Kredit foto: Instagram Hans Isaac

   

Siapa Hans Isaac? Hans Isaac atau nama penuhnya, Gerald Hans Isaac merupakan antara tetamu yang diundang dalam rancangan bual bicara terbaharu, Next To Neelofa yang disiarkan di saluran Astro Ria.

Mari kita lihat biodata aktor yang sering digosipkan dengan selebriti bertudung, Noor Neelofa ini.

    

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Gerald Hans Isaac. Menggunakan nama komersial, Hans Isaac.
  • Kelahiran Hospital Besar Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor pada 20 Ogos 1971.
  • Berumur 49 tahun (2020).
  • Bergiat dalam dunia hiburan sebagai seorang pelakon, model, penerbit, pengacara, penulis dan pengarah.
  • Antara drama dibintanginya seperti Sephia, Kutub Utara Kutub Selatan, Simbiosis, Awan Dania (Musim 1), 7 Gerhana, Dahlia dan Oh My English! (Musim 3).
  • Termasuk telefilem Dunia Rees dan Ina, YB & Thuraya, Anak Abah, Minah Minachi, Cahaya Insaniah dan banyak lagi.
  • Pembabitannya di layar perak, antaranya menerusi filem Ringgit Kasorrga, Hanya Kawan (bersama Ella), Laila Isabella, Buli, Baik Punya Cilok, Cuci dan Papadom 2.
  • Penglibatannya di pentas teater menerusi pementasan Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal, Lawak Ke Der, Supermokh Sebuah Muzikal dan Baik Punya Cilok.
  • Dalam bidang pengacaraan, program dikemudikannya termasuk Konsert Komedi 2017 dan Lawak Ke Der! Coverline.
  • Pemegang trofi Artis Bukan Melayu Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002 dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-19 (2006).
  • Pada 2016, beliau meraih pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa kepada gelaran Datuk bersempena dengan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @hansisaac sehingga kini mengumpul lebih 274,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Berketinggian 1.81 meter.
  • Mendapat pendidikan awal di Institusi St. John, Kuala Lumpur.
  • Anak kepada pasangan Carmina Isaac dan Gerald Edward Anthony Isaac.
  • Keluarga Carmina yang berketurunan peranakan Filipina-Sepanyol, merupakan pengendali Orkestra Simfoni Singapura, sementara bapanya Gerald Edward Isaac daripada keturunan peranakan India-Serani adalah ketua pangkalan tentera laut KD Malaya yang terletak di seberang Tambak Johor–Singapura.
  • Mula menceburi bidang lakonan pada 1995 sewaktu berumur 22 tahun menerusi filem Ringgit Kasorrga.
  • Pernah bercinta dengan Neelofa sekitar 2011 sebelum mendedahkan hubungan istimewa itu berakhir dua tahun kemudian.
  • Mengikat tali pertunangan dengan model Gabrielle Robinson pada Januari 2017, kemudian putus tunang pada Oktober 2017.
  • Menggemari juadah makanan yang disediakan ibunya seperti keluak (kari Serani), ketam dan popiah.
  • Sukakan aktiviti menyelam, skuasy dan bola sepak.
  • Memegang jawatan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) pada 8 April 2019 selepas dilantik oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, sebelum melepaskan peranan itu pada 22 Mei 2020.

   

Baca: Biodata Neelofa

Baca: Biodata Ameera Khan, Adik Pelakon Neelofa

Baca: Biodata Athisha Khan, Adik Pelakon Neelofa

Baca: Biodata Noor Nabila, Kakak Pelakon Neelofa

Baca: Biodata Noor Kartini Noor Mohamed, Ibu Pelakon Neelofa

Baca: Biodata Penyanyi Qalisha Ray, Sepupu Pelakon Neelofa

Baca: Biodata Chef Adamdidam, Sepupu Pelakon Neelofa

Baca: Biodata Pelakon Sharnaaz Ahmad

Baca: Biodata Faliq Khan, Adik Pelakon Neelofa

     

Foto

hans isaac dulu

hans isaac

umur hans isaac

hans isaac finas

hans isaac neelofa

biodata hans isaac 528

dato hans isaac

neelofa 192

hans isaac family

Kredit foto: Instagram Hans Isaac

   

Video

Kredit video: Kantoi Dato' Hans Isaac kena tipu dengan Neelofa! | MeleTOP | Nabil & Neelofa

    

Sumber:

1. Hans, Ziela, Norman kini Datuk

2. “Jodoh hanya Tuhan yang tahu” - Hans Isaac mengaku turut menasihati Neelofa

3. Hans tamat kontrak Pengerusi FINAS

4. Wikipedia Hans Isaac

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)