Oleh pada 28 Feb 2020 kategori

dato a aida 129

Kredit foto: Instagram Datuk A. Aida

    

Penerbit Datuk A Aida mendedahkan dirinya ada menerima mesej daripada bekas suaminya. pelakon Ariff Aziz melalui Direct Message (DM) Instagram baru-baru ini.

A Aida, 50, berkata, aktor itu menyampaikan ucapan terima kasih berkenaan penjelasan isu kehilangan wang pelaburan RM200,000 sebelum ini.

“Dia mesej, saya balas. Saya hanya cakap okay dan terima kasih saja. Kita memang bagi tiga nama yang tahu mengenai akaun bitcoin untuk siasatan.

"Hasil siasatan polis mendapati dia tidak terbabit. Itu yang dia mesej. Jadi, tidak perlu untuk saya bergaduh dengannya.

“Bagi saya, apa yang pernah berlaku antara kami biarlah berlalu. Ia sudah tinggal sejarah. Masing-masing boleh fokus dengan kehidupan sendiri,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Dalam pada itu, A Aida berkata, bekas suaminya itu berhasrat untuk menjalinkan hubungan baik sebagai sahabat.

Beliau menyambut baik pelawaan itu memandangkan mereka juga bercerai secara baik sebelum ini.

   

suami a aida 97

Kredit foto: Instagram Datuk A. Aida

    

“Saya tidak ada apa-apa masalah dengan dia. Kami bercerai pun cara baik. Cuma, buat masa sekarang biarlah masing-masing fokus dengan kerjaya dan kehidupan sedia ada.

“Apatah lagi filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda terbitan syarikat saya baru ditayangkan. Jadi, saya mahu fokus betul-betul.

“Saya berharap peminat dapat memberi sokongan dan pergi menonton filem tempatan. Saya boleh janjikan, filem ini berbeza dengan karya sedia ada,” katanya.

Garapan Bade Azmi itu menggegar pawagam sejak semalam.

   

Sumber berita: 'Dia mesej, saya balas' - A Aida

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)