yang majoritinya masyarakat Islam, negara Islam atau negara-negara di benua Afrika. Adakah kita akan layak masuk senarai satu hari nanti? Penulis harap tidaklah.
Rujukan