Kredit foto: Instagram Miera Leyana

    

Siapa Miera Leyana? Miera Leyana Kasmi atau nama popularnya, Miera Leyana merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.

Beliau mula membintangi drama sejak umur 15 tahun menerusi siri web Luna Fantasiku yang ditayangkan di Gua.com.my pada 2008.

    

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Miera Leyana binti Kasmi.
  • Menggunakan nama komersial, Miera Leyana atau Miera Liyana.
  • Berumur 27 tahun.
  • Kelahiran Johor Bahru, Johor pada 28 Ogos 1993.
  • Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.
  • Bergiat dalam dunia hiburan sejak tahun 2008 sebagai seorang pelakon dan model.
  • Antara drama dibintanginya seperti Hotel Mania, Asmara Luna, Memori Cinta Suraya, Mr. Boss Miss Stalker, Biar Aku Jadi Penunggu dan Aku Cinta Dia.
  • Termasuk telefilem Ku Kejar Cintaku Sehingga Ke Malaysia, Mama Sado, Mat Chia Chia, Lari Lagi, Peah Singa, Kismet dan Genesis.
  • Pembabitannya di layar perak menerusi filem Jangan Pandang-Pandang, Pecah, Balada Pencinta, Apokalips X, Dendam Orang Mati, Kastil Tua dan Lebuhraya Ke Neraka.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @mieraleyana sehingga kini mencatatkan lebih 359,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Berketinggian 1.7 meter.
  • Kakak kepada instafamous Miera Leydia.
  • Merangkul trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin 2013 menerusi filem Pecah.

   

Info Perkahwinan Dan Bakal Suami Miera Leyana

  • Pernikahan Miera bakal diadakan di Kuala Lumpur, esok (26 Julai 2020), diikuti majlis resepsi yang dijadualkan pada bulan hadapan (Ogos 2020).
  • Bakal suaminya merupakan rakan baiknya sendiri yang juga seorang usahawan berumur 40-an, dikenali sejak empat tahun lalu, namun sehingga kini masih dirahsiakan identitinya.
  • Pertemuan pertama pasangan ini bermula di sebuah majlis pelancaran.
  • Miera akui terkejut apabila pasangannya mendedahkan hasrat untuk membawa hubungan persahabatan ke jinjang pelamin pada Mei lalu.
  • Persediaan majlis nikah dibuat kurang daripada tempoh sebulan.
  • Miera menyifatkan bakal suaminya sebagai seorang yang matang, memahami, ikhlas dan pemalu, serta mampu mengubah dirinya menjadi insan yang lebih baik.
  • Kerana prosedur operasi standard (SOP), jumlah tetamu majlis nikah dihadkan kepada 250 orang, terdiri daripada anggota keluarga kedua-dua belah pihak. Selebihnya bakal diundang ketika majlis resepsi di sebuah hotel Ogos ini.
  • Bakal suami memberi sokongan penuh untuk Miera meneruskan perjuangan karier dalam lapangan seni lakonan, termasuk bidang penerbitan.

    

Foto

miera leyana

biodata miera liyana

miera liyana

miera leyana kahwin

miera liyana kahwin

suami miera leyana

suami miera liyana

kakak miera leydia

miera liyana 2020

Kredit foto: Instagram Miera Leyana

    

Sumber:

1. Miera Leyana nikah esok

2. "Beauty With Brain" - Netizen Puji Adik Miera Leyana

3. Wikipedia Miera Leyana

      




Hakcipta iluminasi.com (2017)