Kredit foto: Astro Gempak

Pelbagai teori dan jawapan yang diberikan pelbagai pihak berkenaan misteri perempuan kebaya merah seakan sudah terjawab.

Teka-teki itu nyata bertemu penghujung apabila filem terbitan Astro Shaw yang sekian lama dinantikan iaitu Dukun akhirnya bakal memasuki pawagam pada minggu ini.

Di posternya tertera tanda pagar berbunyi #PerempuanKebayaMerah sekaligus menandakan video yang menjadi tular baru-baru ini adalah gimik kepada kemunculan filem seram berkenaan.

misteri perempuankebayamerah terjawab rupanya gimik filem dukun 2

Kredit foto: Astro Gempak

Di laman Youtube, menerusi video trailer yang baru dimuatnaik, rata-rata netizen menyatakan keterujaan selepas melihat beberapa sedutan filem yang dipaparkan.

Diarahkan Dain Said, Dukun merupakan gandingan mantap nama-nama besar dalam industri filem tempatan seperti Faizal Hussien, Umie Aida, Namron, Bront Palarea, Hasnul Rahmat dan Elyana.

Saksikan Dukun di pawagam berdekatan anda bermula Khamis ini, 5 April 2018.




Hakcipta iluminasi.com (2017)