Kredit foto: Instagram Datuk A. Aida

    

Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Dato' Zaidah binti Awang atau A. Aida merupakan seorang penerbit dan pelakon Malaysia.

Beliau adalah pengasas dan pengarah urusan syarikat A. Aida Production, selain pernah membintangi 100 buah drama dan 3 filem di layar lebar.

   

Biodata

  • Nama sebenarnya, Zaidah binti Awang. Menggunakan nama komersial, Datuk A. Aida.
  • Berumur 50 tahun.
  • Kelahiran Kemaman, Terengganu pada 20 April 1970.
  • Berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai pelakon dan penerbit televisyen.
  • Merupakan pengasas dan pengarah urusan syarikat A. Aida Production yang ditubuhkan pada tahun 2003.
  • Sehingga kini sudah terlibat sebagai pelakon dalam lebih 100 buah drama dan 3 filem.
  • Di kerusi sutradara beliau telah terbabit dalam mengarahkan beberapa buah drama dan video muzik.
  • Antara peranan belakang tabir yang dipegang termasuk sebagai penulis skrip, komposer dan penulis lirik.
  • Dalam bidang penerbitan, beliau pernah bergelar penolong pengarah dan pengurus penerbitan.

    

Kehidupan Peribadi

  • Mendirikan rumah tangga sebanyak empat kali, kesemuanya berakhir dengan perceraian. Kali terakhir beliau bernikah dengan aktor muda, Ariff Aziz pada 21 Julai 2018 sebelum berpisah pada 25 April 2019.
  • Salah seorang bekas suaminya adalah vokalis kumpulan Spring, Ameng.
  • Mempunyai tiga orang zuriat hasil daripada dua perkahwinan.

    

Fakta Menarik

  • Merupakan penulis lirik untuk lagu Kisah Cinta Kita nyanyian Hafiz Suip yang tercalon di Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL 34), baru-baru ini.
  • Pada AJL34 tersebut, beliau membuat kejutan dengan penampilan imej tidak berhijab di mana beliau mengakui sudah membuka tudung sejak beberapa bulan lalu.

    

Foto

a aida

dato a aida 340

anak a aida

datuk a aida

suami a aida

a aida dulu

a aida biodata

Kredit foto: Instagram Datuk A. Aida

    

Sumber:

1. Wikipedia Datuk A. Aida

2. A. Aida Nikah Kekasih Muda Sabtu Ini

3. A. Aida, Ariff Aziz bersatu dengan dua kali lafaz nikah

4. A Aida buka tudung!

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)