Oleh pada 18 Jun 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @a_aidaproduction

     

Persoalan status perkahwinan pasangan penerbit Datuk A. Aida dan pelakon Ariff Aziz akhirnya terjawab apabila Aida mendedahkan mereka telah bercerai sejak April lalu.

Beliau membuat pengakuan tersebut kepada portal MHE TV sebentar tadi.

“Benar, kami sudah bercerai pada April lalu,” kata produser jutawan itu.

Dalam pada itu, Aida akur dengan perceraian mereka walaupun tahu akan ada lagi kontroversi yang bakal menyelubunginya kelak.

      

tak sampai setahun rupanya a aida sudah bercerai dengan ariff aziz sejak 2

Kredit foto: Instagram @a_aidaproduction

      

“Jodoh pertemuan, ajal maut dalam jagaan Allah SWT. Saya sendiri tidak mahu bercerai berai macam ni, tetapi apa boleh buat.

“Perkahwinan kami hanya bertahan tidak sampai setahun, saya reda,” katanya.

Terdahulu, perkahwinan yang juga kali keempat buat produser itu hanya mampu bertahan kira-kira 9 bulan.

Rumah tangga yang dibina pada 21 Julai 2018 dalam sebuah majlis di sebuah hotel di Subang Jaya itu tidak dikurniakan cahaya mata.

Difahamkan, mereka hanya bercinta selama tiga bulan sebelum memutuskan untuk bernikah.

     

Info Ariff Aziz

  • Nama penuhnya, Wan Izma Ariff bin Abd Aziz.
  • Lahir pada 12 April 1989 di Kuala Lumpur.
  • Berkelulusan Sarjana Muda IT dan Multimedia daripada Open Universiti Malaysia.
  • Pernah bergelar finalis Pencarian Lelaki Maskulin 2013 dan 2014.
  • Merupakan pelakon dan model yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2015.
  • Antara drama dibintanginya seperti Misteri Wan Peah, Cucu Tauke Beras, Dia, Din Sardin dan Raisha.

      

Sumber berita:

1. MHE TV

2. Wikipedia




Hakcipta iluminasi.com (2017)