Kredit foto: Instagram Coki & Instagram Syahmi Sazli

    

Filem Syurga Ini Milikmu 'Petaka' lakonan instafamous dan bintang Tik Tok viral, Coki dijangka bakal menjadi antara kandungan terbaharu di saluran Astro First.

    

syurga ini milikmu

Kredit foto: Instagram Coki

    

Menerusi tinjauan di laman Instagram Coki, pengurusnya, Shamsaimi Ezil termasuk produser filem itu, Azman Ahmad memperlihatkan beberapa persiapan awal diadakan pihak produksi menjelang penggambaran yang dikatakan bakal berlangsung pada awal Ogos ini.

Ia sekaligus bakal menjadi kemunculan pertama Coki dalam bidang lakonan, selepas bergelar personaliti media sosial yang menjana pendapatan menerusi ulasan makanan dan produk serta iklan.

    

Baca: Biodata Coki TikTok

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Petaka

        

mael totey the movie

Kredit foto: Instagram Syahmi Sazli

    

Dalam pada itu, youtuber ternama, Syahmi Sazli bakal terbit menerusi filem pertama arahannya, Mael Totey The Movie yang juga dijadualkan menemui penonton menerusi saluran pawagam rumah berkenaan.

Filem yang sedang dalam proses penggambaran ini merupakan kesinambungan daripada drama spontan lapan episod, Mael Totey yang dimuat naik di saluran YouTubenya.

Dijangka memasuki Astro First pada Ogos atau September ini, karya berkenaan masih mengekalkan bintang YouTube Syahmi iaitu Emaleen Minhad, Wanie Rohaimie dan Yatin, termasuk nama-nama yang tidak asing dalam dunia lakonan seperti Catriona Ross, Husyairi Hussin, Daler Yusof dan Kamarool Yusoff.

Untuk info, filem-filem untuk siaran televisyen Astro First merupakan telefilem yang mempunyai format sama seperti filem dengan kualiti umpama menonton filem di Netflix.

        

Baca: Biodata Syahmi Sazli

Baca: Terjawab! Rupanya Ini Maksud Totey Dalam Filem Mael Totey The Movie

    

Kredit video: Mael Totey Series

     

Sumber berita: Nak tahu apa itu 'Totey', tunggu…

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)